aku menulis bukan kerna nama |
Saya nak menunjukkan yang sesiapa
sahaja dapat mencapai kekayaan dengan hebat. Tak kira siapa anda, sama ada anda
berlatarbelakang keluarga yang dulunya miskin, sama ada pendidikan anda rendah,
sama ada anda bekelulusan PhD, sama ada anda seorang perempuan yang telah
mempunyai cucu, sama ada anda tidak ada langsung pengalaman dalam bidang
perniagaan. Anda boleh menjadi seorang yang berduit dan kaya. Tetapi dari
analisa saya hanya perniagaan dan perlaburan sahaja yang boleh membawa anda
dengan cepat ke destinasi tersebut. Dalam banyak contoh kehidupan, saya
berjumpa ramai mereka yang kaya mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza. Kesamaan
mereka adalah kejayaan yang mereka kecapi bukan datang dari kesenangan,
datangnya dari beberapa pengorbanan dan kesusahan mereka yang lepas. Kaya
adalah hak anda dan ianya sebenarnya suatu pilihan. Anda perlu ada ilmu
kekayaan.
Tujuan saya yang kedua adalah untuk memberi
inspirasi kepada orang ramai supaya belajar dengan lebih banyak. Sebenarnya anda
perlu belajar untuk kaya, benar bukan dari keadah “trial and error”. Saya
membaca banyak buku, berjumpa ramai orang dan menghadiri banyak siri ceramah
motivasi. Satu contoh yang nyata adalah saya pernah menghadiri satu seminar
hartanah yang hanya bayaran yuran nya RM500 sehari 5 tahun lepas tetapi dari teknik yang diajarmembolehkan saya
dapat mengutip semula lebih 500 ribu dalam masa setahun. Anda perlukan mentor,
coach, guru untuk mempercepatkan anda untuk kaya.
Sebab ketiga adalah saya mahu memberitahu
orang ramai yang perkara untuk kaya ini bukan lah mustahil dan sebenarnya ianya
mudah jika ada asas yang kukuh. Ada diantara mereka yang berniaga dan
berkeuntungan dengan jutaan ringgit, tetapi ada juga diantaranya yang berusaha
berniaga tetapi rugi. Sama juga anda lihat ada mereka yang terlalu sibuk setiap
hari tetapi dalam masa yang sama anda berjumpa mereka yang tidak bekerja duduk
goyang kaki. Sudah tentu ada cara atau jalan lain selain dari cara yang anda
lakukan sekarang untuk mendapat duit yang banyak. Ada mereka yang bekerja
mendapatkan duit seharian dibayar dengan gaji yang sedikit tetapi ada yang
bekerja sedikit tetapi dibayar ribuan ribu sehari. Jika anda mempunyai sistem yang betul,
sebenarnya duit boleh bekerja untuk anda.
Saya juga cuba memberitahu dari
contoh dan cerita saya sebenarnya anda mempunyai berjuta-juta cara untuk kaya raya.
Ada orang jual beli tanah, ada orang jadi penceramah, ada orang cuma jual pau
je tadi ada 10 tempat post jualannya, ada orang jual kapal selam, ada juga jadi
artis. Kesamaan antara mereka adalah mengunakan sepenuhnya potensi diri mereka
yang sebenar untuk menjadi kaya.
Perkara terakhir saya nak beritahu
yang sebenarnya kita tidaklah memerlukan ilmu yang terlaku kompleks untuk
mencapai kekayaan. Fikir lah dengan cara mudah dan lakukan dengan
bersungguh-sungguh. Perkara ini sebenarnya jauh lebih mudah dari thesis atau menyiapkan projek tahun akhir anda di university,
lebih-lebih lagi menyiapkan penyelidikan PhD.
Anda perlu alasan yang lebih kukuh
mengapa anda mahu kaya, jika tidak usaha anda separuh jalan. Hidup saya dan
ramai orang bukanlah hanya mengejar kekayaan, saya juga punya keluarga, saya
juga punya hobi, saya juga perlu ke mekah menunaikan haji. Semua yang kita
lakukan akhirnya adalah kerana Allah.
Mohon share,
komen dan like.
No comments:
Post a Comment