Anak benih |
Kesanggupan untuk mengambil risiko adalah teras utama seorang usahawan. Ini adalah kerana tidak ada jaminan langkah yang anda lakukan berjaya atau sebaliknya. Anda perlu berani menerima kegagalan. saya tidak ada niat untuk menakut-nakutkan anda, tetapi ianya adalah benar. Berniaga ada seninya, ada orang kata berniaga ini seperti memperjudikan nasib. Saya kurang setuju, berjudi anda tidak boleh merancang untuk menang dan 99% menang adalah dari nasib. Berniaga anda punya panduan, buku dan rakan untuk anda merancang untuk menang.
Semakin besar cita-cita anda, besarlah risiko yang harus anda tanggung. Disini perkara yang juga anda harus hadapi adalah penilaian dari masyarakat. mereka menilai anda dari kejayaan atau kegagalan anda. jika anda berjaya dalam berniaga maka anda akan direstui dan dicontohi juga didekati, sebaliknya jika anda gagal anda akan jatuh dengan teruknya. risiko ini ramai yang takut untuk hadapi. Jika anda takut anda tidak boleh jadi usahawan luar biasa.
Sebenarnya masyarakat boleh membantu dengan tidak menghina dan mencurigai mereka yang telah gagal kerana sebenarnya mereka berani mencuba untuk mencapai matlamat mereka.
Sebagai usahawan, saya telah berjaya dan saya juga pernah gagal dalam percubaan saya. Itu semuanya adalah perjalanan mematangkan saya dalam menghadapi hari-hari yang mendatang membuatkan saya suka dengan cabaran dan risiko. Pengalaman yang lebih bernilai adalah pelajaran dan pengajaran yang anda perolehi. pelajaran dan pengajaran anda selalunya terima dari kegagalan masa lalu.
Saya teringat seorang peserta seminar saya setahun yang lalu. dia seorang pencen swasta dan berpangkat. dia bersara dengan duit simpanan lebih setengah juta. Malangnya semuanya habis dan hilang sekelip mata kurang dari 6 bulan. perkara itu gara-gara dia mulakan perniagaan jualan langsung(maafkan saya tidak semua MML tidak baik) yang menipu. Dia datang kepada saya dengan penuh kekesalan dan kecewa, tidak tahu dimana mahu bermula. lebih teruk lagi dia terasa disisih keluarga dan rakan-rakan, mungkin itu perasaan orang yang sedang kecewa.
Saya tidak boleh memberi apa-apa nasihat kecuali bersabar dan terus berusaha. saya minta beliau untuk lupakan masalah dia yang lama kerana jika beliau masih teringat dengan masalah lama beliau tidak boleh bergerak kehadapan. saya memberi beberapa idea, jika dia sudah kekeringan duit lihatlah modal apa yang ada. Beliau berkata dia hanya ada fikiran, tenaga dan kereta. Jadi saya minta dia membeli anak benih pokok buahan dan menjualnya di pekan tempat dia tinggal atau dipasar malam atau pun dihadapan bank.
Soalan pertama beliau "mengapa anak pokok buahan".
jawapan saya :
1. pertama dia masih ada kereta untuk mengangkut
2. harga anak pokok buahan yang di beli di pemborong yang betul hanya semurah RM3 sepokok
3. Harga pasaran adalah RM15-20 di pekan dengan benih baik
4. Dikawasan dia tinggal sekarang banyak kawasan luas dengan tanah, dan kebetulan beribu ekar tanah perancangan dalam prosos tanaman semula sawit. jadi tuan tanah tentu akan beli sekurangnya sepokok durian untuk anak cucu mereka masa depan. Syarat pertama dia perlu sanggup menjaja dan tidak perlu malu.
Beliau buat apa yang saya cadangkan, alhamdulilah beliau suka dengan pekerjaan baru beliau dengan mendapat untung bersih RM200 sehari dengan menjual anak pokok. saya tak tahu sekarang beliau buat apa, tetapi yang saya pasti beliau belajar dari kegagalan dan percubaan pertamanya.
Berniaga biar dari kecil, berkembang menjadi besar. Seni perniagaan ini perlu dipelajari dan bukan dari buku dan kuliah semata-mata.
Coach bahar
No comments:
Post a Comment