Thursday, August 29, 2013

Nasihat

Dalam berniaga anda perlu mencari ilmu dan pengalaman. Anda perlu berusaha keras kearah itu. Jika anda kurang bakat dalam berniaga tetapi anda sabar, lama kelamaan anda akan juga berjaya. 

Saya contohkan, Dalam badminton negara kita hanya ada seorang lee chong wei yang sudah dikelas tinggi. Kita juga ada hafiz hashim, kita juga ada Iskandar, kita juga ada arif latip. Mereka semua dan ramai lagi dikelas menengah dan kelas pertengahan. dato' LCW punya bakat besar dalam sukan badminton. senarai yang lain juga jika digilap harus boleh pandai bermain. Pentingnya perlu ada kesabaran.

begitu juga dalam bisnes, anda perlu sabar berlatih. Jika belum masanya anda menjadi hero seperti dato LCW anda tetap juga di kelompok yang hebat. Yang penting anda teruskan berlatih dalam bisnes.


Jadikan hari semalam kamu sebagai satu pengaaman, sebuah pengajaran dan proses pembelanjaran untuk kamu lebih matang tindakan hari ini dan esok. Walaupun anda bertindak tetapi tanpa ilmu yang cukup, latihan yang cukup kekadang kekalahan dan kerugian juga dapatnya. Jika sudah berkali kalah, berkali gagal usahlah terus berputus asa. Anda perlu berusaha keras, untuk terus berlatih untuk menang dalam percubaan seterusnya.

[Nasihat Bisnes]



Saya mulakan bisnes saya dari kosong, ya benar dari kosong. tetapi saya bawa dua perkara iaitu ilmu dan reputation. 

Saya mulakan dengan dari bisnes yang kecil-kecil dan memilih bisnes yang potensi untuk dibesarkan. hingga sekarang saya buat perkara yang sama. 

saya mulakan bisnes dengan berlatih yang kecil-kecil, saya perhalusi seni pemasarannya, seni perundingan, seni pengurusan dan lain-lain . Saya umpamakan jika anda mahu bermain badminton, baru bermain tak mungkin terus anda masuk bertanding. Anda perlu berlatih pukulannya, dan bermain dengan mereka yang kecil-kecil dan jika bakatnya sudah di gilap baru anda boleh masuk bertanding. begitu juga bisnes, kejayaan dalam bisnes tidak ada template nya semudah A..B... dan C.

Saya yakin orang yang kuat asasnya, pukulannya dan asas bisnesnya akan menang satu hari nanti walaupun bukan sekarang. Jika anda baru bermula, berlatihlah dan bersabar akhirnya anda akan menang.

Nasihat

Nasihat :: " Dalam hidup jangan cari duit, tetapi bina oraganisasi yang boleh mendatangkan dan menjana duit. "

Satu masa dulu ramai orang politik mencari duit melalui politiknya dan mereka kaya raya tetapi dimana mereka sekarang...betulkan. 

kalau kurang faham lagi, ramai orang yang menyanyi mencari duit dengan menyanyi tetapi jika dia tidak lagi boleh menyanyi dimana akhirnya.

Bisnes bukan macam berpolitik dan bisnes bukan macam menjadi artis. Jika anda inginkan bisnes anda kekal dan tahan lama, bukan anda yang cari duit tetapi orang lain yang cari duit untuk mereka dan untuk anda.

Tip pengurusan ( memilih staf ) ::


1. Kita tidak akan mendapat gambaran yang jelas dari temuduga sejam.
2. Perkara yang paling mudah adalah cek latarbelakang mereka melalui rakan mereka, x-bos mereka, tempat kerja mereka.
3 Anda akan dapat maklumat yang lebih tepat
4. mungkin ada yang boleh berpura-pura dan pandai berkata-kata.

# mungkin juga baik tip mencari calon suami, calon isteri atau calon menantu. janganlah percaya bulat-bulat, cuba dipantau dan tengok sekejap siapa yang dia kawan, bagaimana kehidupannnya...bukan untuk "jaga tepi kain orang" tetapi anda kan berhak memilih yang terbaik..betul kan kan kan...hidup lah lebih bijak

Tuesday, August 27, 2013

Kuat bekerja bukan gila kerja


Saya selalu akan balik lewat dari kerja, jika saya pulang awal sekalipun saya akan sambung kerja saya dirumah. Saya suka bekerja , berfikir dan buat sehabis baik. Saya bekerja mungkin lebih 14 jam sehari. Saya gembira...dengan cara saya. Saya dah tanya doktor, dia kata lebih ramai orang sakit sebab tidak bekerja dari orang yang kuat bekerja. 

Sekarang mungkin sudah berkurang, Masyarakat selalu melihat jika kuat kerja disamakan dengan gila bekerja. seperti menjadi satu kesalahan jika rajin bekerja. Ia benar, jika dikatakan anda kuat bekerja selalu disampuk "harta tak bawa ke kubur" atau ditakutkan "hidup perlu enjoy janganlah kerja kuat sangat ...bukan nak cari apa". Saya suka bersenang lenang, tetapi kekadang dengan senang lenang juga saya bekerja.

Jika bangsa saya nak maju, negara kita nak membangan, pensyarah kita nak jadi ilmuan, usahawan kita nak kaya raya, islam nak unggul kita perlu bekerja kuat dan rajin tidak ada pilihan lain. Itupun setelah kita bekerja kuat dan rajin tak tentu kita akan menang dan dapat apa yang kita impikan.

saya nasihatkan anak muda, jika anda tidak berkira gaji yang anda dapat dengan kerja yang anda lakukan sekarang nascaya anda akan mendapat lebih pendapatan dengan kerja yang sedikit dimasa yang akan datang. ianya benar kerana kerja yang anda curahkan akan membawa anda lebih banyak pengalaman, tidak ada ruginya.

Saya lihat tidak ada cara lain untuk berjaya dan luar biasa dengan hanya bekerja lebih masa dari orang yang biasa-biasa. jika kita ingin lebih maju dari orang putih, kita tidak akan berjaya jika hanya kita bekerja sama macam mereka.

Coach Bahar

Monday, August 26, 2013

Sikap berniaga orang kemboja


Sikap berniaga orang kemboja

Berbual dengan sahabat saya yang telah menetap 20 tahun di Malaysia tentang orang kemboja sungguh menyeronokan. Dia telah berkahwin dengan gadis tempatan 10 tahun yang lalu kini mempunyai beberapa rangkaian kedai pakaian di seluruh johor dan melaka.

Antara faktor terbesar kejayaan mereka ini adalah hubungan ukhwah antara peniaga bangsa mereka sangat kuat. Mereka bantu membantu antara satu dengan lain bukan bersaing. Mereka mulakan dengan bisnes yang kecil ke pasar-pasar malam menjual kain. mereka percaya jika berusaha walau tidak tahu membaca dan menulis sekalipun mereka boleh berjaya dalam perniagaan. 

Jati diri mereka tinggi. Kesusahan di negara asal membuatkan mereka sentiasa mempunyai semangat untuk berusaha gigih. Mereka memandang tinggi kepada mereka yang mempunyai perniagaan walaupun kecil. Mereka beranggapan jika bekerja, ianya tidak boleh diwariskan walaupun sebesar mana pangkatnya tetapi dalam perniagaan boleh di wariskan walaupun kecil.

Mereka selalu menasihatkan berniaga biar dari kecil dan berkembang menjadi besar. jangan terlalu rakus dengan perniagaan nak nampak besar tetapi tak cukup modal. Perniagaan mereka nampak kecil dengan menjadi tauke kecil tetapi sebenarnya mereka dalam proses belajar, mereka sangat inginkan untuk berjaya dalam perniagaan. mereka akan menjadi tauke besar bila tiba masanya.

Mungkin ramai antara penduduk tempatan iri hati dengan pencapaian orang kemboja tetapi mereka mempunyai prinsip dalam berniaga. mereka sangat rajin dalam berniaga, kerja tujuh hari semingu kerana mereka beranggapan berniaga adalah periuk nasi mereka. Akhirnya mereka membeli dan membina rumah-rumah yang besar dan berstatus kaya, mereka mula membantu orang tempatan, bergaul dan hadir ke surau dan masjid akhirnya mereka diterima baik didalam masyarakat.

Sunday, August 25, 2013

Rahsia Orang Cina Berjaya

[Pengalaman]

Saya pernah tinggal di luar negara, bukannya sekejap lebih 5 tahun. Saya juga pernah sampai lebih 40 negara. Antara kesamaan yang saya jumpa adalah dimana sahaja ada orang cina. Ada juga kesamaan orang cina yang saya jumpa di semua tempat iaitu mereka suka berniaga. Hingga di kota london ada china town dan mereka menguasai beberapa jenis perniagaan di mana mereka bertapak.

Saya mula berfikir, apa kelebihan mereka sampai boleh macam ni. Saya tanyakan seorang rakan berbanga cina tentang persoalan ini. Antara faktor yang menjadi pendorong mereka berjaya adalah :-

1. Kemiskinan, mereka berpendapat walaupun wang tidak boleh membeli kasih sayang dan kesetiaan tetapi kekayaan boleh membahagiakan keluarga mereka.

2. Perasaan kurang selamat, kerana kebanyakan mereka berhajrah dari negara asal mereka untuk mencari rezeki.

3. Masalah survival di tempat orang

4. Tidak ada pilihan lain

5. Falsafah yang di ajar dari kecil.

Jika beberapa perkara diatas boleh di ikut anda, mungkin anda akan mula berusaha mengejar kejayaan yang anda impikan.
China Town London

Friday, August 16, 2013

Projek Baru


Saya ada formulanya sendiri, kali ini bukan setakat tanam pokok cili. saya cari formula bagaimana boleh menjana pendapatan orang kampung, biar sedikit tapi berterusan.

Sepokok cili boleh hidup lebih dari 6 bulan, hasilnya maksimum dari bulan kedua - ke enam. Sepokok cili boleh menghasilkan 2.5kg atau lebih. Bagaimana saya dapat angkanya setelah saya berpengalaman melaluinya, mungkin ada yang punya pengalaman lain.

Kami menggunakan teknik fertigasi tetapi dengan modal yang minimum, dan usaha memaksimumkan keuntungan. saya punya sekumpulan researcher melakukan nya. Seperti tanaman serai, saya membuat SOP nya supaya dia lebih terang dan jelas.

cuba kira-kira
2.5kg x 3000 pokok = 7.5 tan

7.5 tan x RM10,000 setan (1kg = RM10 tolok harga borong) = RM75,000
- modal sistem dan anak pokok = RM24,000
- upah staf = 7.5 tan x rm2.5 per kg = RM18,750
- racun + baja untuk 6 bulan = RM2000.

keuntungan semusim = RM30,250 bersih.

‪#‎pusingan‬ kedua penanaman tidak perlu sistem lagi hanya anak pokok sahaja.

pusingan kedua

7.5 tan x RM10,000 setan (1kg = RM10 tolok harga borong) = RM75,000
- modal sistem dan anak pokok = RM6,000
- upah staf = 7.5 tan x rm2.5 per kg = RM18,750
- racun + baja untuk 6 bulan = RM2000.


keuntungan semusim = RM48,250 bersih.

Untung bersih untuk setahun bagi 3000 pokok adalah RM 78,500.

Sepokok boleh untung bersih RM13. jika tanam 20,000 pokok bagaimana.
RM260,000.00

ianya benar kepada sesiapa yang berani mencuba

Tuesday, August 13, 2013

Ais Krim Batang

kalau kecil-kecil dulu saya ingat ais krim ni, ada orang panggil ais krim batang, ada orang panggil ais krim malaysia. boleh buat perisa milo, perisa asam boy, perisa kacang..memang sedap. jual seposen satu. inilah barang pertama yang saya jual dan belajar berniaga kecil-kecil dulu. sebelah saya ada padang bola kecil, orang kampung kalau petang-petang main bola sebelah rumah saya. seawal 7 tahun saya akan menunggu tong ais krim untuk menjual ais krim pada mereka. siapa ingat ais krim ni...sedap kan.


Sunday, August 4, 2013

Memulakan sesuatu ..

Saya belajar berbisnes dari kecil lagi. idola saya adalah arwah ayah saya. dimasa kecil saya akan menjaja keliling kampung. Saya naik basikal menjual ubi, keladi dan sayuran pada penduduk kampung. Entah berapa umur agaknya tapi apa yang pasti masih bersekolah rendah. Hasil untungnya akan abah bahagia dua dengan saya, saya kumpul dan belikan basikal BMX untuk di guna ke sekolah agama petang. 

Dari kecil saya tidak bercita-cita menjadi businessmen, saya disogok dengan fahaman saya perlu belajar pandai-pandai dan masuk universiti. Saya lakukan dan berjaya. itu sebabnya saya dihantar bersekolah disekolah berasrama penuh, benchmark mak saya adalah anak-anak jiran saya yang semuanya berjaya ke menara gading. 

Tetapi saya minat berniaga, jika ada hari kantin disekolah sayalah heronya sibuk kesana kemari. Saya jaga koprasi sekolah, saya cari duit persatuan, saya buat projek rombongan dan kutip yuran. saya mula jual makanan setiap kali saya balik kampung, saya jual kuih yang dibuat mak saya, saya beli mee megee dan dijual semula dengan mengambil keuntungan 20 sebungkus. Malangnya saya tidak dibenarkan oleh pihak sekolah kononnya pelajar dilarang berniaga disekolah. hati saya meronta.

Lepas sahaja SPM saya terus ke ibu kota, saya bekerja dan selepas itu menyambung pelajaran saya. Abah terlantar sakit lama lebih 5 tahun, saya dibantu kakak-kakak saya. Saya terpaksa mencari rezeki disamping saya belajar di UKM. Arwah abah meninggalkan kami menjelang bulan Ramadhan 18 tahun yang lalu. Sudah jatuh ditimpa tangga, saya tidak dapat biasiswa yang kononnya nama saya tercecir dalam senarai. saya terpaksa menyara hidup saya dan ibu dikampung. saya bekerja di kantin fakulti membasuh pinggan, menjadi pembantu tutor, membersihkan laman rumah, menjadi guru kelas malam mengajar anak-anak pensyarah dan lain kerja asal dapat duit. RM 10 sangat bernilai dulunya.

Perkara itu yang mematangkan saya, dari tahun satu di universiti saya sudah berniaga, berniaga komputer, mencetak baju, menjual buaga, membuat cenderamata untuk pelajar, kereta sewa hingga saya punya sebuah kedai di kampus. Perkara itu cepat mematangkan saya dalam kehidupan sehari-harian hingga saya takut untuk "senang" kerana saya sudah biasa "susah".

Beberapa kali dalam saat genting, saya diselamatkan. saya percaya saya selamat dari kehendak Allah dan doa ibu saya. ketika itu, saya tidak mengalah walau apa yang berlaku kerana saya masih ada pelung untuk berjaya. saya rasakan semangat saya lebih kuat masa itu, fokus saya hanya satu untuk dapatkan degree. rupanya Allah beri saya lebih dari saya nak saya telah lulus master ketika umur saya melangkau 22 tahun.

cerita ini dari hati, kalau boleh dijadikan panduan. cerita ini bukan untuk sesiapa, cerita ini hanya untuk dibaca. saya akan menulis lagi untuk dapatkan mood menulis buku "aku seorang peniaga kecil".

Thursday, August 1, 2013

Nasihat pagi hari

Nasihat untuk anak muda: 

Sekiranya anda mahu menjadi seorang yang kaya, perkara pertama anda perlu pastikan adalah: 

1. anda bekerja untuk menyimpan dengan membayar diri anda sendiri terlebih dahulu, jangan bekerja untuk orang lain.
2. Jangan terjebak dengan hutang dan terperangkat dengan bekerja untuk membayar hutang.
3. pastikan penbelanjaan anda lebih rendah dari pendapatan anda.
4. Apabila anda tak cukup duit, biarkan tekanan mengunung dan jangan sentuh simpanan ataupun pelaburan anda. Jadikan tekanan itu untuk ispirasi anda mencari lebih banyak idea buat duit untuk membayar hutang tadi. 

idea pagi hari...

Selamat Hari RSelamat Hari raya aya dari warga D'ipian Group

Selamat Hari Raya dari kami warga D'impian Inn