Dalam membuat keputusan,
ramai mereka hanya memikirkan keuntungan dan kerugian mereka dgn tidak
mengambilkira keputusan itu dgn kerugian @ masalah org lain.
Ada yg buat anda
tersenyum, ada yg buat anda berduka. Pilihlah dan jagalah mereka yg buat anda
tersenyum tadi dan terus ceria dalam perjalanan hidup bersama anda. Anda akan
lebih berkeyakinan.
Nasihat :: Anda
sebenarnya lebih banyak menghabiskan masa, idea dan tenaga anda utk
memperkayakan orang lain(bayar bank dll). ketidakseimbangan antara pendapatan
dgn pembelanjaan menyebabkan anda sentiasa sesak dalam perjalanan kehidupan.
Kurangkan berhutang dan memakailah ala-kadar. Berusahalah dari sekarang membetulkan
kesalahan silam.
Pengalaman :: Dalam
mengurus perniagaan saya berjumpa berbagai ragam manusia. Ada yang jujur dalam
perniagaan tetapi ada yang sebaliknya. Ada yang konon "saya beli dengan
awak sebab saya nak tolong melayu ni" tapi dia lah pembeli dan pelanggan
yang paling cerewet, dah siap tak bayar, komen situ dan sini. Ramai juga yang
memanipulasikan sistem dan kelemahan kita, hutang tidak dibayar, kerja dah siap tidak dibayar dan tidak
kurang juga yang menekan-nekan kononnya mereka ada kuasa sekarang. Akhirnya
saya rugi dan saya percaya ramai lagi yang berniaga rugi dengan sikap
sesetengah mereka...perkara ini berlaku sama ada mereka kakitangan kerajaan,
mereka bekerja swasta ke atau tidak bekerja....anda berniaga, berhati-hati
dengan mereka.
Pengalaman :: Anda boleh mengusahakan perniagaan anda dalam bidang lain dalam masa yang sama "membuat perlaburan hartanah yg menguntungkan". Sebagai contoh, saya mengusahakan D'impian inn di 28 lot rumah kedai, dalam masa yang sama saya membeli hartanah tersebut. Anda akan membuat keuntungan dua kali. kali pertama keuntungan perniagaan anda, yang kedua keuntungan kenaikan harga hartanah. Saya sekadar berkongsi, mudah-mudahan dapatkan kebaikan..
Semua perkara yang anda impikan, anda harus melakukannya secara bersungguh-sungguh. Bersunguh-sungguh maksudnya anda perlu fanatik dalam apa sahaja yang anda usahakan. Tiada pilihan lain. Jika tidak, anda akan mendapat keputusan "nasib" sahaja. Saya menyeru sahabat semua berkerja dgn fanatik, belajar dgn bersungguh, menjadi pensyarah terulung, alang-alang berniaga biar kaya raya........jom usaha
Mencari idea bukan nya mudah....melaksanakan idea lagi susah. Kekadang meneruskan idea yang telah dilaksanakan lagi payah. idea...idea...idea..
"Hari ini, ramai orang berminat untuk menceburi pelaburan hartanah kerana semua orang tahu betapa lumayannya industri ini. Ramai yang terlopong mulut apabila kita bercakap mengenai keuntungan bukan 2,3 ribu..tetapi ratusan ribu ataupun jutaan ringgit.
Tetapi ada dua perkara yang membataskan impian orang untuk menceburinya;"
1) Modal
2) Kepakaran
Tetapi ada dua perkara yang membataskan impian orang untuk menceburinya;"
1) Modal
2) Kepakaran
Nasihat :: Bergaduh, berselilihan pendapat, fitnah menfitnah, tikam belakang, buruk memburukan orang, menghasut, buli-membuli, dengki antara satu sama lain itu bukankah perkara yang di tegah oleh Islam. Tak guna, rugi je sebenarnya akhirnya "Yang menang jadi abu dan kalah jadi arang".
Pengalaman :: Saya tak tahu yang lain... tapi tadi, ada satu keluarga (pelajar) jumpa saya bersalam dan mengucapkan terima kasih. Ayahnya yg separuh umur cukup ceria dan mengatakan banyak perubahan yang berlaku pada anak sulungnya. Yang dulu malu-malu sekarang lebih berkeyakinan, lebih bermotivasi dan lebih bersemangat. Dia sungguh puas hati dengan program persediaan diploma dan berdoa agar anaknya dapat meneruskan pengajian di UTHM. Saya hanya mampu tersenyum, bersyukur dan berbesar hati...mungkin ramai lagi seperti mereka "merakyatkan universiti"
Selalu anda ingat anda betulkan, komen orang situ, koman orang sini, salahkan bos itu, salahkan staf ini, ini tak betul, itu tak betullah, tak pandai meminpin le, tak pandai bekerja le, makan gaji buta le, berniaga tak pandai....bla-bla... nanti dulu...rasanya kalau andalah ditempat mereka yang anda kutuk dan fitnah, rasanya anda dapat ke mengubahnya dgn lebih baik keadaan sekarang. Jadi kalau tak yakin, usah mempertikai usaha orang lain, itu kan lebih baik. Anda menjadi yang terbaik dalam lengkungan kuasa anda sekarang...baru orang pandang.
Untuk Berjaya anda perlu ekstremis dan fanatik. Marah le tu, itu pendapat saya. Dulu saya seperti anda juga menyalah ertikan tentang definasi kesederhanaan, fanatic dan ekstremis. Malangnya selalu ekstremis atau fanatik ni kaitkan dengan islam, pemberontak dan perkara-perkara yang tak baik. Saya tidak percaya jika anda hanya mengamalkan kesederhanaan dan keseimbangan, membawa anda Berjaya secara maksimum dalam sesuatu perkara yg anda impikan kecuali kehendak Allah.Saya sudah banyak meneliti banyak cerita kejayaan dari kejayaan ahli sukan hinggalah jutawan dunia dari ulamak dunia hingga ahli ilmuan mereka mempunyai sikap yang sama. Mereka yang membuat sedikit sana, sedikit sini, berusaha sedikit, menanguh kerja, tunggu esok, mungkin mereka Berjaya tetapi anda tidak mengenali mereka ..... mereka biasa-biasa sahaja.
Biasanya, Saya tidur kurang 4 jam sehari, kecuali tertidur. Mungkin sudah terbiasa masa jadi researcher dan pelajar di UK dulu, balik school jam 2 pagi. Budaya fanatik belajar @ fanatik buat kerja @ fanatik cari duit @ fanatik beribadat @ fanatik mencapai sesuatu kurang disokong di tanah air ku. Tetapi jika anda mahu berjaya anda perlu fanatik @ ekstrem utk mencapai kejayaan tersebut. Itu pun belum terjamin anda BERJAYA.
No comments:
Post a Comment