Sunday, September 29, 2013

Tip marketing untuk butik bukan musim raya



1. Keluar dari kedai
Masuk ke pasar-pasar malam, terpulanglah nak guna van ke, kereta ke, motor ke tak kisah. cuba anda perhatikan orang kemboja menjual kain sepanjang tahun di pasar-pasar malam. Masuk tapak-tapak ekspo untuk menjual baju anda, ianya lebih baik dari baju-baju anda terperap tidak dijual. cari duit pusingan, jual murah sedikit dari harga butik membuatkan orang ramai terpaksa beli.

2. Projek sedekah
Anda mempunyai kedai butik, anda anjurkan tabung bersedekah baju kepada fakir miskin ke misalnya, anak yatim ke misalnya. buat pakej kepada mereka yang ingin menyumbang.

3. Projek pakaian seragam
Anda boleh mencuba memperkenalkan baju seragam berupa baju kurung dan baju batik untuk pejabat, untuk persatuan, untuk pelajar sekolah berasrama, pasukan kompang, pasukan yasinnan kampung dan banyak lagi. mereka akan menempah banyak lebih dari 30 pasang tempahan...itu kan berbaloi. buat iklan promosi dan berikan maklumat dan idea kepada mereka.

4. Idea kratif
Selain membuat baju kurung, cuba anda fikirkan kain-kain ni boleh buat apa? saya kurang mahir tapi tentu boleh dibuat. mungkin anda ada kain yang lebihan jahit yang lepas. mungkin anda boleh buat sarung bantal satu set dengan alas tilam untuk keluarga atau bilik anak-anak. Mungkin anda boleh buat alas komputer, penutup makanan dan lain-lain yang anda lebih arif...

5. Agen
Ini idea biasa melantik agen, tetapi pastikan mereka bayar..kalau tidak hutang anda makin menyempit. tumpukan kepada mereka yang bekerja..

6. Menjual secara on-line
Tetapi perlukan idea yang kratif, saya cadangkan anda memilih pelanggan sebelum masuk dalam bisnes on-line kerana sudah terlalu ramai mereka yang menjual secara on-line. Jika tidak mungkin anda hanya membuang masa anda.

saya berikan lagi 5 tip untuk anda...

Thursday, September 26, 2013

Bagaimana anda mahu lakukan untuk bersara awal ?




Biasanya umur persaraaan adalah antara 60 - 65 tahun, tidak mustahil untuk anda merancang untuk bersara lebih awal dari itu. Saya berikan 15 tip bagaimana anda boleh bersara awal dari umur persaraan. beberapa perkara perlu anda buat dan ikut peraturan yang telah saya berikan.

1. Rancang umur persaraan anda.
Anda perlu menetapkan matlamat umur berapa untuk anda bersara, misalnya umur anda sekarang adalah 37 tahun, mungkin anda mahu bersara pada umur 40 tahun.

2. Learn to manage finances.
Terdapat banyak cerita orang yang menang loteri berjuta dan akhirnya papa kedana. sebelum anda memikirkan bagaimana boleh anda mendapat banyak lagi duit , anda perlu belajar bagaimana menguruskan duit dengan baik. mulakan simpanan untuk hari persaraan anda. Mula untuk berjimat dan membeli perkara yang lebih penting terlebih dahulu.

3. Belajar
Anda harus belajar sesuatu yang anda minat sebelum anda bersara, jika ada degree atau diploma lebih baik. jika tidak anda boleh menumpukan beberapa perkara kemahiran yang boleh mendatangkan duit bila zaman persaraan nanti.

4. Membuat simpanan awal dan lakukannya sekerap mungkin
Lebih kerap dan lebih awal anda menyimpan lebih cepatlah anda pencen. gaji sekarang anda asingkan siap-siap untuk anda menyimpan. buat satu tabungan khas yang tidak diusik dan target untuk jumlah yang kita dapat. Saya nasihatkan untuk menyimpan sekurangnya 10% dari hasil bulanan anda.

5. Reduce your expenses.
Anda bukan semestinya mengikat perut untuk tidak berbelanja. Cuba ambil kertas dan senaraikan apa yang anda beli dan belanja setiap bulan. sebenarnya lebih 15% yang anda beli adalah perkara yang anda tidak perlukan. 

Iklan pengiklanan

Saya tahu pengiklanan untuk sebuah syarikat kecil adalah terlalu mahal, malam ni saya sertakan bebrapa idea pemasaran yang boleh anda gunakan untuk bisnes kecil anda.

1. Buat kalendar untuk pelanggan anda dengan nama kedai anda dan alamat di atasnya.

2. Cetak jenis produk yang anda jual atau perkhidmatan yang ditawarkan di belakang kad perniagaan anda. 

3. Sentiasa membawa bisnes kad. 

4. Sertai persatuan berkaiatan atau organisasi yang berkaitan dengan industri anda.

5. Jika membeli barangan anda jangan lupa memberi borang kaji selidik untuk anda mengambil database mereka,

6. membuat dan membangunkan pamphlet yang menarik untuk bisnes anda. Baru le orang tak buang

7. Menjalankan "seminar" atau "open house" untuk bisnes anda supaya pelanggan anda boleh memberi maklumbalas tentang produk.

8. Cetak "slogan" binses anda di kepala surat , email, feks dan lain-lain dokuman. pelanggan akan ingat produk anda.

9. Membangankan laman web...ini memang wajib. cuba ambil alamat URL yang simple yang mudah di ingat yg berkaitan dengan bisnes anda.

10. kumpul testimoni pelanggan anda berkaitan dengan produk dan perkhidmatan anda supaya pelanggan lain percaya dan yakin dengan produk anda.

saya akan beri 40 tip lagi untuk anda. jika anda suka 'like'




Sunday, September 22, 2013

Nasihat ::

Dalam hidup ramai orang yang lebih menyalahkan dan menketawakan mereka yang gagal dan mereka yang kalah. Sedangkan mereka yang gagal dan kalah tadi telah pun mencuba. Malangnya adalah kerana nasibnya dia gagal. Mereka tidak pula lihat mereka yang masih tidak mencuba. 

Mereka yang caba mengambil degree, master atau PhD dan gagal adalah lebih teruk dari mereka yang tak lulus spm, itu masyarakat kita. Menyebabkan tiada yang menyambut tangan mereka untuk bangun semula. Sedangkan lebih ramai lagi yang langsung tidak mencuba. Lebih malang lagi mereka yang menghina mereka tidak pernah mencuba.

Begitu juga mereka yang gagal dalam percubaan pertama dalam perniagaan nya. Mereka tidak dibantu, mereka terpedaya dengan semangat berniaga yg berkobar-kobar. Akhirnya dengan pelbagai masalah mereka gagal. Kegagalan mereka terkesan dengan hutang, terkesan dengan luka lama. Mereka sukar untuk bangkit semula. Mereka masih muda, mereka masih baru tetapi mereka ditekan dengan kegagalan mereka yang pertama.

Ramai yang tidak faham:
-buat baik tak tentu lagi dapat pahala.
-berniaga tak tentu untung
-pereksa tak tentu lulus

Bila senang ramailah yang rapat, bila susah sedikit ramailah yang lari dari mereka. Ditekan dan di herdik. Ramai lah yg perli " dah tahu tak tahu nak berniaga, nak berniaga....dah benkrap macam ni siapa susah" itu yang selalu didengar.

Berniaga dan belajar adalah perkara mulia. Manusia juga hidup punya jalan cerita. Mereka yang pernah gagal dalam percubaan pertama anda sambutlah tangan saya. Saya percaya anda pasti berjaya. Hidup perlu ada krisis untuk anda lebih berjaya. Hidup perlu ada ujian untuk anda naik darjah lebih hebat.

Carilah mereka yang positif dikeliling anda, jangan buang masa dengan orang yang negatif dan menjatuhkan morel anda. Anda tidak keseorangan. Jangan malu dengan kegagalan pertama anda. Tidak mustahil anda akan lebih berjaya dari apa yang anda impikan, asalkan anda terus berusaha.

Nasihat ikhlas
Coach Bahar.

[idea] nak dapat modal cepat



1. Pertama, anda listkan barangan yang masih boleh dipakai lagi dirumah anda tetapi tdak dipakai oleh anda sekarang. ambil kumpulkan semua barangan itu semua dan buat jualan. Buat jualan secondhand barangan rumah anda di FB, atau di car boot atau bersama kawan-kawan. banyak barangan yang kita beli tetapi tidak dipakai dan disimpan dirumah sampai penuh rumah, kalau esok nak guna balik boleh beli je yang baru. contohnya stroller baby (baby pun dah besar) dan lain-lain.

2. Buat kerja part time kerja yang tidak mengunakan modal banyak misalnya ambil upah potong rumput di taman perumahan baru di kawasan anda. Jika anda seorang pelajar , anda pandai gunting rambut misalnya boleh offer kat kawan-kawan perkhidmatan gunting rambut.

3. Jualkan barangan orang lain, buat sekecil-kecil perkara yang anda mampu misalnya anda boleh jual nasi lemak di pejabat anda dan mengambil nasi lemak dari mak cik jiran anda dengan harga murah. Jika anda ada kenal kawan yang ada butik, mungkin anda boleh menjual kain kedai tersebut dulu dan ambil komesen dari jualan tersebut atau mungkin anda boleh jualkan kereta, tanah atau apa sahaja yang orang lain punya.

4. Share apa sahaja yang anda mahir, misalnya anda pandai masak beryani, masak pau, kemahiran menjahit, buat akaun atau apa sahaja panggil kawan yang nak belajar dan anjurkan kelas. ambil lah sedikit yuran.

5. Jual semula barangan yang mahal yang ada pada anda, anda mungkin boleh menukarnya misalnya handphone yang lebih murah, emas yang dicagarkan dan lain-lain.

6. menawarkan untuk membuat kertas kerja, siapkan akaun syarikat atau apa sahaja kemahiran yang anda mahir

tip untuk idea modal mudah ini haruslah perkara yang di lengkungan dan kuasa anda tidak melibatkan orang lain. jangan berikan alasan

Friday, September 20, 2013

Small Marketing Changes With a Big Impact



1. Letak link facebook / tweeter didalam setiap email yang anda hantar.

Perkara ini nampak simple tetapi berkesan. ini menambah lagi jika anda berikan beberapa promosi kepada mereka. bisnes anda akan berkembang dengan sendirinya.

2. letak info bisnes anda didalam business card anda.

idea :: Memang jarang orang buat tetapi ianya tidak mustahil dimana mereka yang dapat business card dari anda dan dibelakang card tersebut anda berikan 10% potongan harga kepada produk anda, kerana mereka adalah rakan anda. idea yang lain adalah anda meletakkan gambar produk yang anda jual. ini semua bergantung kepada bisnes apa yang anda jalankan.

3. Penyediaan website produk dan syarikat

Perkara ini seperti boleh dikatakan wajib, masalahnya banyak peniaga memandang ringan perkara ini. website syarikat lebih-lebih lagi produk perlu diselenggara dengan baik, dengan gambar yang baik. kini zaman IT ramai pelanggan dan bakal pelanggan kita akan melihat website kita sebelum memilih produk kita.

4. Position yourself as an expert.

Anda membuat beberapa produk atau perkhidmatan, periklanan ini adalah percuma dan ianya berkesan. Anda akan dicari orang tentang produk tertentu atau perkhidmatan tertentu jika mereka tahu anda adalah pakarnya.

5. Iklankan perkhidmatan anda pada website / blog yang mempunyai bisnes yang mempunyai perkaitan.

Jika anda mempunyai syarikat catering, mungkin link facebook atau blog anda boleh ada di website mereka yang menjual card khawin secara on-line.

6. Phone marketing dan SMS marketing

pelajari teknik phone marketing dan SMS marketing, cubalah mendalami cara ini dan mungkin ianya berkesan. perincikan produk anda atau perkhidmatan anda dan buatkan supaya ianya boleh dijual melalui phone

7. Test, measure and test again.

Walau telah saya berikan beberapa tip marketing yang berguna untuk syarikat dan perniagaan anda, perkara ini perlu anda lakukan. anda perlu mencuba pelbagai cara, test , measure dan cuba sekali lagi memastikan keberkesanan percubaan anda tadi.

semoga berjaya
coach bahar

Thursday, September 19, 2013

10 tip marketing untuk kedai makan atau restoran



1. Word-of-Mouth Marketing. 
dengan layanan mesra kepada pelangga dan ditambah dengan sedapnya sanpatan membolehkan restoran tak putus-putus orang datang.

2. Social Media Marketing.. menggunakan Facebook, tweeter dan mediam lain memudahkan restoran anda mudah dikenali.

3. Loyalty Programs. ia diberikan kepada pelanggan setia.

4. Up-Selling . selain anda menjual menu yang ada, anda juga perlu menjual menu yang lain..memastikan pelanggan merasai makanan yang paling enak di restoran anda. Pelanggan yang dah masuk ke restoran kita adalah sangat penting diberikan dandijual dengan menu yang laing mahal.

5. Event Marketing. teknik ini paling berkesan , wujudkan pakej dan buat marketing untuk bakal pelanggan dengan memberi tawaran yang hebat untuk menganjurkan event.

6. Email Marketing. buat sebulan sekali kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

7. Text Message Marketing . buat sms sekerap yang boleh

8. Restaurant Newsletter. kalau boleh berikan newsletter kepada pelangan tentang perkembangan perniagaan anda.

9. buat Blogs and Videos untuk meningkatkan jualan dan update selalu blog anda.

10. Restroom Marketing. berikan tempat rehat yang selasa kepada pengunjung..

saya ada 10 lagi tip..jika mahukan saya tunggu 100 like untuk post ini.

Runcit

Kaum cina datang ke melaya memulakan perniagaan runcit. Mereka berniaga berpuluh tahun.kalau perasan dikampung-kampung masih ada sedikit2 mereka yg tua2 menjual.

Anda nak tahu tak kenapa mereka menjual runcit?. Sebenarnya mereka belajar. Runcit boleh belajar menjual, stok, marketing, kira untung dan lain-lain. Itu sebenarnya ilmunya bisnes basic.

Dari situ mereka belajar dan berkembang ke bisnes lain. Sepatutnya mereka yang mahu menjadi usahawan perlu tahu ini semua, seni berniaga. Perlu dari kecil dan berdikit..

Sekarang kamu india pula masuk dalam sektor ini. Kedai mamak juga salah satu industri bisnes cash sama dengan kedai runcit. Mereka menjual barangan keperluan, barang orang kaya pakai dan barang orang miskin mahu. Jika orang kaya menjadi miskin sekalipun mereka masih boleh menjual.

Bidang peruncitan walau menjana pendapatan yg slow tapi ada satu seni dimana anda boleh menentukan bila anda mahu untung. Sebelum menjual atau selepas menjual...

Mereka ada rahsianya, saya tahu rahsia mereka.


10 tip hebat mengunakan SMS untuk Restoran anda.



Menurut kajian lebih 73% pengguna hand phone menggunakan SMS sebagai mediam perantaraan mereka. Dalam bisnes juga anda boleh menggunakan sms untuk mengiklankan restoran / kafe anda kepada pelanggan dan bakal pelanggan. Tetapi ada beberapa perkara yang membawa keberkesanan perkara tersebut. Hari ni saya sertakan 10 tip berkesan menggunakan teknologi SMS untuk anda memikat pelanggan.

1. Be Spontaneous!
SMS kepada pelanggan boleh anda berikan berita yang sedikit mengejut dan secara tiba-tiba. contohnya "jam 10pagi hingga 12 tengah hari, anda mendapat 50% diskaun untuk semua makanan di restoran XXX". Membuatkan pelanggan anda akan tertunggu-tunggu offer dan berpusu-pusu ke restoran anda.

2. Discount Codes
Berikan SMS seperti discount codes kepada pelanggan anda supaya boleh digunakan sebagai e-kopun dan menukarnya di restoran.

3. Birthday Greetings
Jika anda menghantar SMS mengucapkan hari lahir kepada pelanggan anda, mereka pasti akan setia dengan restoran anda. Lebih berkesan jika dihari lahir mereka anda memberikan discount atau jamuan percuma bagi mereka ....

4. Polls
Untuk mengetahui apakah yang pelanggan suka. pilihan menu yang paling digemari pelanggan perlu diketengahkan.

5. Event Invites
Jemput mereka sebagai VIP untuk event yang anda anjurkan melalui sms.

6. Email Sign-Ups
Anda juga boleh mendapatkan email mereka dengan sms mereka. mungkin juga offer anda kepada mereka mendapat 10% potongan kepada 5 email rakan rapat mereka.

7. Market Your Website
Jika anda ada website / video / blog untuk mereka boleh merujuk menu dan kelazatan restoran anda..

8.Special Announcements
SMS juga boleh digunakan sebagai bebearapa berita penting misalnya penutupan sementara supaya pelanggan tidak kecewa atau memperkenalkan chef baru dan lain-lain

9. Competitions
Sebagai contoh "kepada 10 sms terpantas akan mendapat e-kopun 10% potongan makanan hari ini".

10. Useful Tips
Tidak semua perkara anda hantarkan iklan, mungkin juga anda boleh hantarkan beberapa tip atau berita setempat / ucapan selamat hari raya dan sebagainya.

Perkara yang lebih penting adalah pengumpulan data yang tepat, genuine pelanggan.

saya harap anda belajar sesuatu malam ini dari perkongsian saya, supaya teknik sms marketing anda lebih berkesan dari biasa. saya punya 10 lagi tip yang nak dikongsi, sila like dan share ilmu ini seberapa banyak..jika cukup 156 like saya kongsikan lagi yang lebih power.

Wednesday, September 18, 2013

17 tips idea kratif mempromosikan bisnes anda tanpa modal.



1. Tulis bisnes yang anda jalankan dan beritahu di facebook rakan FB anda.

2. Berikan maklumat tentang bisnes anda di group dan page yang besar pengunjungnya contohnya twitter artis

3. Update status FB anda dengan maklumat bisnes anda

4. Sediakan Poster dan posting kan di media sosial

5. Jangan 'tag' gambar promosi bisnes anda ke rakan lain kecuali dengan izin.

6. Gunakan kata2 promosi yang kelakar dan lucu untuk menarik perhatian.

7. jika anda menjual produk, letakan iklan anda di mudah.com atau lelong.com

8. jika anda mensasarkan jualan local, buat stiker dan tampal di belakang kereta anda dan kereta staf anda iklan tentang restoran atau lain-lain perkhidmatan local. contohnya catering dan restoran.

9. jika pelanggan anda adalah mahasiswa masuk iklan didalam majalah kampus

10. sebar flyer di kawasan setempat maklumat tentang bisnes anda.

11. buat website atau blog secara berkala.

12. mesti ada akaun FB yang khusus untuk perniagaan anda

13. Gunakan teknik soft-selling

14. Sesekali berikan potongan harga

15. Jika anda bisnes restoran, buat promosi 10 kawan yang rapat dengan anda dan berikan promosi yang saya kepada 10 teman mereka dan perkara ini bersambungan.

16. Selalu beri bonus untuk pelanggan dan biarkan mereka yg promosi kepada rakan mereka.

17. Cetak flyer/gambar promosi bisnes anda di baju, dan pakailah untuk berjalan ke mall, pasaraya dan lain-lain.

Wednesday, September 11, 2013

sedekah


diceritakan pada satu kisah seorang banduan dan akhirnya menjadi seorang usahawan.

Seorang banduan Hassan yang 7 tahun merengkok dalam penjara akhirnya keluar. Dia amat bersyukur dengan nikmat bebas. dia bertekad untuk menjadi seorang yang berguna, lebih lagi latihan dan kekuatan kerohanian yang ditanamkan semasa dipenjara sungguh menginsafkan.

Dia balik kerumah ibunya dengan keadaan tidak punya apa-apa. dia hanya punya seratus ringgit ditangan nya dan dia bertekat untuk memulakan perniagaan pertamanya. 

Dia buntu nak mulakan untuk menjual apa sedangkan modal ditangan hanya ada seratus. Dengan duit yang ada dia menjual nasi bungkus yang bernilai RM3 sebungkus. Dengan modalnya dia mendapat 50 bungkus. Jika dijual semuanya dia akan mendapat RM150.

Dia memulakan langkahnya dan dia membuka gerai kecil dengan meja dan kerusi di laluan sibuk. Dari pagi hingga tengah hari dia menjual tetapi hanya 3 bungkus sahaja yang laku dijual. dia sedih dan amat sedih. dari duitnya ada seratus kini duitnya hanya ada rm10 sahaja.

Semalaman dia berdoa dan berfikir untuk memulakan sesuatu yang baru, memohon moga Allah berikan rezeki yang melimpah ruah padanya.

hari kedua hassan tidak boleh lagi menjual nasi kerana dia tiada modal. berbekal RM10 dia bertanya ibunya yang tua.

"ibu apa lah nasib saya, duit tinggal sepuluh ringgit apa saya nak berniaga"
ibu menyebut "kau sedekahkan lah duit itu"
"aku nak makan apa, ini sahaja yang tinggil bu"
ibunya menyahut "setiap satu kau beri, Allah berikan 10 pada kau"
....

Dia membeli kacang dan dibungkuskan kecil-kecil, dibawa bakulnya juga kepasar untuk menjaja. kali ini dia dapat lebih kurang 20 bungkus dari modalnya. dia menjual seringgit sebungkus. Sudah laku 10 kali ini..dia semangat.

dalam perjalanan, masuk waktu zuhur. bergegas dia ke masjid. dalam keadaan tergesa dia meletakan bakulnya di tepi tangga masjid dan dia sembahyang. lepas sembahyang dapat dia berjumpa dengan imam masjid tersebut dan berbual-bual dan menceritakan kisah semalam.

setelah mahu pulang dia melihat bakulnya kosong dengan kacang tadi. dia bercakap dengan imam tadi dan imam tadi berkata "niatkan sedekah kerana Allah akan gantikan". makmum ingat hassan mahu bersedekah dengan memberi kacang di tepi tangga. dia tunduk dan insaf dengan berkata "saya sedekahkan semuanya".

Dia ambl bakul tersebut ...subahaallah ada duit didalamnya. rupanya ada rm 100 didalam bakul itu dicampak duitnya oleh jemaah semasa mereka ambil kacangnya. Allah gantikan mudah bila dia kehendaki. semua perkara logic jadi tak logic.

Dia bersandar di tiang merenung kuasanya sedekah, Allah gantikan sungguh cepat. mohon lah apa sahaja yang kita mahukan, Allah maha pemberi, maha mengetahui dan maha kuasa.

Saturday, September 7, 2013

Beberapa seminar yang telah berlangsung pada bulan September 2013

Seminar Business Model Canvas pada 1 Sept 2013 di bizpoint Shah Alam

Pada 07 Sept 2013 saya adakan kelas seminar Business Personal Coaching di Shah Alam 

8 Sept 2013 :: saya bersama peserta Business Personal Coaching di D'impian Inn Parit Raja. 

Tuesday, September 3, 2013

Kebangkitan ekonomi indonesia

Sejak kebangkitan rakyat indonesia dari tahun 1998, indonesia terumbang ambing dalam keadaan ekonominya. kebanyakan rakyatnya hidup dengan 2 dolor seminggu. tetapi dari tahun 2007 hingga 2012 menunjukkan peningkatan kuasa membeli yang meningkat mendadak disana. rakyat indonesia lebih dari 280 juta, mereka mempunyai kuasa beli sendiri tidak perlu dari pengaruh luar jika mereka mahu.

dari kajian menunjukan hanya dalam 5 tahun indonesia telah meningkatkan taraf hidup rakyatnya sebanyak 50 juta orang. ya benar saya juga selalu kesana, mereka sangat rajin dan saya rasa mereka akan menjadi kuasa ekonomi dunia 15 tahun yang akan datang bila dapat menyelesaikan beberapa perkara pentadbiran negara mereka terutamanya rasuah. Tetapi sejak kebelakangan ini perkara ini sedikit demi sedikit diselesaikan.

Akhirnya mungkin kita tidak akan mendapat pembantu rumah dan pekerja dari indonesia kerana negara mereka sendiri telah menjanjikan 'surga' bagi mereka.

persoalannya adalah peningkatan 50 juta orang dari berpendapatan rendah ke berpendapatan sederhana adalah satu gelombang yang sangat besar.

Beberapa sektor seperti pendidikan dan kesihatan menjadi tumpuan mereka. jika ada usahawan kita yang dapat melihat perkara ini sebagai peluang mungkin boleh mendapat manfaat darinya. mereka masih menghormati malaysia sebagai 'orang kaya' dan kalau kena gayanya boleh bergabung dalam bidang perniagaan.

Saya berikan contoh mungkin kolej atau universiti kita boleh membuka kampus yang lebih banyak di sana dan mempunyai kampus di sini, lihat sahaja sunway university lebih 50% pelajarnya adalah dari orang kaya indonesia. begitu juga hospital , mungkin boleh kita buka disana dan mempunyai hospital kembar disini. mungkin malaysia boleh menumpukan kepada perkhidmatan hospital yang lebih baik perkhidmatan nya dan kepakarannya. mereka yang datang bukan sahaja melancong tetapi mereka datang untuk berubat. banyak bangunan pencakar langit dan shopping market disana baru dibuka kebelakangan ini.

dari hanya menumpukan pasaran online malaysia apa salahnya kekawan yang membuat bisnes on-line melihat pasaran ini juga..fikir-fikirkan.

mereka maju kerana mereka mahu berubah

buah fikiran subuh