Friday, February 22, 2013

jelita 2

Seorang peserta seminar saya telah berhenti dari kerja dari sebuah bank. Dia nekad untuk berniaga, dia seorang anak muda, seorang gadis yang jelita, berkelulusan ijazah tetapi sudah 2 tahun tidak bekerja. Dia hanya seorang kerani bank dan menghadiri seminar saya 2 tahun lepas.

Dia dapat tentangan hebat dari keluarga dia termasuk abang dan ibunya. Sehingga ibunya menghantar dia ke dukun berubat konon nya disampuk. ibunya sedih kerana anaknya terpaksa menjaja dan ibunya malu betul. 

Diceritakan pada saya, satu hari dia mengumpulkan kesemua keluarganya. semua abangnya hanya bekerja kampung seperti tukang, kerja kilang dan ada yang menjadi guru taska. 

soalan yang ditanya pada mereka "abang dan kakak sudah lama kerja, berapa abang dan kakak menyimpan". semua tersipu. saya yakin mungkin ada hanya seribu dua, soalanya lagi "bagaimana kalau salah saorang antara kita sakit atau mak sakit siapa yang boleh tolong kita?" 

"saya baru berniaga 3 bulan dan saya telah menyimpan sepuluh ribu, tengok akaun bank saya. Ini semua tidak saya dapat selama dua tahun saya bekerja pergi pagi balik malam di bank. saya nak ubah hidup kita sekeluarga. saya suka perniagaan saya sekarang jangan lah semua risaukan saya. " anis memohon restu mereka. 

Anis anak murid saya yang paling berjaya sekarang....anis telah ada 2 perniagaan sekarang. Anda nak tahu siapa anis dan anda nak tahu apa bisnes dia sekarang? angkat tangan....