Tuesday, February 26, 2013
"Business Plan Canvas Workshop" bulan March
"Business Plan Canvas Workshop"
Tarikh :: 2 March 2013 (Sabtu)
masa :: 9 pagi hingga 5 petang
Yuran :: 320 sehaja seorang
Tempat : D'impian Inn Shah Alam
Bilik seminar D'impian Shah Alam
No 41-1A, Block 5, Tingkat 1, Jalan Pahat H 15/H,
Kompleks Automobil, Seksyen 15, 40200,
Shah Alam
website :: http://hoteldimpian.blogspot.com/
Bayaran boleh dibuat kepada ::
Baharuddin Mohamed (Maybank Acc: 151052252907)
Tuan dan puan MESTI email pembuktian bayaran kepada mybaha76@yahoo.co.uk
dgn sertakan 1)NAMA PENUH 2)Phone Number 3)Email
Saya boleh dihubungi dengan PM inbox saya atau sms ke 013-7999415 atau hantar email kepada saya mybaha76@yahoo.co.uk
Jutawan kampung
Saya tinggal di kampung, sehari-harian
saya bergaul dengan mereka. Selalu
dikaitkan tinggal dikampung adalah orang susah dan miskin. Tetapi sebenarnya
dikampung juga boleh mendatangkan
pendapatan mewah.
Hari ini saya bawakan kejayaan-kejayaan
mereka yang kaya tapi secara senyap. Kebiasaan nya orang kampung akan dikaitkan
dengan berpendidikan rendah, mungkin tidak habis tingkatan tiga tetapi ada
diantara mereka lebih berjaya dari pemegang ijazah PhD.
Pada umumnya mereka menjalankan
projek yang tidak lah ‘gah’ dan dipandang, tidaklah hebat dan tidak ‘standard’.
Kebiasaan mereka hanyalah menjalankan perniagaan kecil-kecilan tetapi banyak
cawangan dan kalau bertani seperti menternak udang, ternakan lembu, menanam
serai dan cili, mengutip besi buruk dan sebagainya.
Dari pengalaman saya, mereka akan
cuba mengelak dari bercerita berapa pendapatan mereka sebulan, mereka
kebanyakan akan merendah diri tetapi mempunyai ladang nenas yang berekar-ekar ,
kebun sawit dan lembu peliharaan berpuluh ekor.
Saya juga perhatikan kebanyakan
mereka tidak menonjolkan diri dalam masyarakat walaupun mempunyai kereta dan
rumah mereka lebih dari wakil rakyat. Jauh sekali dari mendapat pingat dan
anugerah kebesaran kebesaran bergelar Dato’ dan Tan Sri dan biasanya gelaran
mereka adalah pak aji sahaja. Mereka adalah jenis yang tidak melabur sesuka
hati dan sangat berwaspada dengan soal duit. Mereka menyimpan beratus ribu dan
terus menyimpan. kerektor mereka sama.
Saya ramai kawan seperti yang
saya bayangkan diatas. Salah seorangnya adalah Hj. Rahmat. Saya telah
mengenalinya sejak saya kecil, sebaya dengan arwah ayah saya. Dia membeli kebun
dan mengusahakan kebun tersebut sedikit demi sedikit. Bermala dengan tanaman
tebu, untungnya dibelikan kebun sawit. Menjelang 10 ke 15 tahun beliau telah
mempunyai 100 ekar tanah beserta ratusan lembu. Dari sejak bermula beliau
membersihkan kebunnya sendiri hinggalah mempunyai pekerja yang ramai. Berapa
pendapatan Hj. Rahmat, jika kebun nya mendapat pendapatan bersih sawit RM500
seekar, berapa kalau seratus ekar. Lembu seekor RM2000, kalau ada 100 ekor
tentu banyak pendapatan nya.
Saya juga mempunyai kawan
berbangsa cina. Dia berniaga masakan cina dan menjual dengan kereta tolak, dan
mempunyai 3 cawangan di pekan yang dijaga sendiri dan dibantu oleh isteri dan
pekerjanya. Setiap hari dan setiap
cawangan dia memperolehi untung bersih RM300. Jika 3 cawangan pendapatan mereka
mencecah puluhan ribu sebulan yang hanya bekerja kurang 3 jam sebelah malam.
Mereka menyimpan di bank dan akhirnya dibelikan rumah kedai dan mendapat sewa
darinya. Akhirnya telah tiba masa anak mereka mahu belajar keluar negara mereka
reloan dan mendapat pinjaman dari bank dan menghantar anak mereka belajar luar
negara.
Saya lihat golongan ini lebih
murah rezakinya, mereka lebih banyak memberi dan bersedekah. Sesekali saya
perhatikan gelagat mereka, mereka jutawan senyap yang tinggal di kampong. Bukan
sahaja melayu, jutawan kampong ini juga ramai dikalangan bangsa cina. Mereka berpegang
dengan prinsip biar kecil asal dapat, jangan besar tapi tak dapat.
Sesekali anak-anak mereka pulang
dari kota, anak-anak mereka dari Bandar yang telah diberi pendidikan tinggi dan
berjawatan tinggi. Pulang ke kampung berkereta besar dan Nampak mewah tetapi hakikatnya
mungkin berhutang.
Saya diajar sesuatu oleh mereka “Jangan
inginkan selalu menang dipadang orang, belajarlah bermain dipadang sendiri”.
Friday, February 22, 2013
jelita 2
Seorang peserta seminar saya telah berhenti dari kerja dari sebuah bank. Dia nekad untuk berniaga, dia seorang anak muda, seorang gadis yang jelita, berkelulusan ijazah tetapi sudah 2 tahun tidak bekerja. Dia hanya seorang kerani bank dan menghadiri seminar saya 2 tahun lepas.
Dia dapat tentangan hebat dari keluarga dia termasuk abang dan ibunya. Sehingga ibunya menghantar dia ke dukun berubat konon nya disampuk. ibunya sedih kerana anaknya terpaksa menjaja dan ibunya malu betul.
Diceritakan pada saya, satu hari dia mengumpulkan kesemua keluarganya. semua abangnya hanya bekerja kampung seperti tukang, kerja kilang dan ada yang menjadi guru taska.
soalan yang ditanya pada mereka "abang dan kakak sudah lama kerja, berapa abang dan kakak menyimpan". semua tersipu. saya yakin mungkin ada hanya seribu dua, soalanya lagi "bagaimana kalau salah saorang antara kita sakit atau mak sakit siapa yang boleh tolong kita?"
"saya baru berniaga 3 bulan dan saya telah menyimpan sepuluh ribu, tengok akaun bank saya. Ini semua tidak saya dapat selama dua tahun saya bekerja pergi pagi balik malam di bank. saya nak ubah hidup kita sekeluarga. saya suka perniagaan saya sekarang jangan lah semua risaukan saya. " anis memohon restu mereka.
Anis anak murid saya yang paling berjaya sekarang....anis telah ada 2 perniagaan sekarang. Anda nak tahu siapa anis dan anda nak tahu apa bisnes dia sekarang? angkat tangan....
Dia dapat tentangan hebat dari keluarga dia termasuk abang dan ibunya. Sehingga ibunya menghantar dia ke dukun berubat konon nya disampuk. ibunya sedih kerana anaknya terpaksa menjaja dan ibunya malu betul.
Diceritakan pada saya, satu hari dia mengumpulkan kesemua keluarganya. semua abangnya hanya bekerja kampung seperti tukang, kerja kilang dan ada yang menjadi guru taska.
soalan yang ditanya pada mereka "abang dan kakak sudah lama kerja, berapa abang dan kakak menyimpan". semua tersipu. saya yakin mungkin ada hanya seribu dua, soalanya lagi "bagaimana kalau salah saorang antara kita sakit atau mak sakit siapa yang boleh tolong kita?"
"saya baru berniaga 3 bulan dan saya telah menyimpan sepuluh ribu, tengok akaun bank saya. Ini semua tidak saya dapat selama dua tahun saya bekerja pergi pagi balik malam di bank. saya nak ubah hidup kita sekeluarga. saya suka perniagaan saya sekarang jangan lah semua risaukan saya. " anis memohon restu mereka.
Anis anak murid saya yang paling berjaya sekarang....anis telah ada 2 perniagaan sekarang. Anda nak tahu siapa anis dan anda nak tahu apa bisnes dia sekarang? angkat tangan....
Jutawan jelita 2
kisah Jutawan Jelita :: bab 2
Dalam seminar yang dihadiri anis, salah satu point yang saya kupas adalah kita harus mempunyai alasan yang lebih kukuh mengapa kita perlu mencapai MATLAMAT kita impikan. Jika kita punya alasan yang lebih kukuh untuk mencapai matlamat , baru kita bersemangat sepanjang masa mengejarnya. Biasanya orang hanya mengimpikan dengan matlamat yang terlalu basic contohnya matlamat biasa adalah "AKU NAK KAYA DAN BERJAYA".
Soalan nya bila anda nak berjaya, kenapa anda nak berjaya, kalau dah berjaya dan kaya raya anda boleh buat apa?. tentu susah nak jawabkan. Keperluan untuk anis terpaksa berjaya adalah kerana dia mahu lihat ibunya seorang janda kehilangan suami dari dia muda hidup senang, anis nak mengubah nasib keluarganya yang selama ini susah. Matlamatnya dia tidak mahu lagi lihat ibunya bekerja di sebuah kilang kecil di kampung yang gajinya tidak berbaloi dengan keadaan ibunya sudah 50an. Jadi bagaimana impian anis boleh tercapai jika anis hanya seorang kerani bank. Anis terpaksa berjaya...
Anis membuat keputusan nekad dengan berniaga kecil-kecilan di pasar tani dan pasar malam. dia mengambil satu tapak dengan memulakan berniaga kerepek dan hasil sulaman yang di buatnya sendiri. seterusnya dia menjual pula mee goreng, nasi lemak dan kuih muih. Dengan tidak disangka setiap kali anis menjual semua barangan nya habis kerana anis pandai memujuk. Dimasa terluang dia menjahit baju dan menjual kain kepada kawan-kawan pejabat lamanya, kawan-kawan nya dan orang kampung.
Bila anis mula menjual di pasar malam berdekatan rumahnya adalah jiran-jiran berbisik dan mengumpat. Anak mak som ni ada degree, berjual di tepi . Kononnya maruah anis tercalar, ibunya malu dengan perangai anis, ibunya takut anis tak berkhawin dan tak ada yang mahukan anis. Gadis sejelita anis menjaja dan berjualan di pasar malam. Saya pun kurang pasti mengapa tanggapan masyarakat terhadap peniaga ini sangat rendah.
Setelah anis menerangkan kedudukan sebenar, abangnya juga turut membantu anis selepas itu. mereka berniaga bersama. Dari hanya satu pasar malam mereka menjelajah ke pasar malam yang lain. Hanya 3 bulan anis sudah mampu membeli van untuk berniaga.
anis pun hairan dan terkejut tiba-tiba perniagaan nya sangat maju dan hidupnya bertukar gembira. saya sebutkan "anis pandai berniaga disamping itu anis seorang gadis jelita". anis tersenyum riang..
Dua tahun sudah berlalu, dimana anis, apa keputusannya sekarang, adakah dia mahu bekerja lagi atau terus berniaga, bagaimana kehidupan anis sekarang...saya ceritakan jika anda mahu.
anda suka, anda 'like' cerita ni.
Dalam seminar yang dihadiri anis, salah satu point yang saya kupas adalah kita harus mempunyai alasan yang lebih kukuh mengapa kita perlu mencapai MATLAMAT kita impikan. Jika kita punya alasan yang lebih kukuh untuk mencapai matlamat , baru kita bersemangat sepanjang masa mengejarnya. Biasanya orang hanya mengimpikan dengan matlamat yang terlalu basic contohnya matlamat biasa adalah "AKU NAK KAYA DAN BERJAYA".
Soalan nya bila anda nak berjaya, kenapa anda nak berjaya, kalau dah berjaya dan kaya raya anda boleh buat apa?. tentu susah nak jawabkan. Keperluan untuk anis terpaksa berjaya adalah kerana dia mahu lihat ibunya seorang janda kehilangan suami dari dia muda hidup senang, anis nak mengubah nasib keluarganya yang selama ini susah. Matlamatnya dia tidak mahu lagi lihat ibunya bekerja di sebuah kilang kecil di kampung yang gajinya tidak berbaloi dengan keadaan ibunya sudah 50an. Jadi bagaimana impian anis boleh tercapai jika anis hanya seorang kerani bank. Anis terpaksa berjaya...
Anis membuat keputusan nekad dengan berniaga kecil-kecilan di pasar tani dan pasar malam. dia mengambil satu tapak dengan memulakan berniaga kerepek dan hasil sulaman yang di buatnya sendiri. seterusnya dia menjual pula mee goreng, nasi lemak dan kuih muih. Dengan tidak disangka setiap kali anis menjual semua barangan nya habis kerana anis pandai memujuk. Dimasa terluang dia menjahit baju dan menjual kain kepada kawan-kawan pejabat lamanya, kawan-kawan nya dan orang kampung.
Bila anis mula menjual di pasar malam berdekatan rumahnya adalah jiran-jiran berbisik dan mengumpat. Anak mak som ni ada degree, berjual di tepi . Kononnya maruah anis tercalar, ibunya malu dengan perangai anis, ibunya takut anis tak berkhawin dan tak ada yang mahukan anis. Gadis sejelita anis menjaja dan berjualan di pasar malam. Saya pun kurang pasti mengapa tanggapan masyarakat terhadap peniaga ini sangat rendah.
Setelah anis menerangkan kedudukan sebenar, abangnya juga turut membantu anis selepas itu. mereka berniaga bersama. Dari hanya satu pasar malam mereka menjelajah ke pasar malam yang lain. Hanya 3 bulan anis sudah mampu membeli van untuk berniaga.
anis pun hairan dan terkejut tiba-tiba perniagaan nya sangat maju dan hidupnya bertukar gembira. saya sebutkan "anis pandai berniaga disamping itu anis seorang gadis jelita". anis tersenyum riang..
Dua tahun sudah berlalu, dimana anis, apa keputusannya sekarang, adakah dia mahu bekerja lagi atau terus berniaga, bagaimana kehidupan anis sekarang...saya ceritakan jika anda mahu.
anda suka, anda 'like' cerita ni.
Wednesday, February 20, 2013
berniaga Nabi Muhammad SAW
Di dalam berniaga Nabi Muhammad mempunyai 4 tips yang selain mendapatkan keuntungan besar juga mendapatkan keberkatan dari Allah.
1. Jujur adalah Brand
Semasa berniaga Nabi Muhammad SAW,anak muda yang dikenali dengan jolokan Al Amin (yang terpercaya). Sikap ini tercermin semasa dia berhubung dengan customer dan pembekalnya.
Nabi Muhammad SAW mengambil stok barang dari Khadijah, konglomerat kaya yang akhirnya menjadi iestri Baginda. Dia sangat jujur terhadap Khadijah. Dia pun jujur kepada pelanggan. Semasa memasarkan barangnya dia menjelaskan semua keunggulan dan kelemahan barang yang dijualnya. Kejujuran boleh dianggap, KEJUJURAN adalah brand Rasulullah SAW.
2. Mencintai Customer
Dalam berniaga Rasulullah sangat mencintai customer seperti dia mencintai dirinya sendiri. Itu sebabnya dia melayani pelanggan dengan sepenuh hati. Bahkan, dia tidak rela pelanggan tertipu semasa membeli.
Sikap ini mengingatkan pada hadis yang beliau sampaikan,
“Belum beriman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.”
3. Memenuhi Janji
Nabi sejak dulu selalu berusaha memenuhi janji-janjinya.
Firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman penuhi janjimu.” (Surah Al Maidah 3).
Dalam dunia pemasaran, ini bererti Rasulullah selalu memberikan value produknya seperti yang diiklankan atau dijanjikan.
Pernah suatu ketika Rasulullah marah ketika ada peniaga yang mengurangkan timbangan. Nabi ibarat menjamin customer satisfaction (kepuasan pelanggan).
4. Segmen jualan ala Nabi
Semasa menjual barang dia selalu menunjukkan bahawa barang ini bagus kerana ini.., dan barang ini kurang bagus, tapi harganya murah.
Nabi pernah marah ketika melihat peniaga menyembunyikan jagung basah di celah-celah jagung kering.
Pelajaran dari kisah itu adalah bahawa Nabi selalu mengajar kepada kita agar memberikan good value untuk barang yang dijual. Sekaligus Rasulullah mengajar membuat segman: barang bagus dijual dengan harga bagus dan barang dengan kualiti lebih rendah dijual dengan harga yang lebih rendah.
Monday, February 18, 2013
Business Plan Canvas Workshop MARCH 2013
15 Reasons You Need a Business Plan Canvas
Why do you want a business plan
canvas for your organisation and your business? You already know the obvious
reasons, but there are so many other good reasons to create a business plan
that many business owners don't know about. So, just for a change, let's take a
look at the less obvious reasons first and finish with the ones you probably
already know about. Think of this as a late-show top 10, with us building up to
the most important reasons you need a business plan.
15. Set
specific objectives for managers. Good
management requires setting specific objectives and then tracking and following
up. I'm surprised how many existing businesses manage without a plan. How do
they establish what's supposed to happen? In truth, you're really just taking a
short cut and planning in your head--and good for you if you can do it--but as
your business grows you want to organize and plan better, and communicate the
priorities better. Be strategic. Develop a plan; don't just wing it.
14.
Share your strategy, priorities and specific action points with your spouse,
partner or significant other. Your
business life goes by so quickly: a rush of answering phone calls, putting out
fires, etc. Don't the other people in your business life need to know what's
supposed to be happening? Don't you want them to know?
13.
Deal with displacement. Displacement
is probably by far the most important practical business concept you've never
heard of. It goes like this: "Whatever you do is something else you don't
do." Displacement lives at the heart of all small-business strategy. At
least most people have never heard of it.
12.
Decide whether or not to rent new space. Rent is a new obligation, usually a fixed
cost. Do your growth prospects and plans justify taking on this increased fixed
cost? Shouldn't that be in your business plan?
11.
Hire new people. This is
another new obligation (a fixed cost) that increases your risk. How will new
people help your business grow and prosper? What exactly are they supposed to
be doing? The rationale for hiring should be in your business plan.
10.
Decide whether you need new assets, how many, and whether to buy or lease them. Use your business plan to help decide
what's going to happen in the long term, which should be an important input to
the classic make vs. buy. How long will this important purchase last in your
plan?
9.
Share and explain business objectives with your management team, employees and
new hires. Make
selected portions of your business plan part of your new employee training.
8.
Develop new business alliances. Use
your plan to set targets for new alliances, and selected portions of your plan
to communicate with those alliances.
7. Deal
with professionals. Share
selected highlights or your plans with your attorneys and accountants, and, if
this is relevant to you, consultants.
6. Sell
your business. Usually
the business plan is a very important part of selling the business. Help buyers
understand what you have, what it's worth and why they want it.
5.
Valuation of the business for formal transactions related to divorce,
inheritance, estate planning and tax issues. Valuation is the term for establishing how
much your business is worth. Usually that takes a business plan, as well as a
professional with experience. The plan tells the valuation expert what your
business is doing, when, why and how much that will cost and how much it will
produce.
4.
Create a new business. Use a
plan to establish the right steps to starting a new business, including what
you need to do, what resources will be required, and what you expect to happen.
3. Seek
investment for a business, whether it's a startup or not. Investors need to see a business plan
before they decide whether or not to invest. They'll expect the plan to cover
all the main points.
2. Back
up a business loan application. Like
investors, lenders want to see the plan and will expect the plan to cover the
main points.
1. Grow
your existing business. Establish
strategy and allocate resources according to strategic priority. You can find
more information about growing your business with a business plan by reading
Sunday, February 17, 2013
Business Plan Canvas Workshop Feb 2013
Alhamdulilah, 17 Feb 2013 saya dapat menganjurkan untuk sekian kalinya Business Plan Canvas Workshop di D'impian Inn Shah Alam. Seramai 30 peserta telah hadir dan saya sangat gembira dapat mengajar kepada semua sahabat.
Program Business Model Canvas ada apa-apa yang unik ke?
Antaranya....
Pada saya, ianya satu model yang boleh digunakan untuk susun balik perniagaan sedia ada. cari kelemahan business, maximise untung. Kurangkan kos-kos tidak produktif. Tambah nilai dan tambah keuntungan kepada business.
Ada peniaga yang bersusah payah tambah 'nilai' perniagaan, tapi 'nilai' itu tidak tambah keuntungan syarikat.
Boleh juga dijadikan model untuk menguji satu idea perniagaan/ projek sebelum dilaksanakan.
Untuk uji satu 'peluang perniagaan' sama ada business itu sustainable atau sekadar nak con duit kita.
Bantu kita rancang business dengan lebih menyeluruh, agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting.
Friday, February 15, 2013
Kumpullah modal dan anda akan tahu kuasa tarik duit dalam perlaburan
D'kakilelong Muar |
Banyak kali saya membeli hartanah tanpa duit di bank...ya ianya benar. Dalam satu keadaan saya pernah membeli sekeping tanah dengan hanya mengunakan kontrak perjanjian bertulis peguam dan deposit kepada penjual. saya dapat tawar menawar untuk menentukan harga yang baik. Apa yang saya tahu nilai hartanah yang sedang saya uruskan ini sangat tinggi nilainya, saya mendapat harga yang baik. selalunya saya mencari peluang dimana orang lain terlepas pandang. Contohnya rumahnya sudah usang, kawasan tidak laku, tetapi mempunyai beberapa kelebihan yang orang lain yang tidak dapat dilihat.
saya kumpulkan modal depositnya untuk sepuluh peratus atau lebih dan mereka memberi saya masa 90 hari bagi mengumpul wang selebihnya. Saya mula mencari pelabur yang berminat membeli hartanah tersebut, dengan hartanah tersebut telah saya cat dindingnya dan potong rumputnya. Sebenarnya saya tahu hartanah itu ada yang mahukannya dengan nilai tinggi dan menyerahkan nya dengan harga yang baik lagi murah dan mendapat sekaliganda dari duit deposit yang saya laburkan tadi. hartanah itu dibeli pelabur baru.
Bagaimana jika anda tidak mempunyai modal awal, mungkin anda tidak akan dapat peluang meraih duit yang semudah itu. jadi kumpullah modal untuk melabur. banyak contoh lain, bagaimana saya membuka kedai D'kakilelong dan barang terpakai dengan konsep yang sama, nanti saya ceritakan.
(Penulisan ini sekadar berkongsi ilmu kewangan, jauh sekali dari meninggi diri. yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan)
Wednesday, February 13, 2013
Seminar 17 Feb 2013
"Business Plan Canvas Workshop"
Bayaran boleh dibuat kepada ::
Baharuddin Mohamed (Maybank Acc: 151052252907)
Tuan dan puan MESTI email pembuktian bayaran kepada mybaha76@yahoo.co.uk
dgn sertakan 1)NAMA PENUH 2)Phone Number 3)Email
Hari ini kita lihat begitu ramai yang teruja untuk jalankan perniagaan. Adakah mereka benar-benar tahu bagaimana menjalankan bisnes dengan kaedah yang sebenar? Sudah cukupkah dengan hanya membaca infomasi di internet, di forum, ebook, buku, video, facebook dan blog?, seperti saya dulu ramai yang gagal. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bagaimana mahu memulakan perniagaan pertama mereka. Ramai juga yang sudah bertahun-tahun berniaga tetapi banyak masalah perniagaan,
Kenapa ini berlaku?
Antara sebabnya ialah mereka ini TIDAK ADA mentor atau guru sebenar yang boleh membimbing mereka melakukan dengan cara yang betul dan cara yang lebih berkesa dalam perniagaan. Antara mahu dengan tidak sahaja.. Tepuk dada tanya diri sendiri.
Saya cuba kongsikan pengalaman dan melihat kekuatan dan kelemahan yang ada pada tuan-puan, inysaallah pengalaman lama dan mengendalikan lebih 20 syarikat memberikan saya semangat untuk terus membantu anda.
Saya berikan beberapa sebab mengapa anda perlukan coaching dalam bisnes yang anda buat. Dalam menjalankan perniagaan atau mahu mulakan perniagaan, seringkali kita menghadapi masalah, Jika anda mempunyai antara masalah-masalah dibawah, anda perlukan masa untuk belajar sesuatu dari saya.
1.Anda telah mempunyai idea berniaga, tetapi masih tidak bermula..
2.Bekerja lebih masa dari waktu dari sepatutnya setiap hari tetapi tahap pencapaian perniagaan masih ditakuk lama. mengapa ianya berlaku ?
3.lebih banyak masa bekerja berbanding waktu bersama keluarga. Ianya tidak perlu berlaku, ada masalah pengendalian bisnes anda.
4.menghabiskan banyak masa tentang operasi perniagaan sekarang dari mengembangkan bisnes anda.
5.Cashflow bisnes anda yang sangat ketat dan jumlah keuntungan tidak memadai berbanding usaha yang telah dicurahkan
6.Sukar mencari pengurus yang baik untuk menjalankan perniagaan anda
7.Selalu hilang fokus dan motivasi anda dan staf anda
8.Strategi jualan yang tidak memuaskan
9.Kebergantungan bisnes terlalu bergantung kepada anda, jika anda tiada bisnes tidak boleh / sukar beroperasi
10.Anda masih bekerja dalam perniagaan anda
11.Anda tidak rasa gembira dengan apa yang anda buat sekarang
Sunday, February 10, 2013
Kerja cari duit tapi bukan untuk kita
Saya tinggal di kampung, kos sara hidup mungkin masih rendah, kalau kurang duit pucuk paku boleh saya jadikan lauk makan tengah hari. ramai kawan saya tinggal di ibu kota. 70% rakyat malaysia tinggal di kota-kota. Gaji bekerja di bandar lebih mahal tetapi kos sara hidup juga tinggi. graduan lepasan universiti gajinya RM3500 setelah bekerja setahun. tetapi harga rumah disana sangat tinggi. rumah teras biasa sudah mencecah 800 ribu dan banglo lebih 1.5 juta di ibu kota. sedangkan dengan bergaji seperti itu hanya rumah harg 200 ribu sahaja mampu milik
siapa yang mampu milik beli rumah di kota? menyebabkan kebanyakan mereka memilih rumah dipinggir bandar dan bekerja di bandar, ada yang jauhnya lebih 50 km uk ke tempat kerja. Pergi kerja seawal jam 5 pagi dan pulang 10 malam. itu tidak termasuk dengan harga tol RM20 sehari. Semua orang macam tu , menyebabkan ramai yang dah rasa perkara itu biasa.
pinjaman bank dari perumahan 90% dengan bayaran balik 25 tahun. membayar lebih 10 kali ganda dari harga yang dipinjam. semua orang terpaksa bekerja keras, setiap pihak tidak mengaku salah dengan perkara yang berlaku.kerajaan kata mereka hanya mentadbir, bank kata mereka berniaga, pemaju kata tanah dah mahal, ada orang yang ada duit buat untung dengan jual beli rumah. yang sebenar nya siapa yang menjadi mangsa.....kita bekerja untuk siapa?
Usahlah diulang cerita sedih itu, anda perlu bertindak mengubah nasib anda sendiri, tiada yang bersempati dengan nasib kita. kita yang perlu berusaha dan ajarkan anak-anak kita CARA yang ini sebenarnya salah.
Saturday, February 9, 2013
Bab 72 :: Kenapa saya menulis dan mengajak anda untuk kaya.
aku menulis bukan kerna nama |
Saya nak menunjukkan yang sesiapa
sahaja dapat mencapai kekayaan dengan hebat. Tak kira siapa anda, sama ada anda
berlatarbelakang keluarga yang dulunya miskin, sama ada pendidikan anda rendah,
sama ada anda bekelulusan PhD, sama ada anda seorang perempuan yang telah
mempunyai cucu, sama ada anda tidak ada langsung pengalaman dalam bidang
perniagaan. Anda boleh menjadi seorang yang berduit dan kaya. Tetapi dari
analisa saya hanya perniagaan dan perlaburan sahaja yang boleh membawa anda
dengan cepat ke destinasi tersebut. Dalam banyak contoh kehidupan, saya
berjumpa ramai mereka yang kaya mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza. Kesamaan
mereka adalah kejayaan yang mereka kecapi bukan datang dari kesenangan,
datangnya dari beberapa pengorbanan dan kesusahan mereka yang lepas. Kaya
adalah hak anda dan ianya sebenarnya suatu pilihan. Anda perlu ada ilmu
kekayaan.
Tujuan saya yang kedua adalah untuk memberi
inspirasi kepada orang ramai supaya belajar dengan lebih banyak. Sebenarnya anda
perlu belajar untuk kaya, benar bukan dari keadah “trial and error”. Saya
membaca banyak buku, berjumpa ramai orang dan menghadiri banyak siri ceramah
motivasi. Satu contoh yang nyata adalah saya pernah menghadiri satu seminar
hartanah yang hanya bayaran yuran nya RM500 sehari 5 tahun lepas tetapi dari teknik yang diajarmembolehkan saya
dapat mengutip semula lebih 500 ribu dalam masa setahun. Anda perlukan mentor,
coach, guru untuk mempercepatkan anda untuk kaya.
Sebab ketiga adalah saya mahu memberitahu
orang ramai yang perkara untuk kaya ini bukan lah mustahil dan sebenarnya ianya
mudah jika ada asas yang kukuh. Ada diantara mereka yang berniaga dan
berkeuntungan dengan jutaan ringgit, tetapi ada juga diantaranya yang berusaha
berniaga tetapi rugi. Sama juga anda lihat ada mereka yang terlalu sibuk setiap
hari tetapi dalam masa yang sama anda berjumpa mereka yang tidak bekerja duduk
goyang kaki. Sudah tentu ada cara atau jalan lain selain dari cara yang anda
lakukan sekarang untuk mendapat duit yang banyak. Ada mereka yang bekerja
mendapatkan duit seharian dibayar dengan gaji yang sedikit tetapi ada yang
bekerja sedikit tetapi dibayar ribuan ribu sehari. Jika anda mempunyai sistem yang betul,
sebenarnya duit boleh bekerja untuk anda.
Saya juga cuba memberitahu dari
contoh dan cerita saya sebenarnya anda mempunyai berjuta-juta cara untuk kaya raya.
Ada orang jual beli tanah, ada orang jadi penceramah, ada orang cuma jual pau
je tadi ada 10 tempat post jualannya, ada orang jual kapal selam, ada juga jadi
artis. Kesamaan antara mereka adalah mengunakan sepenuhnya potensi diri mereka
yang sebenar untuk menjadi kaya.
Perkara terakhir saya nak beritahu
yang sebenarnya kita tidaklah memerlukan ilmu yang terlaku kompleks untuk
mencapai kekayaan. Fikir lah dengan cara mudah dan lakukan dengan
bersungguh-sungguh. Perkara ini sebenarnya jauh lebih mudah dari thesis atau menyiapkan projek tahun akhir anda di university,
lebih-lebih lagi menyiapkan penyelidikan PhD.
Anda perlu alasan yang lebih kukuh
mengapa anda mahu kaya, jika tidak usaha anda separuh jalan. Hidup saya dan
ramai orang bukanlah hanya mengejar kekayaan, saya juga punya keluarga, saya
juga punya hobi, saya juga perlu ke mekah menunaikan haji. Semua yang kita
lakukan akhirnya adalah kerana Allah.
Mohon share,
komen dan like.
Thursday, February 7, 2013
Bab 36 :: Mahu KAYA, perlu mengumpul harta bukan mengumpul duit.
Saya mulakan
idea perniagaan perhotelan D’impian dari saya mendengar cerita Ray Kroc
pengasas McDonalds lama dulu. Mungkin
anda juga maklum yang beliau membuka kedai makanan segera dan menjual burger.
Tetapi sebenarnya beliau adalah pemilik semua francais tersebut di US dan
hartanah nya sekali. Sebenarnya penjual burger ini bukanlah semata-mata menjual
burger dan kentang tapi sebenarnya beliau adalah usahawan hartanah.
Saya selalu
dinasihatkan bila berniaga, “orang kebanyakan lebih pentingkan pendapatan bila
berniaga tetapi orang kaya pentingkan asset”. Dari idea itu saya cuba
aplikasikan dengan kefahaman saya sendiri. D’impian membeli rumah kedai,
dijadikan hotel budget. Membeli tanah, diusahakan menjadi resort dan seterusnya
dalam beberapa perniagaan yang lain. Dalam
perniagaan duit adalah alat permainan sahaja, boleh datang dan boleh pergi
bila-bila masa. Masalah kewangan
menyebabkan ramai orang bekerja sepanjang hidup mereka untuk orang lain.
Akhirnya tidak ada bukti segala usaha yang kita buat selama ini kepada
genarasinya.
Sistem
pembelajaran sekarang hanya menumpukan anak-anak menjadi professional supaya
mereka akan mendapat pekerjaan. Mereka diasak untuk cemerlang dan akhirnya makan
gaji. Lebih cemerlang anda belajar, lebih banyak anda tahu, lebih tinggi sijil
anda perolehi membolehkan gaji yang anda terima akan lebih tinggi, itu
formulanya. Akhirnya ramai yang bekerja demi wang.
Saya melihat
anak saya, bangun seawal pagi untuk kesekolah. Belajar siang dan malam untuk
lulus peperiksaan. Saya imbau kembali betapa sukarnya persaingan untuk
mendapatkan tempat di university, berapa banyak tenaga yang di kerah kearah
mencapai segulung ijazah, berapa banyak duit yang diguna untuk tujuan itu. Akhirnya, adakah bayaran gaji
yang anda dapat setimpal dengan pengorbanan yang telah anda curahkan selama ini.
Pendidikan itu sebenarnya sangat penting
tetapi ianya perlu menjadi jambatan kejayaan bukan jaminan kejayaan.
Setelah
tamat pengajian, anda akan bekerja mengikut bidang yang anda pelajari. Bila
anda bekerja mengikut bidang anda, anda akan terlupa menjaga bisnes anda
sendiri dan anda akan menghabiskan masa anda menjalankan bisnes orang lain. 80%
dari perniagaan yang saya jalankan bukan bidang yang saya tahu.
Jika anda
belajar menjadi seorang tukang masak. Anda mendapat sijil dan menjadi seorang
tukang masak yang terbaik di university anda. Anda akan bekerja menjadi tukang
masak, anda akan leka mencari jenis makanan baru untuk dimasak, teknik-teknik
masakan, mengurus pekerja dan melatih tukang masak baru. Sehingga ramai yang
memuji masakan anda, sehingga ada yang tidak percaya orang lain boleh masak
sesedap masakan anda.
Apa yang berlaku, anda akan menjadi tukang
masak hingga keakhirnya. Anda tidak ada
masa untuk belajar bagaimana membuka restoran, membuat duit dari masakan anda
dan mencari tempat untuk dibuka cawangan ke dua dan ke tiga untuk seterusnya.
Bidang
pengajian saya adalah sains kompter menyebabkan saya selalu bertemu dengan
mereka sebidang dengan saya diluar kerjaya. Mereka begitu mahir dengan semua
aplikasi, hardware, teknologi baru bila bercerita dengan apa yang mereka buat
sekarang. Saya bertanya kepada mereka “adakah syarikat ini anda pemiliknya”,
jawapan nya “tidak, saya hanya bekerja” . Melalui jawapan mereka, saya maklum ramai
yang masih tidak faham perniagaan sendiri dan kerjaya. Mungkin anda seorang
pegawai teknologi maklumat atau juruanalis system tetapi dalam masa yang sama
anda perlu memiliki perniagaan sendiri. Jika belum, mulakan bisnes kecil anda
sekarang.
Sila komen ‘saya
suka’ , like dan share
Sunday, February 3, 2013
9 event marketing tip
9 event marketing tip
1. Social proof
Buktikan kejayaan event yang telah di lakukan sebelum ini. Ketengahkan testimonies dari peserta atau pengunjung yang datang. Buktikan berapa ramai yang datang, selalunya dari gambar akan mengambarkan 1000 perkataan, gambar sangat penting untuk makating yang akan datang.
2. Blogging
Letakan semua kelebihan dalam event anda terutamanya melalui gambar di blog. Tidak kira majlis kecil atau besar, majlis baru atau lama buat perjalanan majlis didalam blog atau web kerana ianya sangat berkesan dalam pemasaran. Minta letakan di blog atau web sekitar industry anda supaya lebih ramai pelanggan akan berkunjung ke blog anda.
3. Penceramah
Naik dan promote penceramah yang anda jemput dalam majlis anda, jika majlis perkhawinan mungkin ada badut datang, jika event mungkin ada artis atau orang kenamaan datang bagi memastikan anda mendapat pengunjung event yang baik.
4. Promoting your location
Jika anda buat sesuatu majlis, cuba naik kan nama tempat, jangan lupa. Mungkin tempat anda buat majlis itu mempunyai suasana yang cantik atau persekitaran tempat yang anda buat itu ada daya penarik untuk orang datang.
5. Promot kepakaran staf anda
Mungkin dari segi layanan, dari segi masakan atau kepakaran mereka
6. Promo your sponsor
7. Facebook
8. Advance planning
9. Social incentive sharing
7 tip cara pemasaran hebat untuk bisnes kecil anda
1. Print postcard yang cantik dan pos kepada targeting pelanggan anda
Berikan maklumat secara umum pd postcard tentang perniagaan anda, jika mereka berminat mereka akan ke website atau blog anda dan dapatkan maklumat yang detail.
2. Jalankan beberapa strategy marketing dengan kerap untuk semua jenis binses anda, atur dan urus sebaik yang mungkin.
3. Phone makating
Beritahu kepada pelanggan anda special offer yang anda buat
4. Gunakan stiker pelekat untuk memperkenalkan berniagaan anda, mungkin untuk kereta yg di beri pada pelanggan dan banyak lagi cara.
5. Newsletters
6. Seminars/ open house
Wujudkan event yang membolehkan anda menjemput key customer untuk mendengar perniagaan anda.
7. Mail Outs
Saturday, February 2, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)