Sunday, February 2, 2014

Saya berjumpa seorang sahabat saya berbangsa cina yang berniaga. Dia cakap dengan saya...

" bahar, ...lu tahu ke? . Mana ada benda ajaib dalam dunia. Nak kaya kena kerja kuat lah. 

Keluarga gua, buka kedai runcit. Buka kedai cermin mata. Buka jam 9 pagi tutup jam 10 malam. Tujuh hari kerja, jaga bisnes sendiri. 

Kumpul duit sikit- sikit ada peluang mereka beli emas. Ada peluang besar mereka jual emas beli tanah.

Bila bisnes teruk....kami pergi bank re-loan tanah cairkan aset.

Mana ada orang kata kami bangsa cina ...senang berniaga. Mana kalau nak kaya kerja samapi jam 5 je....mana boleh"

Saya mendengar dengan teliti. Saya memang tahu hanya kerja keras sahaja anda akan berjaya menguasai. Bisnes dan kerja tak boleh main-main, kena bermati-matian untuk berjaya.

Dia cakap lagi...

" itu bukan lama, bila semua dah ok...anda boleh relax. You tak payah kerja....orang lain kerja ..beri duit untuk you"

" you faham ke bahar. "

Saya menganggukkan kepala..

No comments: