Saturday, July 13, 2013

Modal yang paling berharga adalah minda

Beberapa hari yang lalu saya didatangi seorang sahabat baru saya kenali. Perbincangan kami berkisar tentang kegagalan bisnes beliau. Beliau telah membuka bisnes sejak 6 tahun yang lalu. Beliau seorang yang gigih dan rajin bekerja. Beliau telah membuka ladang menternak ayam. Mempunyai reban ayam yang boleh menampung 100,000 ekor satu-satu masa. Masalahnya semua tenaga dan modal telah beliau curahkan, semuanya habis. katanya "berniaga bukan boleh menambah, ini saya berniaga habis semua harta menyusut". Beliau kelihatan sangat tertekan.

Saya hanya mendengar keluhan tersebut. tetapi saya sebutkan beliau yang beliau tak perlu risau. Saya katakan pada beliau yang modal utama dalam perniagaan adalah minda. Minda yang kita asah dengan pengetahuan menjana wang akan boleh mengandakan berpuluh kali modal yang sebelum ini lebur sebelumnya. Jadinya jangan lah terlalu risau dan tertekan.

Saya minta jangan terlalu takut kerana kadang-kadang ketakutan yang melampau dan berlebihan akan menjadi halangan terbesar bagi seseorang itu menyerlahkan kepintarannya.

Saya beri contoh, pelajar yang tahu menjawab soalan melalui kertas peperiksaan tetapi gagal menerangkan dengan baik kerana takut bercakap. Tak guna juga ilmu berbakul-bakul kalau takut untuk bertindak. Dalam abad ini, bukan orang pandai tampil kehadapan tetapi mereka yang berani.

Saya minta dia berfikir, berfikir dan menyelesaikan masalah beliau. jadikan pengalaman yang lepas sebagai satu sesi pelajaran untuk beliau lebih matang dalam mengharung bisnes yang lebih mencabar.

No comments: