Friday, February 15, 2013

Kumpullah modal dan anda akan tahu kuasa tarik duit dalam perlaburan

D'kakilelong Muar 
Ramai yang mengeluh setiap hari tak dapat melabur kerana tidak ada modal. ramai yang menjadikan alasan tidak dapat pinjaman bank dan tidak melabur dalam hartanah atau perniagaan. saya ceritakan satu dua keadaan bagaimana jika anda ada modal sendiri dan boleh membuat keuntungan. Jika anda mahu kaya dengan melabur atau berniaga anda perlu belajar mengatasi masalah atau perkara yang menghalang orang lain untuk kaya. Ianya tidak sesusah subjek metematik tingkatan empat, kerana hanya mengunakan eleman tambah, tolak sahaja. 

Banyak kali saya membeli hartanah tanpa duit di bank...ya ianya benar. Dalam satu keadaan saya pernah membeli sekeping tanah dengan hanya mengunakan kontrak perjanjian bertulis peguam dan deposit kepada penjual. saya dapat tawar menawar untuk menentukan harga yang baik. Apa yang saya tahu nilai hartanah yang sedang saya uruskan ini sangat tinggi nilainya, saya mendapat harga yang baik. selalunya saya mencari peluang dimana orang lain terlepas pandang. Contohnya rumahnya sudah usang, kawasan tidak laku, tetapi mempunyai beberapa kelebihan yang orang lain yang tidak dapat dilihat.

saya kumpulkan modal depositnya untuk sepuluh peratus atau lebih dan mereka memberi saya masa 90 hari bagi mengumpul wang selebihnya. Saya mula mencari pelabur yang berminat membeli hartanah tersebut, dengan hartanah tersebut telah saya cat dindingnya dan potong rumputnya. Sebenarnya saya tahu hartanah itu ada yang mahukannya dengan nilai tinggi dan menyerahkan nya dengan harga yang baik lagi murah dan mendapat sekaliganda dari duit deposit yang saya laburkan tadi. hartanah itu dibeli pelabur baru.

Bagaimana jika anda tidak mempunyai modal awal, mungkin anda tidak akan dapat peluang meraih duit yang semudah itu. jadi kumpullah modal untuk melabur. banyak contoh lain, bagaimana saya membuka kedai D'kakilelong dan barang terpakai dengan konsep yang sama, nanti saya ceritakan.

(Penulisan ini sekadar berkongsi ilmu kewangan, jauh sekali dari meninggi diri. yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan)

No comments: