Kebanyakan orang akan rasa takut untuk melakukan sesuatu yang baru dalam hidupnya lebih-lebih lagi dia merasakan hidupnya sudah didalam keadaam selesa. Kebanyakan kejadian ketakutan ini berlaku kerana perkara yang kita mahukan dan impikan itu adalah perkara baru dalam kehidupan kita. Kebanyakan perkara yang baik akan diperolehi dengan kerana anda berani menghadapi resiko. “jika tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya” .
Saya perhatikan semua orang yang Berjaya adalah mereka yang berani melakukan sesuatu yang baru. Ramai sahabat saya berani melabur dan berniaga walaupun banyak resiko yang dia perlu hadapi. Mereka yang masih ditakuk lama pula adalah mereka yang sentiasa memberi alasan dan masih berasa takut untuk bertindak. Dalam percubaan-percubaan itu ada yang Berjaya dan ada yang gagal. Ada yang menangis dan ada yang ketawa.
Saya pernah menggunakan semua duit simpanan saya, meminjam dari kakak dan ibu saya dan berhutang dengan pembekal untuk berniaga kuih raya 15 tahun dahulu. Saya tahu resiko yang saya akan hadapi jika saya gagal. Walaupun saya tidak langsung mempunyai pengalaman dalam berniaga kuih raya di shopping mall ketika itu tetapi saya tetap melakukan nya.
Saya rasa takut, menyebabkan saya lebih bersedia. Saya akan berusaha sedaya upaya siang dan malam kerana harapan saya tinggi. kalau tidak gelaplah masa depan saya dengan berhutang disana sini dalam waktu yang masih muda. Saya berani membeli kuih secara pukal berlori-lori untuk dijual musim raya. Saya melakukan nya kerana saya mempunyai pengharapan yang lebih jelas.
Ketika itu umur saya baru 22 tahun dengan hanya seorang lepasan ijazah univerisiti. Saya mahu mengukuhkan kewangan saya untuk saya berkhawin dan mencari kewangan dengan cepat. Jika saya bekerja, bilalah pula saya boleh mengumpul duit hantaran dan duit belanja. Saya selalu berfikir tentu ada jalan atau perkara yang lebih senang mencapai matlamat saya dari menggunakan jalan biasa. Menyebabkan keberanian saya melebihi ketakutan kerana saya punya visi yang jelas. Ini hanya contoh untuk anda lebih faham.
Dalam kehidupan anda perlu ada ketakutan dan lebih perlukan keberanian untuk anda capai impian anda. Semua perkara ini adalah percubaan-percubaan kecil dalam hidup bagi menentukan anda Berjaya. Tidak ada perkara yang ajaib akan berlaku pada anda, seperti bangun tidur esok hari anda tiba-tiba anda kaya kerana malam tadi ada seseorang tua datang dalam mimpi anda dan memberikan harta. Anda perlu bertindak mencapai impian anda. Untuk Berjaya adalah pilihan dan untuk hidup biasa-biasa juga pilihan anda.
No comments:
Post a Comment