Satu ketika dulu
guru saya memberikan kertas soalan yang sama untuk kami jawab. Salah seorang
dari anak murid bartanya “mengapa soalanya sama dengan soalan tahun lepas”.
Dengan senyum dia menjawab, soalannya memang sama tetapi jawapannya berbeza
dari tahun lepas. Semuanya tercenggang dengan jawapanya.
Setelah kami menjawab kertas Solana tersebut,
guru saya mengambil kertas semua muridnya. Beliau memulakan kuliahnya. Dunia ini akan
banyak perubahan, ada 3 perkara yang berlaku hari dan esok. Pertama, Ada banyak perubahan dalam masa hadapan. Kedua,
ada banyak persaingan masa hadapan dan yang ke-tiga, ada lebih banyak peluang
yang akan datang dimasa hadapan. Sesiapa yang sanggup berubah sahaja yang
sentiasa menang.
Saya berikan
contoh, satu ketika dulu industri kilang kereta kuda sangat popular masa itu. Sedikit
demi sedikit indastri itu mula lapuk dan hilang ditelan zaman. Begitu juga 20
tahun dahulu pengalaman saya untuk mendapatkan duit melalui bank dan terpaksa
beratur tiba-tiba adanya mesin ATM di dinding-dinding yang mulanya kecoh dengan
pelbagai resiko konannya dan banyak pekerja bank diberhentikan dan mempunyai
peluang yang lebih gemilang dari diluar.
Sekarang ada
kereta, apa akan jadi dengan industri kereta masa depan? Sekarang ada mesin
ATM, sekarang dah mula orang guna on-line banking untuk membeli. Ianya berubah
mengikut zaman. Menyebabkan persaingan sentiasa berlaku.
Saya kaitkan
dengan teori perniagaan yang saya belajar 20 tahun dulu, katanya perniagaan
mahu berkembang perlukan sekurangnya 3 tahun. Tetapi dengan adaya internet
mungkin satu-satu produk boleh dikenal bakal pelanggan kurang dari 3 bulan, itu
mungkin.
Sebenarnya
saya mengajak anda untuk berpandangan jauh dalam kehidupan dan perniagaan, apa
yang anda dapat hari ini sebenarnya apa yang anda fikirkan semalam atau sebulan
lepas atau setahun yang lepas. Maksudnya anda perlu melihat masa depan anda lebih
jauh dari jangkauan anda. Ini secara automatic menyebabkan anda sentiasa
berubah kepada yang lebih cemerlang.
Satu kajian
dibuat keatas 300 orang lelaki dan wanita yang Berjaya dalam pkerjaan mereka
diusia muda di US tak lama dulu, antara soalannya adalah “ Apakah titik
perubahan dalam kehidupan mereka sebelum ini”, 299 orang menjawab “saya berubah
dari kegagalan saya yang lepas, dengan hilang pekerjaan tanpa disangka”.
Mereka
terpaksa menjadi yang terbaik dan cemerlang kerana memikirkan kehidupan mereka,
kewangan mereka lebih stabil kerana sudah pandai menyimpan tika waktu sukar dan
mereka lebih berhati-hati dan lebih berani dalam membuat keputusan.
Itu semua
perubahan. Ya kita perlu sentiasa berubah mengikut zaman, apa tidaknya ibu bapa
kita tidak ada duit sebanyak kita sekarang beratus ribu dan bahkan berjuta
tetapi masalahnya zaman juga berubah disebabkan harga barang juga naik
mendadak.
Anda akan
menjadi seorang yang gembira apabila anda berpandangan jauh.
1 comment:
Good idea.. :)
Post a Comment