Tuesday, July 30, 2013

Anda perlu berubah


Satu ketika dulu guru saya memberikan kertas soalan yang sama untuk kami jawab. Salah seorang dari anak murid bartanya “mengapa soalanya sama dengan soalan tahun lepas”. Dengan senyum dia menjawab, soalannya memang sama tetapi jawapannya berbeza dari tahun lepas. Semuanya tercenggang dengan jawapanya.

 Setelah kami menjawab kertas Solana tersebut, guru saya mengambil kertas semua muridnya.  Beliau memulakan kuliahnya. Dunia ini akan banyak perubahan, ada 3 perkara yang berlaku hari dan esok. Pertama,  Ada banyak perubahan dalam masa hadapan. Kedua, ada banyak persaingan masa hadapan dan yang ke-tiga, ada lebih banyak peluang yang akan datang dimasa hadapan. Sesiapa yang sanggup berubah sahaja yang sentiasa menang.

Saya berikan contoh, satu ketika dulu industri kilang kereta kuda sangat popular masa itu. Sedikit demi sedikit indastri itu mula lapuk dan hilang ditelan zaman. Begitu juga 20 tahun dahulu pengalaman saya untuk mendapatkan duit melalui bank dan terpaksa beratur tiba-tiba adanya mesin ATM di dinding-dinding yang mulanya kecoh dengan pelbagai resiko konannya dan banyak pekerja bank diberhentikan dan mempunyai peluang yang lebih gemilang dari diluar.

Sekarang ada kereta, apa akan jadi dengan industri kereta masa depan? Sekarang ada mesin ATM, sekarang dah mula orang guna on-line banking untuk membeli. Ianya berubah mengikut zaman. Menyebabkan persaingan sentiasa berlaku.
Saya kaitkan dengan teori perniagaan yang saya belajar 20 tahun dulu, katanya perniagaan mahu berkembang perlukan sekurangnya 3 tahun. Tetapi dengan adaya internet mungkin satu-satu produk boleh dikenal bakal pelanggan kurang dari 3 bulan, itu mungkin.

Sebenarnya saya mengajak anda untuk berpandangan jauh dalam kehidupan dan perniagaan, apa yang anda dapat hari ini sebenarnya apa yang anda fikirkan semalam atau sebulan lepas atau setahun yang lepas. Maksudnya anda perlu melihat masa depan anda lebih jauh dari jangkauan anda. Ini secara automatic menyebabkan anda sentiasa berubah kepada yang lebih cemerlang.

Satu kajian dibuat keatas 300 orang lelaki dan wanita yang Berjaya dalam pkerjaan mereka diusia muda di US tak lama dulu, antara soalannya adalah “ Apakah titik perubahan dalam kehidupan mereka sebelum ini”, 299 orang menjawab “saya berubah dari kegagalan saya yang lepas, dengan hilang pekerjaan tanpa disangka”.
Mereka terpaksa menjadi yang terbaik dan cemerlang kerana memikirkan kehidupan mereka, kewangan mereka lebih stabil kerana sudah pandai menyimpan tika waktu sukar dan mereka lebih berhati-hati dan lebih berani dalam membuat keputusan.

Itu semua perubahan. Ya kita perlu sentiasa berubah mengikut zaman, apa tidaknya ibu bapa kita tidak ada duit sebanyak kita sekarang beratus ribu dan bahkan berjuta tetapi masalahnya zaman juga berubah disebabkan harga barang juga naik mendadak.

Anda akan menjadi seorang yang gembira apabila anda berpandangan jauh.