Dairi Usahawan Muda
Anda tidak akan dapat menambah duit jika tidak mula berniaga atau tidak mahu melabur. Selalu kita dengar dikalangan kawan-kawan berniaga mereka berkata "aku berniaga tak mahu rugi". Persoalanya siapa berniaga nak rugi tetapi jika anda tidak mencuba, anda langsung tidak akan bergerak kemana-mana.
Empat tahun dulu, bila saya memulakan perniagaan ramai juga rakan saya bertanya apakah perniagaan yang terbaik masa itu. kadang-kadang saya memberi 100% formula dan peluang kepada mereka untuk mereka mendapat untung. Malangnya keesokan harinya mereka datang dengan tangan kosong dan mengatakan membatalkan untuk bertindak seterusnya. saya tidak jadi masalah...
Contoh satu kes dulu, saya diberi peluang satu pemaju untuk membeli rumah kedai tiga tingkat yang sudah separuh siap dengan harga permulaan 1.4 juta. rumah kedai itu sebenarnya telah dibooking oleh orang lain tetapi orang itu tidak dapat pinjaman dari bank. saya nampak peluang yang sangat baik kerana sebenarnya jika siap sahaja rumah kedai itu dalam masa 1 tahun lagi harganya akan melambung ke 2 juta, ini kerana berdasarkan kajian pasaran di sekitar itu. Pada masa itu saya membari peluang kepada beberapa rakan untuk mencuba nasib. Mereka sangat gembira dengan peluang yang saya berikan tetapi malangnya keesokan harinya mereka akan datang semula menyatakan mereka tidak sanggup menanggung resiko dengan pelbagai alasan.
Setahun berlalu saya lihat semua rumah kedai itu, berpuluh panggilan saya terima menawarkan harga yang lebih tinggi dari apa yang saya sangka. Ada juga rakan-rakan saya menyatakan penyesalan tidak mencuba nasib dulunya, "nasi sudah menjadi bubur". Saya tanyakan mengapa mereka takut membuat keputusan itu sebelum ini, mereka berkata mereka dengar dari isteri, jiran dan saudara mara mereka tentang perkara itu. soalan saya lagi, adakah mereka yang memberi pandangan tersebut adalah mereka yang telah menceburi bidang hartanah dan mahir dengan perkara itu. Jawab kawan saya , tidak. Saya katakan pada kawan saya yang dia tersalah dengar nasihat.
perasaan sinis atau "bunyi bising" ini selalu akan kedengaran jika anda mahu membuat keputusan-keputusan penting. Itulah biasanya anda melihat usahawan dikatakan keras kepala dan degil payah nak dengar cakap orang, kadang-kadang perkara itu betul. jika usahawan tidak mahu mengambil resiko bagaimana untuk mendapat peluang. Pandangan sinis diri sendiri dan orang lain selalunya akan memakan diri sendiri.
coach bahar
Sunday, July 28, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment