Rugi sebenarnya
jika di Malaysia ni anda tidak terbilang dalam salah seorang dari jutawan.
Kenapa? , bila saya katakan anda boleh jadi JUTAWAN, anda takut,anda tidak
yakin anda boleh jadi jutawan. Saya bercakap benar, kenapa tidak anda boleh
menjadi jutawan sedangkan ramai yang telah menjadi jutawan termasuk pendatang
asing sama ada ‘pendatang haram’ atau ‘pendatang halal’. Mereka hanya berniaga kain, mereka hanya
berniaga air ditepi jalan tetapi pendapatan mereka berpuluh ribu sehari. Rumah
mereka besar, kereta mereka besar, keluarga mereka bahagia, setiap bulan
menghantar duit ke kelaurga meraka di negara asal.
Nah, jadinya
bagaimana?.
Anda sedia maklum
9/10 sumber razaki adalah dari perniagaan.
Sebenarnya menurut kajian 9/10 orang jutawan seluruh dunia adalah dari
punca berniaga. Saya cukup percaya dan yakin jika kita punya kemahuan untuk
Berjaya alam perniagaan pasti akan tercapai. Tiada jalan singkat untuk
berjaya. Saya memulakan perniagaan saya
adalah kerana kesedaran saya tentang setinggi mana pangkat saya ketika saya
bekerja sekarang tidak dapat saya wariskan kepada anak cucu saya. Warisan itu
bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi pengalaman, tamadun berniaga dan cara
pemikiran.
Saya yakin, minat
saya berniaga datangnya dari ayah saya. Semasa kecil dulu, saya selalu membantu
ayah saya di kedai cendol depan rumah dan jika cuti sekolah menjual sayuran
kampong, ubi kayu dan keledek keliling kampong. Saya juga membuat perkara yang
sama kepada anak-anak saya, juga staf saya untuk mereka boleh belajar selok
belok berniaga. Mereka harus diterapkan sejak kecil dengan mentaliti berniaga.
Bangsa cina
sangat memandang tinggi kepada golongan usahawan walaupun berniaga
kecil-kecilan. Berlainan dengan bangsa melayu, mereka lebih suka anak mereka
bekerja kerana lebih terjamin, ada cuti, ada pakej kesihatan, kerja ikut masa
dan lain-lain. Soalan pertama bila mahu memilih menantu adalah apa perkerjaanya.
Digambarkan pula sesetengahnya orang berniaga ini ramai yang bankrupt, kalau
kaya nanti sombong, dan pelbagai alasan dengan momokan kosong menyebabkan ramai
diantara kita lebih suka makan gaji.
Saya memberi anda
beberapa contoh bagaimana aliran tunai yang berlaku setiap hari:-
1. Syarikat telekomunikasi seperti Celcom
contohnya. Kalau secara kasar ada 1 juta pelanggan sehari. Yang akan mengantar
SMS antara satu sama lain setiap 5 minit (selang masa 5 minit la). Dan caj yang
dikenakan untuk setiap SMS adalah sebanyak 1 sen. Pendapatan Celcom setiap 5
minit akan jadi RM10ribu. Setiap 5 minit je.
2. Rating Akademi Fantasia kiranya yang
diterbitkan oleh Astro kita kirakan secara kasar 1 juta penonton setiap hari.
Bayaran untuk bill Astro, RM1 sehari. Dan kalau pelanggan ni akan maintain guna
Astro selama 3 bulan sepanjang tempoh Akademi Fantasia berlangsung. Maka
pendapatan Astro akan menjadi RM1juta sehari. Itu belum masuk untuk undi SMS
lagi
3. Setiap orang akan membelanjakan lebih
kurang RM10 sehari untuk makan. Bayangkan kalau dalam sesebuah Universiti.
Untuk memudahkan kita nampak realiti duit ni. Kira kasar dalam 10ribu pelajar
universiti setiap hari yang perlu makan. Maka perbelanjaan untuk makan sehari
di sesebuah universiti adalah sebanyak RM100ribu SEHARI. Kalau 10% sahaja yang
anda dapat dari 100 ribu saya rasa sudah cukup untuk sebuah cafe kecil.
Sekarang
bagaimana? Adakah anda sudah yakin anda boleh menjadi JUTAWAN dengan
berniaga?. Saya sertakan beberapa fakta
sokongan kenapa perlu anda berniaga sendiri.
Saya punya ramai rakan yang berpangkat dipejabatnya, di kilang mereka
tetapi mereka semua hanya dihormat bila mereka berpangkat besar setelah pancen
mereka tidak lagi dipandang. Ramai yang akan bersendirian dan baru mahu
memulakan perniagaan sendiri. Makan gaji sebenarnya beresiko tinggi, jika kita
sihat dan muda juga bertenaga selalunya syarikat suka tetapi sebaliknya kita
sakit dan kurang prodaktif kemungkinan kita diminta meninggalkan syakikat,
malang tidak berbau.
Kalau dah semua
berniaga macam mana? Jangan risau sebenarnya baik semua orang berniaga dan
tentunya apa yang mereka niagakan bukanlah barang yang sama. Saya yakin ramai
lagi yang tidak membaca tulisan saya ni dan masih ramai lagi mereka yang takut
untuk memulakan perniagaan.
Perkara yang
paling menarik dalam pakej berniaga ini adalah anda boleh menjadi BOS kepada
diri sendiri. Anda boleh mementukan masa bekerja anda, anda boleh menentukan
dimana anda bekarja, anda boleh mementukan berapa gaji anda sendiri juga anda
boleh membuat perkara yang anda suka.
Jika anda mahu pendapatan lebih anda berkerja lebih kuat dan anda akan
mendapat peluang yang lebih luas.
"Rahsia untuk bergerak ke hadapan ialah
memulakan sesuatu. Rahsia utk memulakan sesuatu ialah memecahkan tugas-tugas
kompleks dan sukar kepada tugas-tugas yg mampu di uruskan, dan mulakan perkara
pertama"
Saya punya impian
untuk berjaya. Dalam perjalanan saya, saya sentiasa berusaha mencari jalan
mencapai impian saya. Setalah pulang dari England, saya memulakan bab ke-dua
kehidupan kami di Malaysia. Saya meneruskan pekerjaan saya sebagai seorang
pendidik disamping itu berdekit-dekit berjinak dalam dunia perniagaan. Saya
mulakan dengan projek-projek kecil dikampung,dengan membeli tanah sawit dan projek tanaman serai.
Saya Berjaya dalam semua projek tersebut lebih-lebih lagi projek tanaman serai
sehingga dapat saya membina rumah mak dengan hasil kebun sahaja.
Saya ada matlamat
berniaga, saya harapkan bangsa saya berubah. Saya cuba membantu siapa sahaja
yang minat dalam berniaga melalui pengalaman atau bekerja dengan saya. Saya
berasal dari seorang yang susah dikampung. Saya telah kehilangan ayah dalam
usia muda saya, mengharap belas ihsan orang dan sangat sukar dalam perjalanan
permulaan dulu.
Setelah saya
dewasa tidak banyak keluarga saya berubah, kesemua kakak dan abang saya masih
bekerja mencari razaki dengan bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Saya
melihat anak-anak saya, saya melihat anak-anak saudara saya mereka masih kecil
dan mahukan pendidikan. Saya fikir walau sebesar mana pangkat yang saya ada
semasa saya bekerja, saya tidak dapat membantu mereka. Akhirnya nanti, mereka
akan menjadi golongan yang mengharapkan bantuan lagi, mengharap bantuan
kerajaan, meminta-minta kerja, meminta bantuan bank, meminta bantuan dapat
kerja, saya tak suka. Tersentak dengan kesedaran itu saya cuba sedaya upaya
berfikir untuk berubah, bukan untuk saya tetapi genarasi saya. Saya fikir ramai
yang memerlukan bantuan dari saya. Rupanya tenaga dan fikiran kita akan
berjalan mengikut impian dan target yang kita sasarkan.
Pernah satu masa
saya mempunyai tanah 50 ekar dgn projek sawit dan serai. Saya hanya mengambil
masa selama 2 tahun sahaja untuk mendapatkan dan menjalankan projek itu. Ada
tanah yang saya pajak ada tanah yang saya beli.
Patutlah
penghulu-penghulu lama dulu banyak tanahnya. Bila orang kampong susah, mereka
akan bertemu penghulu mengadu masalah mereka dan memohon penghulu membeli tanah
mereka. Saya membeli sekaping dua tanah dan bermula dari itu ramai orang
kampong mula memberi peluang untuk memjual tanah sawit mereka. Saya nasihatkan
kepada anak muda, belilah tanah dan tanamlah sawit, Perkara yang paling mudah
dalam dunia. Untuk Berjaya anda jangan beri alasan anda.
Harga sawit
pernah melonjak sehingga RM800 setan, saya pernah mendapat duit sawit sekitar
RM 20 ribu sebulan utk semua kebun saya. Terus terang saya katakan saya
bukanlah seorang ada masa untuk bersihkan kebun, meracun dan membaja. Sehingga
ada masa-masanya sehingga berbulan membawa setahun saya tidak masuk kekebun,
bukan perkara yang bagus. Semua urusan kebun saya serahkan kepada seorang
manager untuk memantau. Saya juga adalah usahawan hartanah, jika ada peluang
untuk menjual tanah dengan nilai yang lebih tinggi atau memerlukan kewangan
untuk projek lain saya akan menjual tanah tersebut. Setakat ini, saya tidak
pernah rugi membangunkan tanah dan berniaga hartanah malah itulah nafas
perniagaan saya.
Satu masa dulu,
Projek tanaman serai saya meliputi tanah seluas 18 ekar. Saya berpendapat
projek ini harus diperkembangkan terutamanya anak-anak muda melayu. Insaallah
saya akan membantu dan berkongsi pengalaman dalam ilmu saya yang saya ada dalam
bidang ini. Bidang ini boleh memberi pendapatan tambahan kepada kita, dan saya
bercaya sekiranya kita berusaha tentu ada jalannya. Perkara ini saya telah
melaluinya dan bolehlah dikongsikan bersama. Pendapatan MINIMUM se-ekar tanah 5
bulan adalah 2 – 4 ribu/sebulan. saya akan ceritakan bagaimana anda boleh
memperolehi pendapatan ini.
-Seekar tanah
adalah seluas 43,560 ka persegi
-Jarak tanaman
serai yang disyorkan adalah 4’x3’ atau 2’ X 3’ . Oleh itu dalam seekar tanah
terdapat 3628 rumpun serai.(43560/12=3628)
-Dalam satu
lubang tanaman, disyorkan untuk ditanam
dengan 2 batang serai dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg
serai.
-Harga pasaran
sekarang adalah RM2 per kg
-Oleh itu
pendapatan kasar adalah 3600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400
- Jumlah
Perbelanjaan = Lebih kurang RM4000
PENDAPATAN BERSIH
PER EKAR RM 14,400-RM 4,000 = RM
10,000
RM 10,000.00 / 5
Bulan , sebulan RM 2,000.00 . Dan sekiranya kita ada 10 ekar berapa pendapatan
kita sebulan. ini pun saya kirakan pendapatan yang paling minimum. Tetapi ini
semua bergantung kepada rezaki dari Allah . Sebenarnya saya tanam serai 2′ x 3′
dan seekar oleh mendapat hasil lebih. Pendapatan seeker bagi kebun yang saya
usahakan adalah RM4,000 seekar/sebulan. Jika anda mahu kan pendapatan 40 ribu
sebulan, berapa ekar yang harus anda tanam.
Setelah mendapat
sedikit modal dan semangat saya mulakan projek perhotelan. Saya sebenarnya
tidak mempunyai pengalaman dalam semua perniagaan yang saya ceburi. Saya mengambil pekerja dan mereka yang menguruskan
projek-projek saya adalah mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang
tersebut, ini adalah jalan singkat.
Dalam berniaga
terdapat tiga langkah sebelum anda menjadi seorang usahawan tulin, ini teori
saya :
-Langkah pertama,
anda perlu pandai cari DUIT.
-Langkah kedua,
setelah anda dapat DUIT. Anda perlu pandai mencari projek yang buat DUIT.
-Langkah ketiga,
setelah anda pandai mencari projek yang boleh buat duit, anda perlu pandai
mencari ORANG yang boleh buat DUIT untuk anda.
Saya memulakan
D’impian INN dengan sukar, saya difitnah bermacam-macam dengan kemampuan saya
membangunkan sebuah hotel, saya akan ceritakan dalam bab seterusnya ..
3 comments:
assalamualaikum,encik baha... saya tertarik dengan pendapat encik baha tentang menjalankan perniagaan. emm.. saya bersetuju dengan kata-kata en. baha tentang orang kampung kurang setuju dengan kerja sendiri. keluarga saya pun berfikir mcm tu jgk. Teman lelaki sy berniat untuk merisik. tetapi memandangkan dia menjalankan perniagaan sendiri(jual makan2, ibu bapa dan adik beradik kurang bersetuju dengan pilihan sy.bolehkan pihak en.baha boleh memberi pandangan atau cadangan agar sy boleh slow talk dengan family saya.?
Terimakasih atas panduan yg berguna itu.
Boleh juga cuba bisnes ini di sini:
http://jomduitjutawanqmg.blogspot.com/
terima kasih atas panduan yang amat bermanfaat
http://www.metrobestmom.com
Post a Comment