Saya mulakan
idea perniagaan perhotelan D’impian dari saya mendengar cerita Ray Kroc
pengasas McDonalds lama dulu. Mungkin
anda juga maklum yang beliau membuka kedai makanan segera dan menjual burger.
Tetapi sebenarnya beliau adalah pemilik semua francais tersebut di US dan
hartanah nya sekali. Sebenarnya penjual burger ini bukanlah semata-mata menjual
burger dan kentang tapi sebenarnya beliau adalah usahawan hartanah.
Saya selalu
dinasihatkan bila berniaga, “orang kebanyakan lebih pentingkan pendapatan bila
berniaga tetapi orang kaya pentingkan asset”. Dari idea itu saya cuba
aplikasikan dengan kefahaman saya sendiri. D’impian membeli rumah kedai,
dijadikan hotel budget. Membeli tanah, diusahakan menjadi resort dan seterusnya
dalam beberapa perniagaan yang lain. Dalam
perniagaan duit adalah alat permainan sahaja, boleh datang dan boleh pergi
bila-bila masa. Masalah kewangan
menyebabkan ramai orang bekerja sepanjang hidup mereka untuk orang lain.
Akhirnya tidak ada bukti segala usaha yang kita buat selama ini kepada
genarasinya.
Sistem
pembelajaran sekarang hanya menumpukan anak-anak menjadi professional supaya
mereka akan mendapat pekerjaan. Mereka diasak untuk cemerlang dan akhirnya makan
gaji. Lebih cemerlang anda belajar, lebih banyak anda tahu, lebih tinggi sijil
anda perolehi membolehkan gaji yang anda terima akan lebih tinggi, itu
formulanya. Akhirnya ramai yang bekerja demi wang.
Saya melihat
anak saya, bangun seawal pagi untuk kesekolah. Belajar siang dan malam untuk
lulus peperiksaan. Saya imbau kembali betapa sukarnya persaingan untuk
mendapatkan tempat di university, berapa banyak tenaga yang di kerah kearah
mencapai segulung ijazah, berapa banyak duit yang diguna untuk tujuan itu. Akhirnya, adakah bayaran gaji
yang anda dapat setimpal dengan pengorbanan yang telah anda curahkan selama ini.
Pendidikan itu sebenarnya sangat penting
tetapi ianya perlu menjadi jambatan kejayaan bukan jaminan kejayaan.
Setelah
tamat pengajian, anda akan bekerja mengikut bidang yang anda pelajari. Bila
anda bekerja mengikut bidang anda, anda akan terlupa menjaga bisnes anda
sendiri dan anda akan menghabiskan masa anda menjalankan bisnes orang lain. 80%
dari perniagaan yang saya jalankan bukan bidang yang saya tahu.
Jika anda
belajar menjadi seorang tukang masak. Anda mendapat sijil dan menjadi seorang
tukang masak yang terbaik di university anda. Anda akan bekerja menjadi tukang
masak, anda akan leka mencari jenis makanan baru untuk dimasak, teknik-teknik
masakan, mengurus pekerja dan melatih tukang masak baru. Sehingga ramai yang
memuji masakan anda, sehingga ada yang tidak percaya orang lain boleh masak
sesedap masakan anda.
Apa yang berlaku, anda akan menjadi tukang
masak hingga keakhirnya. Anda tidak ada
masa untuk belajar bagaimana membuka restoran, membuat duit dari masakan anda
dan mencari tempat untuk dibuka cawangan ke dua dan ke tiga untuk seterusnya.
Bidang
pengajian saya adalah sains kompter menyebabkan saya selalu bertemu dengan
mereka sebidang dengan saya diluar kerjaya. Mereka begitu mahir dengan semua
aplikasi, hardware, teknologi baru bila bercerita dengan apa yang mereka buat
sekarang. Saya bertanya kepada mereka “adakah syarikat ini anda pemiliknya”,
jawapan nya “tidak, saya hanya bekerja” . Melalui jawapan mereka, saya maklum ramai
yang masih tidak faham perniagaan sendiri dan kerjaya. Mungkin anda seorang
pegawai teknologi maklumat atau juruanalis system tetapi dalam masa yang sama
anda perlu memiliki perniagaan sendiri. Jika belum, mulakan bisnes kecil anda
sekarang.
Sila komen ‘saya
suka’ , like dan share
No comments:
Post a Comment