Monday, September 8, 2014

seni berniaga


Mulakan niaga dengan semangat sendiri

Bila anda mulakan bisnes, anda perluka

n jati diri yang tinggi. Hebat sangatlah sebenarnya kalau baru setahun berniaga dah untung berjuta-juta.

Berniaga ni anda perlu macam baby. Baby tak tahu erti putus asa. Bila jatuh dia bangun semula bila mula belajar melangkah.

Bisnes ni kekadang kita ada untung, kekadang rugi. Tapi arwah abah cakap " berniaga ni untung belum tahu rugi dah pasti " kepada mereka yang luar biasa je yang berani. Dulu-dulu arwah abah berniaga jual cendol, dah dibuat air gula dan santan tetiba hujan. Mana boleh berniaga.

Ramai orang cerita yang senang-senang je berniaga ni. Mereka tak mahu cerita yang ruginya berniaga. Ramai yang anggap gagal dan kalah adalah kebodohan sedangkan kegagalanlah guru paling baik untuk kita terus mau dalam bisnes.

Saya biasa diperli, saya biasa dipandang rendah, lebih teruk saya pernah diherdik dan dihina.semua perkara itu tak pernah mematahkan semangat saya untuk terus berniaga.

Sekarang semua orang nak jadi jutawan. Bagus le tu tapi bagi saya , usahlah berlumba-lumba untuk kaya. Usahalah dan berdoalah moga dimurahkan rezeki. Takut kita alpa, takut kita hanya mementingkan keuntungan dan lupa prinsip berniaga untuk membantu lebih ramai orang.

Malam ni saya kongsikan beberapa tip teknik naga

1. Berniaga perlu berani. Tanpa keberanian anda tidak akan kemana-mana.

2. Buat sahaja bisnes. Jangan terlalu berharap besar. Berharap besar kecewa besar.

3. Lebihkan bertindak dari berangan dan merancang yang tak sudah-sudah.

4. Terus belajar setiap hari memperbaiki diri dan bisnes.

5. Fokus dengan impian bisnes anda.

6. Bekerja keras, tiada formula lain untuk berjaya.

7. Jangan berhutang...jangan..jangan dan jangan.

8. Jangan tamak.

9. Jaga bisnes anda sendiri.

10. Kerja usahawan anda 70% menjual.

11. Asas berniaga adalah menjual, asas menjual adalah menjaja.

12. Usah malu.

Adakah anda belajar sesuatu dengan perkongsian saya?. Adakah anda membaca sehingga habis kebanyakan perkongsian saya?. Adakah anda membaca setiap baris ayat disini, takut-takut ada yang tertinggal dan membuatkan anda rugi.

Kenapa saya berkongsi ?

Saya mahu anda berjaya, saya tak mahu anda kecewa semata-mata kerana jatuh sekali dalam bisnes. Saya doakan anda berjaya dan bergembira.

Saya bukanlah yang terbaik untuk menasihatkan anda, tetapi saya berkongsi dari hati. Saya tak kenal siapa yang membaca penulisan saya. Lebih penting anda belajar sesuatu dari perkongsian saya.

Coach Bahar
Peniaga jalanan.

Dari CEO menjadi penjaja ? Adakah anda bersedia ? .

No comments: