kisah Jutawan Jelita :: bab 2
Dalam seminar yang dihadiri anis, salah satu point yang saya kupas adalah kita harus mempunyai alasan yang lebih kukuh mengapa kita perlu mencapai MATLAMAT kita impikan. Jika kita punya alasan yang lebih kukuh untuk mencapai matlamat , baru kita bersemangat sepanjang masa mengejarnya. Biasanya orang hanya mengimpikan dengan matlamat yang terlalu basic contohnya matlamat biasa adalah "AKU NAK KAYA DAN BERJAYA".
Soalan nya bila anda nak berjaya, kenapa anda nak berjaya, kalau dah berjaya dan kaya raya anda boleh buat apa?. tentu susah nak jawabkan. Keperluan untuk anis terpaksa berjaya adalah kerana dia mahu lihat ibunya seorang janda kehilangan suami dari dia muda hidup senang, anis nak mengubah nasib keluarganya yang selama ini susah. Matlamatnya dia tidak mahu lagi lihat ibunya bekerja di sebuah kilang kecil di kampung yang gajinya tidak berbaloi dengan keadaan ibunya sudah 50an. Jadi bagaimana impian anis boleh tercapai jika anis hanya seorang kerani bank. Anis terpaksa berjaya...
Anis membuat keputusan nekad dengan berniaga kecil-kecilan di pasar tani dan pasar malam. dia mengambil satu tapak dengan memulakan berniaga kerepek dan hasil sulaman yang di buatnya sendiri. seterusnya dia menjual pula mee goreng, nasi lemak dan kuih muih. Dengan tidak disangka setiap kali anis menjual semua barangan nya habis kerana anis pandai memujuk. Dimasa terluang dia menjahit baju dan menjual kain kepada kawan-kawan pejabat lamanya, kawan-kawan nya dan orang kampung.
Bila anis mula menjual di pasar malam berdekatan rumahnya adalah jiran-jiran berbisik dan mengumpat. Anak mak som ni ada degree, berjual di tepi . Kononnya maruah anis tercalar, ibunya malu dengan perangai anis, ibunya takut anis tak berkhawin dan tak ada yang mahukan anis. Gadis sejelita anis menjaja dan berjualan di pasar malam. Saya pun kurang pasti mengapa tanggapan masyarakat terhadap peniaga ini sangat rendah.
Setelah anis menerangkan kedudukan sebenar, abangnya juga turut membantu anis selepas itu. mereka berniaga bersama. Dari hanya satu pasar malam mereka menjelajah ke pasar malam yang lain. Hanya 3 bulan anis sudah mampu membeli van untuk berniaga.
anis pun hairan dan terkejut tiba-tiba perniagaan nya sangat maju dan hidupnya bertukar gembira. saya sebutkan "anis pandai berniaga disamping itu anis seorang gadis jelita". anis tersenyum riang..
Dua tahun sudah berlalu, dimana anis, apa keputusannya sekarang, adakah dia mahu bekerja lagi atau terus berniaga, bagaimana kehidupan anis sekarang...saya ceritakan jika anda mahu.
anda suka, anda 'like' cerita ni.
Friday, February 22, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment