Friday, March 1, 2013

Cerita bab 2:: kisah Wan peniaga bijak

Gambar hiasan

Tahun 2012 saya berkesempatan ke Bandung Indonesia bersama keluarga saya. Semasa sedang menunggu untuk berlepas di KLIA international airport , ada seseorang menepuk bahu saya.

“Bahar, sudah lama tak jumpa...wan lah ni, masih ingat lagi tak” 
Saya masih terpinga-pinga, wajah yang saya tatap didepan mata saya adalah wan yang pernah saya kenal dulu.

“wan, dari mana kau ni, lama sudah tak jumpa. Hampir 15 tahun rasanya. Kau masih kenal kat aku. Ada juga aku pergi kerumah sewa kita dulu untuk mencari kau dan rosman tapi jiran kata kau dah berpindah”

“Benar bahar, aku sudah berpindah tak berapa lama selepas aku berhenti kerja dulu.”

“Kau dari mana?” saya bertanya wan

“Aku ternampak kau tadi, aku yakin memang kau walau fizikal kau dah berubah. Aku baru balik dari Australia bawa jalan-jalan anak dan isteri aku jalan bercuti”

“cakap je lah aku dah gemuk” kami sama-sama ketawa.

“Ini aku kenalkan isteri aku, Wani. Orang gua musang, makan budu juga”
“Dah kena lah tu sorang wan isterinya wani”

Isteri wan putih orangnya bertudung litup dan manis senyumnya. Aku rasa tak puas berbual dengan wan kerana masa untuk berlepas ke Bali sudah tiba. Setelah bertukar nombor telipon kami pun berpisah dan berjanji akan berhubung semula setelah aku pulang ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan saya didalam kapal terbang, saya bercerita kisah silam wan dan rosman kepada isteri saya. saya tidak sabar mahu tahu bagaimana perkembangan perniagaan wan sekarang. Jika sudah boleh membawa keluarga melancong keluar negara tentu baik perniagaan nya. Tetapi apa yang mahu saya tahu adalah perjalanan dua sahabat ini, perniagaan apa yang wan sedang jalankan.

Selang bebarapa minggu saya menghubungi wan semasa saya ada kerja di kuala lumpur. Sengaja saya minta wan untuk mengambil saya untuk makan malam bersamanya. Seperti yang dijanjikan saya menunggu di depan lobby hotel. Sebuah kereta BMW berwarna hitam bercermin gelap menghampiri saya, saya sudah agak ini lah kereta wan.

Wan membawa saya kerumahnya, sebuah banglow mewah di Klang Selangor. Terlopong saya melihat kejayaan wan dan sehingga saya terkedu nak bertanyakan itu dan ini. Kami makan malam bersama dan bersembang tentang kenangan lama.
“Wan, Rosman macam mana dimana dia sekarang?” saya memulakan cerita bab kedua tentang bisnes.

“Rosman masih bekerja di kilang yang sama tempat kita bekerja dulu, dia masih single. Kau carikan dia jodoh” wan bergurau

“Kau tak ajak Rosman berniaga, kau tak bantu dia?”

“Susah aku nak cakap baha, rosman dah macam adik beradik dengan aku. Sekarang dia semacam lebih menjauhkan diri dari aku, sesekali jika aku free aku cari dia ajak minum dan bersembang”

“Dia malu dengan kau kot”

“Mungkin lah juga, mulanya adalah dulu dia selalu kesempitan duit dan minta pinjam. Aku pinjamkan sehingga satu hari aku cakap dengan dia yang dia perlu berniaga untuk mendapat pendapatan lebih. Dia marah aku, dia kata aku bernasib baik dan nasibnya selalu malang. Aku dah tak boleh nasihatkan dia. Dia buat pilihan hidup dia begitu untuk bekerja dan makan gaji.”

saya dengar ceritanya betul-betul dan teliti.

“Lepas kau berhenti dulu kau berniaga apa sampai jadi kaya raya macam ni wan?” saya mulakan persoalan yang mengasak fikiran saya dari tadi.

“banyak dugaan dan halangan bila mula berniaga. Aku teruskan berniaga dan menjaja di tepi jalan mulanya. Aku hairan ramai peniaga kecil ini bukan orang kita, ramainya orang Indonesia. Sehingga aku berjumpa formula yang betul untuk jadi kaya dengan menjaja”

“bagaimana ?”

“Kau percaya tidak orang yang berniaga air tebu, cakoi dan gorong pisang ditepi jalan boleh mendapat pendapatan RM800 – RM1000 sehari” Aku biarkan wan meneruskan cerita.

“Aku masuk dari satu pasar malam ke satu pasar malam yang lain. Dari aku bekerja seorang diri hingga aku sudah mempunyai 5 van yang dibantu oleh orang seberang untuk menjual dipasar malam atau di tempat awam”

“berapa kau bayar seorang pekerja sehari” Aku sudah mula berkira-kira.

“RM50 seorang”

“kalau begitu besarlah gaji kau”

“ satu tapak kau jaga 800 X 20 hari =16,000. Empat tapak orang jaga dan dianggap satu tapak 2 orang dan aku tolak kan dari pendapatan RM800 jika dikira purata satu tapak dengan pendapatan yang sama. Empat tapak orang jaga kau dapat RM700 X 4 tapak X 20 hari=56,000”

“Kau kira apa ni?” wan tersenyum

“kau pernah cakap dengan aku yang untung kuih cakoi dan air tebu ni lebih 100%. Maksudnya setahun pendapatan kau adalah 864 ribu dan jika ditolak modal kau dapat setengah juta setahun”

“Mungkin betulah teori kau tapi bukan semudah itu baha” wan tersenyum.
Tetapi tahun pertama sahaja wan sudah dapat membeli kedai dan umurnya baru duapuluhan pada masa itu. Cita-citanya ingin membuka restoran.

Saya ceritakan dalam kisah yang akan datang, bagaimana wan Berjaya dengan hanya berbekalkan keberanian. Anda suka cerita wan dan ingin mengetahu apa kesudahan cerita ini. Sila koman, sila teka, like dan share.

Wan ohhh wan..

3 comments:

Anonymous said...

Saya suka. Saya kalau boleh nak berniaga.

DEE said...

Sangat menarik...saya in progress untuk berbisnis full time (Menjaja) dan akan meninggalkan pekerjaan sebagai security manager di hotel 5 bintang kerana menyedari akan potensi perniagaan yang bakal di ceburi. -From Sabah3929-

Unknown said...

Suke suke.. hope jugak nk jdik seorg peniaga.. :-D