Saya belajar berbisnes dari kecil lagi. idola saya adalah arwah ayah saya. dimasa kecil saya akan menjaja keliling kampung. Saya naik basikal menjual ubi, keladi dan sayuran pada penduduk kampung. Entah berapa umur agaknya tapi apa yang pasti masih bersekolah rendah. Hasil untungnya akan abah bahagia dua dengan saya, saya kumpul dan belikan basikal BMX untuk di guna ke sekolah agama petang.
Dari kecil saya tidak bercita-cita menjadi businessmen, saya disogok dengan fahaman saya perlu belajar pandai-pandai dan masuk universiti. Saya lakukan dan berjaya. itu sebabnya saya dihantar bersekolah disekolah berasrama penuh, benchmark mak saya adalah anak-anak jiran saya yang semuanya berjaya ke menara gading.
Tetapi saya minat berniaga, jika ada hari kantin disekolah sayalah heronya sibuk kesana kemari. Saya jaga koprasi sekolah, saya cari duit persatuan, saya buat projek rombongan dan kutip yuran. saya mula jual makanan setiap kali saya balik kampung, saya jual kuih yang dibuat mak saya, saya beli mee megee dan dijual semula dengan mengambil keuntungan 20 sebungkus. Malangnya saya tidak dibenarkan oleh pihak sekolah kononnya pelajar dilarang berniaga disekolah. hati saya meronta.
Lepas sahaja SPM saya terus ke ibu kota, saya bekerja dan selepas itu menyambung pelajaran saya. Abah terlantar sakit lama lebih 5 tahun, saya dibantu kakak-kakak saya. Saya terpaksa mencari rezeki disamping saya belajar di UKM. Arwah abah meninggalkan kami menjelang bulan Ramadhan 18 tahun yang lalu. Sudah jatuh ditimpa tangga, saya tidak dapat biasiswa yang kononnya nama saya tercecir dalam senarai. saya terpaksa menyara hidup saya dan ibu dikampung. saya bekerja di kantin fakulti membasuh pinggan, menjadi pembantu tutor, membersihkan laman rumah, menjadi guru kelas malam mengajar anak-anak pensyarah dan lain kerja asal dapat duit. RM 10 sangat bernilai dulunya.
Perkara itu yang mematangkan saya, dari tahun satu di universiti saya sudah berniaga, berniaga komputer, mencetak baju, menjual buaga, membuat cenderamata untuk pelajar, kereta sewa hingga saya punya sebuah kedai di kampus. Perkara itu cepat mematangkan saya dalam kehidupan sehari-harian hingga saya takut untuk "senang" kerana saya sudah biasa "susah".
Beberapa kali dalam saat genting, saya diselamatkan. saya percaya saya selamat dari kehendak Allah dan doa ibu saya. ketika itu, saya tidak mengalah walau apa yang berlaku kerana saya masih ada pelung untuk berjaya. saya rasakan semangat saya lebih kuat masa itu, fokus saya hanya satu untuk dapatkan degree. rupanya Allah beri saya lebih dari saya nak saya telah lulus master ketika umur saya melangkau 22 tahun.
cerita ini dari hati, kalau boleh dijadikan panduan. cerita ini bukan untuk sesiapa, cerita ini hanya untuk dibaca. saya akan menulis lagi untuk dapatkan mood menulis buku "aku seorang peniaga kecil".
Sunday, August 4, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment