Tuesday, March 5, 2013

Bab 3 :: Belajar dari pengalaman



Perbualan kami mengherit saya kepada kekaguman yang semakin menebal terhadap kecekalan dan keberanian pada wan. Saya masih ingat perwatakan wan semasa saya baru kenal lebih kurang 20 tahun dulu. Dia seorang yang pendiam, sentiasa tersenyum, menjaga sembahyang, low profile. Mulanya dulu loghat bahasa wan sukar saya fahami kerana bahasa kelantannya pekat. Saya selalu mengusiknya “kau ni Kelantan darat”, kami sama-sama ketawa. Wan masih seperti dulu, seorang yang senang di dekati. Saya teruskan beberapa pertanyaan saya untuk memastikan wan terus bercerita kisah silamnya.

Setelah bebarapa tahun wan menjaja, dia mendapat peluang untuk membuka restoran. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Dia ditipu saudaranya bila mereka berkongsi modal membuka restoran. Wan terpaksa berkongsi kerana memikirkan dia tidak ada pengalaman dalam membuka restoran. Restorannya maju, ramai pelanggan tetapi semua kewangan dikawal sepupunya. Dihujung bulan, bila dikira mereka mengalami kerugian, Wan mengundurkan diri. Perkara itu tidak habis di situ sahaja kerana yang lebih menyakitkan adalah bila nama baiknya dan keluarga dijaja kononnya yang menipu sebenarnya wan sebab dia yang menjaga restoran itu setiap hari.
Dia bangkit dari kekecewaan dengan membuka gerai kecil-kecilan menjual makanan. Alhamdulilah rezaki melempah ruah. Masalah kedua timbul, wan jatuh sakit kononnya di sihir. Berlinang matanya merah menceritakan perkara tersebut pada saya.

pada mulanya dia tidak percaya, tetapi setelah dia menutup gerai yang kebetulan berdekatan dengan restoran yang mereka buka dulu. Saya rasa sedih dizaman teknologi ini masih ada amalan ilmu hitam seperti itu berlaku. Wan perlukan setahun untuk pulih dari penderitaan itu tetapi dia tetap sabar dan menerimanya sebagai ujian.
Dia terus berdoa dan berusaha akhirnya dia Berjaya mendapat tender di sebuah kantin sekolah rendah yang muridnya sekitar 500 pelajar. Kali ini dia tidak menoleh kebelakang, dan hidupnya mula bersinar kembali. Dia terus berusaha dan mengendalikan tanggungjawab dengan baik. Dia semakin suka berniaga di kantin sekolah. Mulanya dialah yang akan ke pasar seawal jam 4 pagi untuk membeli barang-barang basah. Atas semangatnya peluang datang bergolek, dari satu sekolah dia mendapat sebuah lagi sekolah.

Bila wan nampak Berjaya ramailah yang datang kepadanya, termasuk saudara maranya yang dulu menikamnya dari belakang. Wan memang terkenal suka membantu. Ada juga beberapa kali wan menawarkan jawatan pengurus kepada rosman, tetapi ditolak mentah-mentah malahan di tuduh wan mahu menunjuk-nunjuk kejayaan padanya, itu luahan wan pada saya.

Selain mendapat tender sekolah, dalam masa yang sama wan berjinak-jinak dalam bidang catering, majlis khawin dan event yang besar-besar. Dia melangkah setapak demi setapak dengan penuh berhati-hati.

Sepanjang saya berada di rumah wan, mata saya liar memerhatikan sekeliling dinding rumahnya yang di hiasi dengan lukisan cantik. Saya tertanya-tanya satu gambar konvo yang di letaknya di hujung sudut rumah.

“sempat kau sambung belajar wan , bila habis”

“Ya bahar, dalam diam kau jadi idola aku. Walaupun sekejap kita berkawan tetapi kau yang mendorong aku untuk sambung belajar. Dulu aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarga tetapi bila sudah stabil aku sambung belajar semula”

“kau buat bidang apa, sambung kat mana?”

“Aku sambung kat politeknik, belajar part time je. Aku buat diploma kejeruteraan awam”

“wah, aku ingat kau belajar bidang bisnes. Kenapa ambil kejuruteraan”

“Sebenarnya aku target dan bercita-cita jadi pemaju dan minat nak jadi kontrektor, aku perlu tahu tentang teknikal kejuruteraan”

“kau memang hebat wan”

“Alhamdulilah, tahun 2001 aku habis diploma dan terus aku sambung part time ijazah dalam bidang bisnes”

Dari lepas magrib hingga sudah hampir jam 12 kami berbual perkara itu dan ini. Ada yang lebih menarik yang di ceritakan wan bilamana dia mula mendapat projek membersihkan longkang di majlis pembandaran hingga dia berjaya mendapat projek pembangunan pertama dengan nilai projek lebih 10 juta...anda nak tahu cerita pengalaman wan? Anda boleh teka wan bisnes apa sekarang?, bagaimana pula dengan kehidupan rosman?, sila komen, like dan share cerita ini.

No comments: