Tuesday, February 4, 2014
Tentang Ilmu perniagaan Restoran MAMAK:
Apa yang anda boleh lakukan untuk pelangan mengunjungi tempat anda?. Cari jawapan ini sebelum saudara membuka restoren. Tulis apa saja perancangan anda. Ini di panggil strategi pemasaran dalam Ilmu perniagaan. Strategi anda perlu ada. Tanpa strategi yang baik dan solid anda akan kalah dalam pertempuran nanti. Makna pertempuran di sini cuma “persaingan perniagaan”. jika anda mengatakan pelangan anda ramai dari golongan pelajar. Maka apa kehendak pelajar ini?. Makanan murah, sedap dan suasana?. Suasana???…apa yang pelajar suka?..FB?..buat wifi percuma mcm kedai mamak. Pertandingan bola?…perlu big screen?..inilah suasana pelajar kehendaki; mereka nak tempat lepak atau mereka gelar pot.
Trend pelanggan perlu dikaji. Ramai pengusaha restoren kata, pelajar ini cuma minum air saja…tak untung, tapi minuman adalah keuntungan besar bukan makanan. Makanan cuma profit margin sekarang 30% saja kalau tolak yang tak laku?. Minuman untungnya 200%. satu tin susu boleh bancuh 10 gelas teh tarik. Roti canai untungnya 120% . Menakjubkan bukan. Kenapa perlu naikan harga roti canai sekiranya sekilo tepung cuma naik 0.20 sen. kilo tepung boleh buat 20 – 25 keping roti ..hahahaha. Marah perstaun restoren Mamak, rungkai keuntungan. Kita harus memahami kebanyakan pelajar ini adalah dari golongan tidak ada sumber pendapatan dan bergantung kepada biasiswa untuk menjamu makanan yang mahal dantidak mampu. Resepi-resepi dan menu perlu disesuaikan.
Tentang Nasi campur ini masalahnya cuma satu. Cara buffet meal. Pelajar–pelajar yang mengambil makanan tidak tahu kuantiti makanan yang mereka ambil dan biasanya bayaran bergantung kepada kuantiti. Maka mereka akan kecewa bila berhadapan dengan juruwang…pengusaha Nasi kandar seperti mamak haji faham keadaan ini. Kadangkala kuantiti makanan ini merugikan kita dan juga akan kehilangan pelanggan. Maka dengan sebab itulah kedai mamak biasanya letak seorang tukang cedok lauk. Walau pun kita perlu membayar upahnya tetapi apabila kita kira kembali ia amat menguntungkan dan kontravasi di counter pembayaran tidak akan berlaku. Cuba gabungkan Idea restoran nasi kandar dengan restoren Melayu nasi campur.
Nasi kandar lauknya mahal seperti seketul ayam dikira RM3.00. Nasi RM1.00 dan Sayur RM1.00. Jumlah keseluruhan RM5.00. Mahal harganya. Ok…cuba kurang menu asas ini kepada Ayam RM2.00 Nasi 0.80 dan sayur 0.70. Maka makanan ini cuma kosnya RM3.50. Ok bagaimana kita boleh lakukan ini. Ayam nasi kandar dipotong ayam berat 1.8kg kepada 10 bahagian. Saudara perlu beli ayam beratnya 1.6kg – 1.5kg dan potong 12 bahagian. Berat ayam ini perlu dijaga semasa membeli. kalau kecil akan seperti anak ayam.jadinya.hahaha!. Orang yang jual ayam ini kalau boleh cari yang berat saja dan potong mengikut cara dia..peduli apa penjual ayam itu dgn kita. Berniaga perlu rajin. Beli ayam di pasar raya seperti econsale yang jual harga borong. Pasar raya lain cuma boleh beli masa jualan murah je.
Penolong tukang masak perlu tahu cara potong ayam. Maka dengan ini saudara boleh elakan penipuan timbang oleh penjual ayam. Ikan pun begitu juga beli dan potong sendiri. Nasi jangan risau anggarkan 1 kg Nasi boleh tampung 12 orang pelangan. Maka kalau dibahagi RM22.00 10kg. cuma kosnya sepinggan 0.22 sen + gas dan air = 0.25 sen. Teknik memasak nasi perlu betul dan tidak berkerak tebal. Mamak tentang ini pandai sebab itu Mamak nasi buang kanji…hehehe. Pernah mamak audit sebuah restoran Melayu..di Tong sampah penuh dgn kerak nasi. Katanya rice Cooker Rosak. Sayur perlu pilih jenis dan musim murah. Kalau beli kacang bunci 5kg…anda perlukan potong sayur buncis 5 jam. Itulah sebab Mamak niaga cuma dua jenis sayur..kacang panjang atau kobis. Pendek kata saudara kena ke pasar dan teliti semua harga. Ok.
Nanti saya nak tulis atikal bagaimana nak jimatkan elektrik, gas dan air. dan penipuan dalam tong gas yang dibekalkan. Tentang modal anda perlu sediakan kos overhead dan kira untung permulaan selama 90 hari di bawah sifar. kerana bila mula perniagaan sukar kita menentukan keuntungan kadang meletup kadangkala merundum. Kalau boleh jangan sekali-kali beli barangan stainless steel secara tunai. Yang baik sewa bulanan atau minguan. Kerana permulaan niaga anda perlukan wang tunai. Bagi nasihat saya… jangan berhutang beli barangan keperluan harian selagi anda tak pandai rolling account. Cuma orang ada kemahiran boleh lakukan ini. Bila kita berhutang kita tidak boleh kawal stok dan kualitti barangan. Kita beli dan jual. Jangan beli stok banyak..kerana stok yang ada itu tidak ada nilai wang. Bila jual baru bertkar kepada nilai wang.
Yang paling elok anda soal apa jua kemusykilan dlm pemikiran insyallah..kita kongsi pendapat. Yang penting mulakan perniagaan dengan pemikiran positif. Fixed cost kedai mamak depa turunkan dgn membuka operasi 24 jam..maka sewa 15 hari save. Restoran perlu ada starting up cost…ini masalah sedikit. kita tak mahu niaga kita mati lepas dua bulan. Maka sumber kewangan perlu ada. Cari rakan kongsi kalu tak ada jumlah besar. Apa kata kos sekarang mencecah 150K???. Itu belum renovation cost. Elok buat syarikat sendirian berhad dan cari invester untuk permulaan. Jangan terlalu dengar nasihat pelangan atau kawan-kawan. nanti mcm-mcm ada…keliru kepala otak kita dibuat.Tak jadi benda ini. Berfikiran positif dan jangan sekali-kali luntuh semangat. Guru perniagaan saya di London dulu selalu berkata, ” In order to succed in Restaurant business you must fail, so that you know what NOT to do the next time”….ok.
Yang baik di ambil pengajaran yang tidak di tinggalkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
info yang berguna tak sabar nak baca sambunganya teruskan menhasut agar menjadi usahawan tq
Ilmu yang besar manfaat..terima kasih
tak lme lg saye akan mula kedai mamak
salam da bukak kedai mamak ke. bole share pgalamn
Ntah ntah tutup blik lepas covid tu
Post a Comment