Sunday, February 10, 2013

Kerja cari duit tapi bukan untuk kita


Saya tinggal di kampung, kos sara hidup mungkin masih rendah, kalau kurang duit pucuk paku boleh saya jadikan lauk makan tengah hari. ramai kawan saya tinggal di ibu kota. 70% rakyat malaysia tinggal di kota-kota. Gaji bekerja di bandar lebih mahal tetapi kos sara hidup juga tinggi. graduan lepasan universiti gajinya RM3500 setelah bekerja setahun. tetapi harga rumah disana sangat tinggi. rumah teras biasa sudah mencecah 800 ribu dan banglo lebih 1.5 juta di ibu kota. sedangkan dengan bergaji seperti itu hanya rumah harg 200 ribu sahaja mampu milik

siapa yang mampu milik beli rumah di kota? menyebabkan kebanyakan mereka memilih rumah dipinggir bandar dan bekerja di bandar, ada yang jauhnya lebih 50 km uk ke tempat kerja. Pergi kerja seawal jam 5 pagi dan pulang 10 malam. itu tidak termasuk dengan harga tol RM20 sehari. Semua orang macam tu , menyebabkan ramai yang dah rasa perkara itu biasa.

pinjaman bank dari perumahan 90% dengan bayaran balik 25 tahun. membayar lebih 10 kali ganda dari harga yang dipinjam. semua orang terpaksa bekerja keras, setiap pihak tidak mengaku salah dengan perkara yang berlaku.kerajaan kata mereka hanya mentadbir, bank kata mereka berniaga, pemaju kata tanah dah mahal, ada orang yang ada duit buat untung dengan jual beli rumah. yang sebenar nya siapa yang menjadi mangsa.....kita bekerja untuk siapa?

Usahlah diulang cerita sedih itu, anda perlu bertindak mengubah nasib anda sendiri, tiada yang bersempati dengan nasib kita. kita yang perlu berusaha dan ajarkan anak-anak kita CARA yang ini sebenarnya salah.

No comments: