Gambar hiasan |
Selepas SPM, sementara menunggu keputusan keluar saya ke
Kuala Lumpur untuk bekerja sementara. Itulah juga dilakukan oleh ramai remaja
seangkata dengan saya pada masa itu. Ramai yang berpersepsi, sudah habis
sekolah perlu keluar dari rumah keluarga untuk mencari rezaki, jangan lagi
menyusahkan keluarga. Begitu juga anggapan ibu bapa tahun Sembilan puluhan
dulu, anak remaja ini perlukan keluar mencari pengalaman.
Saya bekerja di sebuah kilang Jepun di Shah Alam. Semasa
bekerja saya berkenalan dengan ramai ramaja sama umur. Antaranya dua orang
sahabat dari Kelantan yang saya sangat ingat kisah mereka juga memberi
pengajaran bagi saya. Dua sahabat ini yang saya panggil wan dan rosman. Mereka
datang dari kampung yang sama. Hasrat mereka di Kuala Lumpur pada masa itu
adalah sama seperti saya. Saya ke kuala lumpur dibawa abang ipar saya tetapi
wan dan rosman bekerja di sini melalui ejan pekerjaan. Masa itu memang ada ejan
pekerjaan yang mencari pekerja dan dibawa ke Bandar dari kampung-kampung.
Saya masih ingat sekitar tahun 1993, gaji pokok yang kami
terima adalah RM400 tetapi jika dicampur dengan kerja lebih masa mungkin boleh
mencecah RM700 - RM800. Mereka sungguh
rapat sehinggakan kemana sahaja pergi mereka bersama.
Wan berlatarbelakangkan seorang budak kampung yang mahu
mencari pekerjaan di kota. Dia adalah anak sulung dari Sembilan adik beradik
yang masih kecil. Bapanya baru meninggal
pada masa itu akibat kemalangan di tempat kerja. Masih ingat saya
kesedihan wan menceritakan kesusahan keluarga mereka. Rosman juga dari kampung
yang sama, anak ke tiga dari empat beradik. Dua kakaknya yang telah berkhawin
tinggal di Kuala Lumpur juga.
Kami bekerja siang dan malam dikilang untuk mendapatkan gaji
lebih. Perbezaan kami adalah saya dan rosman bekerja hanya untuk diri sendiri
tetapi wan bekerja untuk keluarga mereka. Setiap bulan wan akan menghantar
semua gajinya kekampung untuk pembelanjaan keluarga mereka. Bulan ke tiga
rosman sudah membeli motor tetapi wan masih menaiki bas kilang pergi kerja.
Selang sebulan wan akan pulang ke kampung. pulang dari kampung tentu banyak
kerepek dan hasil kampung dibawanya untuk dijual di kantin kilang. Dari
pendapatan itu dia makan, bayar sewa rumah dan belanja. Malam pulang dari kerja
dia akan membantu abang abu menjaga kedai burger hingga jam 12 malam. Kami
tinggal di rumah flat dan kedai burger di sekitar taman kami tinggal
Selang beberapa bulan saya berhenti kerja kerana menyambung
pelajaran ke university. Mereka tidak mendapat mana-mana tawaran mungkin kerana
mereka tidak memohonnya. Walaupun saya sudah ke university tetapi saya selalu
ke rumah mereka untuk bertanya khabar. Rosman terus dengan kehidupan nya sudah
bermotor dan mempunyai awek. Setiap bulan gajinya habis dibelanjakan kearah
itu. Ada juga rosman memerli wan, “hidup muda hanya sekali janganlah terperap
sahaja di rumah selepas kerja” wan hanya tersenyum.
Abang abu adalah seorang polis, dia ditukar bertugas di
Johor. Dia menawarkan pondok dan kelengkapan kedai burger nya kepada wan. Wan
sangat bersyukur tetapi wan tidak mempunyai modal dan duit untuk membayar harga
gerai itu. Setelah perjanjian dibuat abang abu bersetuju untuk wan membayar
seratus sebulan hingga selesai hutangnya.
Disitu bermulanya minat wan berniaga, siang hari disewakan
kedai itu pada kak mala untuk menjual kuih dan nasi lemak. Petang diupahnya
orang untuk menjual air tebu dan goring pisang. Masa berlalu 6 bulan selepas
itu saya dengar wan sudah berhenti kerja kilang lamanya. Dia telah membeli van
untuk berniaga dipasar-pasar malam.
Saya masih belajar pada masa itu, rosman masih bekerja
tetapi wan sudah berniaga dengan pendapatan seharinya sudah sama gaji wan dan
biasiswa saya sebulan..anda mahu tahu kisah selanjutnya dan siapa wan bila saya
jumpa dia tahun ini. Sila like dan share untuk cerita selanjutnya.
1 comment:
Lembaga Pengarah ...... + 44-745-6405-237
Saya aisha binahmed tinggal di Klang Malaysia. Saya janda dengan tiga orang anak, saya ingin memberi keterangan kepada kerja-kerja Tuhan yang baik dalam hidup saya untuk rakyat saya yang mencari pinjaman di Asia dan bahagian lain perkataan itu, kerana ekonomi yang buruk di sesetengah negara. anda perlu berhati-hati kerana terdapat banyak peminjam pinjaman palsu di blog ini. Saya telah menjadi mangsa kepada 4 peminjam pinjaman tahun ini sahaja 2019, saya kehilangan banyak wang kerana saya sedang mencari pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya telah ditangkap oleh orang dari hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan seorang kawan saya yang menjelaskan keadaan saya kemudian memperkenalkan saya kepada syarikat pinjaman yang boleh dipercayai, sebuah syarikat pinjaman aasimahaadilaahmed yang membantu saya dengan pinjaman RM 480,000 pada kadar faedah yang rendah 1% dalam 1 jam yang saya memohon tanpa tekanan atau tekanan. Jika anda memerlukan pinjaman, anda boleh menghubungi firma pinjaman melalui e-mel: (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com) Jika anda memerlukan bantuan dalam proses pinjaman, anda boleh menghubungi saya melalui e-mel: (aishabinahmed7@gmail.com) dan juga mereka adalah beberapa orang yang mendapat pinjaman di sekitar tempat saya.
Sapukan sekarang ... (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com)
Post a Comment