Tuesday, August 27, 2013

Kuat bekerja bukan gila kerja


Saya selalu akan balik lewat dari kerja, jika saya pulang awal sekalipun saya akan sambung kerja saya dirumah. Saya suka bekerja , berfikir dan buat sehabis baik. Saya bekerja mungkin lebih 14 jam sehari. Saya gembira...dengan cara saya. Saya dah tanya doktor, dia kata lebih ramai orang sakit sebab tidak bekerja dari orang yang kuat bekerja. 

Sekarang mungkin sudah berkurang, Masyarakat selalu melihat jika kuat kerja disamakan dengan gila bekerja. seperti menjadi satu kesalahan jika rajin bekerja. Ia benar, jika dikatakan anda kuat bekerja selalu disampuk "harta tak bawa ke kubur" atau ditakutkan "hidup perlu enjoy janganlah kerja kuat sangat ...bukan nak cari apa". Saya suka bersenang lenang, tetapi kekadang dengan senang lenang juga saya bekerja.

Jika bangsa saya nak maju, negara kita nak membangan, pensyarah kita nak jadi ilmuan, usahawan kita nak kaya raya, islam nak unggul kita perlu bekerja kuat dan rajin tidak ada pilihan lain. Itupun setelah kita bekerja kuat dan rajin tak tentu kita akan menang dan dapat apa yang kita impikan.

saya nasihatkan anak muda, jika anda tidak berkira gaji yang anda dapat dengan kerja yang anda lakukan sekarang nascaya anda akan mendapat lebih pendapatan dengan kerja yang sedikit dimasa yang akan datang. ianya benar kerana kerja yang anda curahkan akan membawa anda lebih banyak pengalaman, tidak ada ruginya.

Saya lihat tidak ada cara lain untuk berjaya dan luar biasa dengan hanya bekerja lebih masa dari orang yang biasa-biasa. jika kita ingin lebih maju dari orang putih, kita tidak akan berjaya jika hanya kita bekerja sama macam mereka.

Coach Bahar

No comments: