Friday, February 14, 2014

" Seminar Bangkit Dari Segar "



Semalam, mereka buat hati saya berbunga-bunga. bermulanya "seminar bangkit dari bangun". seminar seumpama ini saya buat dari tahun lepas, jumlah pesertanya hanya 20 - 25 orang peserta sahaja. seminar ini untuk kumpulan yang kecil, minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan yang nak masuk tetapi dah penuh saya terpaksa menolaknya.

Mereka datang dari jauh dan dekat, saya ajarkan yang bisnes ini perlu diselesaikan dan di ajar melalui " problem based learning ". Itu sebabnya saya bawa lihat sendiri bagaimana sebuah bisnes dijalankan dan dikendalikan dengan bersistem.

Sebagai pesarta seminar kali ini apa yang uniknya adalah saya akan bawa semua peserta meninjau semua operasi bisnes D'impian Group termasuk perhotelan dan trianing centre, D'impian Agro, Kilang Baja, Bisnes Training, Bisnes restoran, bisnes catering, tanaman serai dan bisnes on-line. Saya bawa pusing semua dari Batu Pahat ke Muar semua bisnes saya. Diharapkan mereka boleh belajar terus dari apa yang anda lihat dan bagaimana boleh membuat untung dari bisnes.

Seminar ini adalah dalam kumpulan yang kecil supaya saya sendiri boleh melayan sendiri semua peserta yang hadir, buat sama-sama BMC bisnes anda sampai jadi, menjawab soalan strategy marketing plan bisnes anda dan lain-lain masalah bisnes anda. Saya hanya mencuba dengan sedaya upaya, bukan sahaja seminar ini penuh dengan ilmu teori tetapi saya tunjukan bagaimana dimpian mengaplikasikan semua itu dalam dunia realiti bisnes. Saya mahu katakan, saya bukanlah yang terbaik. dalam percubaan bisnes ada yang berjaya dan ada yang gagal tetapi bagaimana kita menangani supaya tidak terus gagal.

hari ini sambung lagi dengan modul yang padat hingga ke malam, semalam saya sampai ke rumah jam 1:30 pagi. Hari ini kami akan bergerak dari batu pahat ke rangkaian bisnes saya dimuar. saya akan ke dimpian country resort saya mahu mereka merasai kenikmatan mencari ilmu dalam suasana kampung yang serba segar. melupakan sementara, masalah mereka dan belajar untuk menjadi gembira dan ceria. dengan cara itu kita boleh bangkit dan terbang setingginya.

coach bahar

No comments: