Wednesday, October 14, 2015

Belajar Dari Pengalaman

Al-kisah satu cerita

Disuatu ketika dulu, ada sebuah kisah yang diceritakan oleh guru saya.

Kisah seorang anak murid dengan seorang gurunya yang tinggi ilmunya, alim dan kaya berharta.

Disatu hari.

Anak muridnya bersungguh-sungguh bertanya kepada gurunya.

" Wahai guruku, bagaimanakah aku mahu bahagia, bagaimanakah aku mahu kaya. Apakah rahsianya ".

Gurunya diam sebentar lalu berkata.

" adakah kamu mahu tahu rahsia menjadi orang yang bahagia dan kaya ?. Esok subuh ikut saya. Kita berkelana, aku akan ajarkan kamu bagaimana kamu boleh bahagia dan kaya raya. Tetapi dengan satu syarat. Sepanjang perjalanan itu, kau tidak boleh bertanya apa-apa kecuali melihat. "

Anak muridnya sangat girang " itu syarat yang sangat mudah tuan guru , saya mahu tahu rahsianya ".

Disubuh hari. Mereka berdua berjalan. Dari pagi hinggalah ke petang senja. Sampailah mereka di sebuah rumah buruk di hujung satu kampung.

Dirumah itu tinggal seorang lelaki bersama anak-isterinya. Mereka sangat miskin dan anaknya ramai.

Rupanya, lelaki itu adalah bekas anak muridnya yang telah lama habis ilmu persilatan. Mereka berbual hinggalah malam. Hingga dipelawa gurunya tidur sahaja di pondoknya sebelum pulang esok hari. Gurunya setuju dan mereka berbual panjang.

Tuan guru :: " bagaimana keadaan kamu wahai anak murid ku ".

Lelaki miskin :: "keadaan ku biasa sahaja tuan guru. Membesarkan anak-anak dengan keadaan susah sekarang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Kami orang baru disini, sukar untuk mendapat pekerjaan".

Tuan guru :: " bagaimana kau menyara hidup anak mu ".

Lelaki miskin :: " Aku ada se ekor lembu. Setiap pagi ku perah susunya. Separuh ku berikan pada anak ku. Separuhnya ku jual di pasar . Ku belikan beras dan keperluan harian hasil jualan susu itu. Begitulah setiap hari tuan guru".

Anak muridnya yang mengikut guru tadi terpingga-pingga. Mengapalah gurunya membawa dia ke situ berjumpa lelaki miskin itu. Sedangkan dia mahukan rahsia bagaimana mahu bahagia dan kaya. Tetapi dia sudah berjanji untuk tidak bertanya apa-apa sepanjang perjalanannya.

Mereka bermalam di rumah si miskin itu.

Dipertengahan malam.

Anak muridnya dikejutkan oleh gurunya. Gurunya mahu pulang. Dia kehairanan malam-malam mahu pulang dan tergesa.gesa. dia mengikutkan sahaja.

Sebelum pulang.

Tuan gurunya bertanya " anak muridku , adakah kau tahu apa yang ada dibelakang rumah lelaki ini ".

Anak murid :: " ada se ekor lembu, dan itu punca rezeki mereka setiap hari tuan guru ".

Mereka berdua ke belakang rumah, gurunya tadi mengambil pisau dan dibunuh lembu tadi. Anak murid tadi terkejut. Mengapa gurunya membunuh lembu si miskin ini. Sedangkan itulah sahaja punca rezekinya.

Walau begitu dia tidak boleh bertanya dan dia sangat hormat pada gurunya. Dia masih bersangka baik. Mereka pulang ke madrasah.

Sampai dimadrasah, gurunya meminta anak muridnya pulang dan bekerja seperti biasa. Tidak sepatahpun gurunya memberitahu apakah rahsia menjadi seorang yang bahagia dan bagaimana menjadi kaya. Dengan kehampaan anak murid tadi pulang.

Dari hari ke hari.
Dari hari ke bulan.
Dari bulan ke tahun.

Sudah setahun berlalu. Anak murid itu mula curiga dan berjumpa tuan gurunya semua.

Anak murid :: " wahai guruku, ingatkah kau satu hari dulu. Aku bertanya bagaimana mahu kaya dan bahagia. Kalau bawa aku ke sebuah kampung berjumpa seorang miskin. Di pertengahan malam kau bunuh lembunya. Lalu kita pulang ".

Tuan guru :: " anak murid ku. Benar kau mahu tahu apa rahsianya ? Baik esok subuh ikut aku".

Anak murid tadi berfikir.

" baik, aku ikut tuan guru tapi dengan satu syarat. Benarkan aku bertanya ".

Subuh esoknya.

Mereka berjalan lagi. Petangnya mereka berdua sampai di kampung lelaki miskin itu tadi. Mereka ke rumah lelaki miskin itu. Didapati rumahnya telah kosong.

Anak murid tadi sangkakan tentu lelaki miskin itu telah pindah.

Anak murid :: " lihat guru, lelaki itu telah pindah kerana kau bunuh lembunya. Lembu itu hanya satu-satunya punca rezekinya sekeluarga. Mereka menjadi lebih susah dan berputus asa ".

Lalu seorang jiran, ditanya pada jiran itu mana perginya lelaki itu.

Dimaklumkan lelaki itu telah berpindah ke lering bukit sana. Mereka pun pergilah ke tempat yang dimaksudkan.

Alangkah terkejutnya mereka dapati lelaki itu tidak lagi miskin. Dia sudah menjadi kaya raya. Apakah cerita sebaliknya dia boleh menjadi kaya.

Lelaki kaya :: " wahai guru, datanglah kerumah ku dulu. Akan aku ceritakan. "

Tuan guru :: "wahai anak murid ku, ceritalah yang sebenar apa yang terjadi ".

Lelaki kaya :: " kau ingat tak guru. Satu hari tidak disangka-sangka kau datang ke rumah ku. Kita berbual panjang. Dipertengahan malam aku dapati kau sudah tiada.

Esoknya perkara yang lebih malang berlaku, aku dapati lembu ku mati dibunuh orang. Aku tak tahu siapa punya angkara.

Aku tak kacau orang, aku tak bermusuh dengan sesiapa. Tetapi mengapa ada orang yang dengki membunuh lembuku. Kami sekeluarga berdukacita, menyesal, menanggis 3 hari berturut2.

Tetapi hari ke empat anak ku mula lapar. Simpanan sudah habis. Aku perlu bekerja. Mulanya aku tak tahu nak buat apa. Akhirnya kerana terpaksa aku menanam sayuran.

Selang seminggu sayur tumbuh subur. Separuh aku ambil untuk aku makan sekeluarga dan separuh lebihnya ku jual dipasar.

Tidak aku tahu rupanya harga sayur lebih mahal dan lebih mudah dijual berbanding susu. Dari saat itu aku pajak tanah orang kampung, aku tanam sayuran. Aku dapat untung aku pajak lebih besar hingga aku mempunyai beratus ekar tanaman sayuran.

Alhamdulilah dari hari ke hari aku bertambah rezeki dari Allah.

Itulah ceritanya guru"

Panjang lebar ceritanya oleh lelaki kaya tadi.

Tuan guru berkata

" wahai anak.murid ku berdua..

Inilah sebanar rahsia bagaimana kamu mahu menjadi kaya dan bahagia. Kalau perlu BUNUH LEMBU mu. "

Anak murid :: " apa maksud tuan guru, saya kurang faham ".

Tuan guru :: " peluang bukan boleh dilihat pada mata, ianya perlu dilihat dari mata hati.

1. Selagi kau tidak bunuh lembu mu, selagi itu hidup mu tak berubah. Mungkin lembu mu adalah keselesaan mu sekarang. Mungkin lembu mu adalah apa yang kau ada sekarang. Mungkin lembu mu adalah alasan mu untuk kau maju. Selagi itulah kau masih miskin.

2. Jika tidak ku bunuh lembu kau mungkin hingga sekarang kau masih miskin. Membuat perkara yang sama yang kau fikir betul.

".

" Baru saya faham guru " kata anak murid itu berdua.

Cerita ini sangat dekat dengan saya. Cerita ini sangat terkesan dengan diri saya sekarang. Beberapa lembu saya telah mati. Saya tidak punya pendapatan dari hasil lembu yang telah mati.

Mulanya saya sangat dukacita. Mulanya sangat terkesan dihati ini dengan apa yang berlaku. Yang pasti ada perkara baik yang akan berlaku. Sesuatu berlaku pasti terbaik untuk kita, selayaknya untuk kita terima dan tepat pada masanya. Berbaik sangkalah dan berungtunglah kepada orang yang bersabar.

Mak selalu berpesan. Rezeki ini terbahagi kepada tiga level.

1. Rezeki yang telah ditentukan. ( semua yang hidup pasti ada rezekinya masing-masing )
2. Rezeki yang digantungkan. ( rezeki yang perlu diambil dan usaha untuk mendapatkannya ).
3. Rezeki yang diyakini dari Allah.

Rezeki kita bukan bergantung pada orang lain. Rezeki kita bergantung pada Allah. Bukan kita yang mampu selesaikan masalah, hanya Allah yang mampu menyelesaikannya.

Disaat saya menulis ini pun saya masih berjalan perlahan dan tunduk. Masih tak nampak jalannya dihadapan. Saya bercerita dari hati. Saya menulis bukan kerna nama. Saya menulis pada yang mahu membacanya.

#belajardarikegagalan
#sedekahilmu

No comments: