Tuesday, March 5, 2013

Bab 4 : Jika ada kemahuan pasti ada jalan



Setalah pertemuan saya dengan wan malam tu selalu kami berjumpa.Saya jadikan wan sebagai ‘vitamen’ jika kurang semangat dalam berniaga. Suntikan motivasinya cukup berkesan untuk saya terus segar. 
“Apa rahsia perniagaan kau wan”

“branding”

“Maksud kau penjenamaan produk, kau jadi kontraktor apa pentingnya sangat dengan branding”

“Rasuluallah berniaga, branding nya amanah dan jujur. Aku tiru Rasuluallah”
“maksudnya?”

“Alhamdulilah, boleh dikatakan sejak 10 tahun dulu sejak aku mula berjinak dalam bidang pembinaan ni, projek aku tak pernah putus”

“wah...kagum”

“Kami bermula dengan mengambilalih projek sakit atau projek yang ditinggalkan. Projek-projek ini tidak banyak untung atau kadang-kadang langsung tak ada untung. Aku rasa ianya lebih elok dari tak ada kerja langsung. Sekurangnya dapat beri rezaki pada pekerja aku. Dari satu projek ke satu projek kami diberi kepercayaan. Biasanya kami diberi projek kerana kebolehan kami masa lalu. Kebanyakan projek aku, siap lebih awal dari jadual”

“kau pergi sendiri ke untuk mendapatkan projek”

“Dulu mungkin ya tetapi sekarang tidak. Ada beberapa projek tu mereka tak kenal pun aku. Aku lebih banyak menghantar wakil, kadang-kadang kita perlu low profile”
“banyak le kau dapat pinjaman dari bank”

“ini lagi satu, aku tak pernah meminjam untuk cash dengan bank. Aku banyak dibantu oleh pembekal yang percaya dengan kami. Itu sebabnya projek yang kami ambil hanya atas kapasiti syarikat sahaja. Aku tak ambil projek ratus juta ni, tak mampu”

“kanapa kau buat macam tu, bukan susah nak pusing ke” saya cuba provok wan.

“Entah, aku rasa selasa kalau tak meminjam. Kalau meminjam ada riba ”

Wan seperti yang saya kenal dulu, kami boleh bersembang sehingga ke pagi di restoran mamak, tengok bola bersama dan gelak bersama. Dia masih menyokong pasukan Liverpool, walaupun pasukan itu selalu kalah.

Saya cukup kagum dengan wan, dia adalah seorang budak kampung. Dia telah membuktikan, jika ada kemahuan pasti ada jalan. Dia tidak menoleh kebelakang dengan nasibnya tetapi sentiasa melihat masa depan nya dihadapan sana.

Tamat.

No comments: