Monday, August 26, 2013

Sikap berniaga orang kemboja


Sikap berniaga orang kemboja

Berbual dengan sahabat saya yang telah menetap 20 tahun di Malaysia tentang orang kemboja sungguh menyeronokan. Dia telah berkahwin dengan gadis tempatan 10 tahun yang lalu kini mempunyai beberapa rangkaian kedai pakaian di seluruh johor dan melaka.

Antara faktor terbesar kejayaan mereka ini adalah hubungan ukhwah antara peniaga bangsa mereka sangat kuat. Mereka bantu membantu antara satu dengan lain bukan bersaing. Mereka mulakan dengan bisnes yang kecil ke pasar-pasar malam menjual kain. mereka percaya jika berusaha walau tidak tahu membaca dan menulis sekalipun mereka boleh berjaya dalam perniagaan. 

Jati diri mereka tinggi. Kesusahan di negara asal membuatkan mereka sentiasa mempunyai semangat untuk berusaha gigih. Mereka memandang tinggi kepada mereka yang mempunyai perniagaan walaupun kecil. Mereka beranggapan jika bekerja, ianya tidak boleh diwariskan walaupun sebesar mana pangkatnya tetapi dalam perniagaan boleh di wariskan walaupun kecil.

Mereka selalu menasihatkan berniaga biar dari kecil dan berkembang menjadi besar. jangan terlalu rakus dengan perniagaan nak nampak besar tetapi tak cukup modal. Perniagaan mereka nampak kecil dengan menjadi tauke kecil tetapi sebenarnya mereka dalam proses belajar, mereka sangat inginkan untuk berjaya dalam perniagaan. mereka akan menjadi tauke besar bila tiba masanya.

Mungkin ramai antara penduduk tempatan iri hati dengan pencapaian orang kemboja tetapi mereka mempunyai prinsip dalam berniaga. mereka sangat rajin dalam berniaga, kerja tujuh hari semingu kerana mereka beranggapan berniaga adalah periuk nasi mereka. Akhirnya mereka membeli dan membina rumah-rumah yang besar dan berstatus kaya, mereka mula membantu orang tempatan, bergaul dan hadir ke surau dan masjid akhirnya mereka diterima baik didalam masyarakat.

No comments: