Sunday, February 17, 2013

Business Plan Canvas Workshop Feb 2013

Alhamdulilah, 17 Feb 2013 saya dapat menganjurkan untuk sekian kalinya Business Plan Canvas Workshop   di D'impian Inn Shah Alam. Seramai 30 peserta telah hadir dan saya sangat gembira dapat mengajar kepada semua sahabat. 

Program Business Model Canvas ada apa-apa yang unik ke?

Antaranya....

Pada saya, ianya satu model yang boleh digunakan untuk susun balik perniagaan sedia ada. cari kelemahan business, maximise untung. Kurangkan kos-kos tidak produktif. Tambah nilai dan tambah keuntungan kepada business.

Ada peniaga yang bersusah payah tambah 'nilai' perniagaan, tapi 'nilai' itu tidak tambah keuntungan syarikat.

Boleh juga dijadikan model untuk menguji satu idea perniagaan/ projek sebelum dilaksanakan.

Untuk uji satu 'peluang perniagaan' sama ada business itu sustainable atau sekadar nak con duit kita.

Bantu kita rancang business dengan lebih menyeluruh, agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting.













No comments: