Tuesday, October 30, 2012

Bab 6 :: Kenapa perlu anda berniaga dan menjadi kaya?



Rugi sebenarnya jika di Malaysia ni anda tidak terbilang dalam salah seorang dari jutawan. Kenapa? , bila saya katakan anda boleh jadi JUTAWAN, anda takut,anda tidak yakin anda boleh jadi jutawan. Saya bercakap benar, kenapa tidak anda boleh menjadi jutawan sedangkan ramai yang telah menjadi jutawan termasuk pendatang asing sama ada ‘pendatang haram’ atau ‘pendatang halal’.  Mereka hanya berniaga kain, mereka hanya berniaga air ditepi jalan tetapi pendapatan mereka berpuluh ribu sehari. Rumah mereka besar, kereta mereka besar, keluarga mereka bahagia, setiap bulan menghantar duit ke kelaurga meraka di negara asal.
Nah, jadinya bagaimana?. 

Anda sedia maklum 9/10 sumber razaki adalah dari perniagaan.  Sebenarnya menurut kajian 9/10 orang jutawan seluruh dunia adalah dari punca berniaga. Saya cukup percaya dan yakin jika kita punya kemahuan untuk Berjaya alam perniagaan pasti akan tercapai. Tiada jalan singkat untuk berjaya.   Saya memulakan perniagaan saya adalah kerana kesedaran saya tentang setinggi mana pangkat saya ketika saya bekerja sekarang tidak dapat saya wariskan kepada anak cucu saya. Warisan itu bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi pengalaman, tamadun berniaga dan cara pemikiran.

Saya yakin, minat saya berniaga datangnya dari ayah saya. Semasa kecil dulu, saya selalu membantu ayah saya di kedai cendol depan rumah dan jika cuti sekolah menjual sayuran kampong, ubi kayu dan keledek keliling kampong. Saya juga membuat perkara yang sama kepada anak-anak saya, juga staf saya untuk mereka boleh belajar selok belok berniaga. Mereka harus diterapkan sejak kecil dengan mentaliti berniaga.

Bangsa cina sangat memandang tinggi kepada golongan usahawan walaupun berniaga kecil-kecilan. Berlainan dengan bangsa melayu, mereka lebih suka anak mereka bekerja kerana lebih terjamin, ada cuti, ada pakej kesihatan, kerja ikut masa dan lain-lain. Soalan pertama bila mahu memilih menantu adalah apa perkerjaanya. Digambarkan pula sesetengahnya orang berniaga ini ramai yang bankrupt, kalau kaya nanti sombong, dan pelbagai alasan dengan momokan kosong menyebabkan ramai diantara kita lebih suka makan gaji.

Saya memberi anda beberapa contoh bagaimana aliran tunai yang berlaku setiap hari:- 
1.      Syarikat telekomunikasi seperti Celcom contohnya. Kalau secara kasar ada 1 juta pelanggan sehari. Yang akan mengantar SMS antara satu sama lain setiap 5 minit (selang masa 5 minit la). Dan caj yang dikenakan untuk setiap SMS adalah sebanyak 1 sen. Pendapatan Celcom setiap 5 minit akan jadi RM10ribu. Setiap 5 minit je.

2.      Rating Akademi Fantasia kiranya yang diterbitkan oleh Astro kita kirakan secara kasar 1 juta penonton setiap hari. Bayaran untuk bill Astro, RM1 sehari. Dan kalau pelanggan ni akan maintain guna Astro selama 3 bulan sepanjang tempoh Akademi Fantasia berlangsung. Maka pendapatan Astro akan menjadi RM1juta sehari. Itu belum masuk untuk undi SMS lagi

3.      Setiap orang akan membelanjakan lebih kurang RM10 sehari untuk makan. Bayangkan kalau dalam sesebuah Universiti. Untuk memudahkan kita nampak realiti duit ni. Kira kasar dalam 10ribu pelajar universiti setiap hari yang perlu makan. Maka perbelanjaan untuk makan sehari di sesebuah universiti adalah sebanyak RM100ribu SEHARI. Kalau 10% sahaja yang anda dapat dari 100 ribu saya rasa sudah cukup untuk sebuah cafe kecil.

Sekarang bagaimana? Adakah anda sudah yakin anda boleh menjadi JUTAWAN dengan berniaga?.  Saya sertakan beberapa fakta sokongan kenapa perlu anda berniaga sendiri.  Saya punya ramai rakan yang berpangkat dipejabatnya, di kilang mereka tetapi mereka semua hanya dihormat bila mereka berpangkat besar setelah pancen mereka tidak lagi dipandang. Ramai yang akan bersendirian dan baru mahu memulakan perniagaan sendiri. Makan gaji sebenarnya beresiko tinggi, jika kita sihat dan muda juga bertenaga selalunya syarikat suka tetapi sebaliknya kita sakit dan kurang prodaktif kemungkinan kita diminta meninggalkan syakikat, malang tidak berbau.

Kalau dah semua berniaga macam mana? Jangan risau sebenarnya baik semua orang berniaga dan tentunya apa yang mereka niagakan bukanlah barang yang sama. Saya yakin ramai lagi yang tidak membaca tulisan saya ni dan masih ramai lagi mereka yang takut untuk memulakan perniagaan.

Perkara yang paling menarik dalam pakej berniaga ini adalah anda boleh menjadi BOS kepada diri sendiri. Anda boleh mementukan masa bekerja anda, anda boleh menentukan dimana anda bekarja, anda boleh mementukan berapa gaji anda sendiri juga anda boleh membuat perkara yang anda suka.  Jika anda mahu pendapatan lebih anda berkerja lebih kuat dan anda akan mendapat peluang yang lebih luas.

 "Rahsia untuk bergerak ke hadapan ialah memulakan sesuatu. Rahsia utk memulakan sesuatu ialah memecahkan tugas-tugas kompleks dan sukar kepada tugas-tugas yg mampu di uruskan, dan mulakan perkara pertama"

Saya punya impian untuk berjaya. Dalam perjalanan saya, saya sentiasa berusaha mencari jalan mencapai impian saya. Setalah pulang dari England, saya memulakan bab ke-dua kehidupan kami di Malaysia. Saya meneruskan pekerjaan saya sebagai seorang pendidik disamping itu berdekit-dekit berjinak dalam dunia perniagaan. Saya mulakan dengan projek-projek kecil dikampung,dengan  membeli tanah sawit dan projek tanaman serai. Saya Berjaya dalam semua projek tersebut lebih-lebih lagi projek tanaman serai sehingga dapat saya membina rumah mak dengan hasil kebun sahaja.

Saya ada matlamat berniaga, saya harapkan bangsa saya berubah. Saya cuba membantu siapa sahaja yang minat dalam berniaga melalui pengalaman atau bekerja dengan saya. Saya berasal dari seorang yang susah dikampung. Saya telah kehilangan ayah dalam usia muda saya, mengharap belas ihsan orang dan sangat sukar dalam perjalanan permulaan dulu.

Setelah saya dewasa tidak banyak keluarga saya berubah, kesemua kakak dan abang saya masih bekerja mencari razaki dengan bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Saya melihat anak-anak saya, saya melihat anak-anak saudara saya mereka masih kecil dan mahukan pendidikan. Saya fikir walau sebesar mana pangkat yang saya ada semasa saya bekerja, saya tidak dapat membantu mereka. Akhirnya nanti, mereka akan menjadi golongan yang mengharapkan bantuan lagi, mengharap bantuan kerajaan, meminta-minta kerja, meminta bantuan bank, meminta bantuan dapat kerja, saya tak suka. Tersentak dengan kesedaran itu saya cuba sedaya upaya berfikir untuk berubah, bukan untuk saya tetapi genarasi saya. Saya fikir ramai yang memerlukan bantuan dari saya. Rupanya tenaga dan fikiran kita akan berjalan mengikut impian dan target yang kita sasarkan.

Pernah satu masa saya mempunyai tanah 50 ekar dgn projek sawit dan serai. Saya hanya mengambil masa selama 2 tahun sahaja untuk mendapatkan dan menjalankan projek itu. Ada tanah yang saya pajak ada tanah yang saya beli.

Patutlah penghulu-penghulu lama dulu banyak tanahnya. Bila orang kampong susah, mereka akan bertemu penghulu mengadu masalah mereka dan memohon penghulu membeli tanah mereka. Saya membeli sekaping dua tanah dan bermula dari itu ramai orang kampong mula memberi peluang untuk memjual tanah sawit mereka. Saya nasihatkan kepada anak muda, belilah tanah dan tanamlah sawit, Perkara yang paling mudah dalam dunia. Untuk Berjaya anda jangan beri alasan anda.

Harga sawit pernah melonjak sehingga RM800 setan, saya pernah mendapat duit sawit sekitar RM 20 ribu sebulan utk semua kebun saya. Terus terang saya katakan saya bukanlah seorang ada masa untuk bersihkan kebun, meracun dan membaja. Sehingga ada masa-masanya sehingga berbulan membawa setahun saya tidak masuk kekebun, bukan perkara yang bagus. Semua urusan kebun saya serahkan kepada seorang manager untuk memantau. Saya juga adalah usahawan hartanah, jika ada peluang untuk menjual tanah dengan nilai yang lebih tinggi atau memerlukan kewangan untuk projek lain saya akan menjual tanah tersebut. Setakat ini, saya tidak pernah rugi membangunkan tanah dan berniaga hartanah malah itulah nafas perniagaan saya.

Satu masa dulu, Projek tanaman serai saya meliputi tanah seluas 18 ekar. Saya berpendapat projek ini harus diperkembangkan terutamanya anak-anak muda melayu. Insaallah saya akan membantu dan berkongsi pengalaman dalam ilmu saya yang saya ada dalam bidang ini. Bidang ini boleh memberi pendapatan tambahan kepada kita, dan saya bercaya sekiranya kita berusaha tentu ada jalannya. Perkara ini saya telah melaluinya dan bolehlah dikongsikan bersama. Pendapatan MINIMUM se-ekar tanah 5 bulan adalah 2 – 4 ribu/sebulan. saya akan ceritakan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan ini.

-Seekar tanah adalah seluas 43,560 ka persegi  

-Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4’x3’ atau 2’ X 3’ . Oleh itu dalam seekar tanah terdapat 3628 rumpun serai.(43560/12=3628)

-Dalam satu lubang tanaman, disyorkan  untuk ditanam dengan 2 batang serai dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai.

-Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg

-Oleh itu pendapatan kasar adalah 3600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400

- Jumlah Perbelanjaan =  Lebih kurang RM4000
 
PENDAPATAN BERSIH PER EKAR  RM 14,400-RM 4,000    =  RM 10,000

RM 10,000.00 / 5 Bulan , sebulan RM 2,000.00 . Dan sekiranya kita ada 10 ekar berapa pendapatan kita sebulan. ini pun saya kirakan pendapatan yang paling minimum. Tetapi ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah . Sebenarnya saya tanam serai 2′ x 3′ dan seekar oleh mendapat hasil lebih. Pendapatan seeker bagi kebun yang saya usahakan adalah RM4,000 seekar/sebulan. Jika anda mahu kan pendapatan 40 ribu sebulan, berapa ekar yang harus anda tanam. 

Setelah mendapat sedikit modal dan semangat saya mulakan projek perhotelan. Saya sebenarnya tidak mempunyai pengalaman dalam semua perniagaan yang saya ceburi. Saya  mengambil pekerja dan mereka yang menguruskan projek-projek saya adalah mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut, ini adalah jalan singkat.
Dalam berniaga terdapat tiga langkah sebelum anda menjadi seorang usahawan tulin, ini teori saya :

-Langkah pertama, anda perlu pandai cari DUIT.
-Langkah kedua, setelah anda dapat DUIT. Anda perlu pandai mencari projek yang buat DUIT.
-Langkah ketiga, setelah anda pandai mencari projek yang boleh buat duit, anda perlu pandai mencari ORANG yang boleh buat DUIT untuk anda.

Saya memulakan D’impian INN dengan sukar, saya difitnah bermacam-macam dengan kemampuan saya membangunkan sebuah hotel, saya akan ceritakan dalam bab seterusnya ..

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,encik baha... saya tertarik dengan pendapat encik baha tentang menjalankan perniagaan. emm.. saya bersetuju dengan kata-kata en. baha tentang orang kampung kurang setuju dengan kerja sendiri. keluarga saya pun berfikir mcm tu jgk. Teman lelaki sy berniat untuk merisik. tetapi memandangkan dia menjalankan perniagaan sendiri(jual makan2, ibu bapa dan adik beradik kurang bersetuju dengan pilihan sy.bolehkan pihak en.baha boleh memberi pandangan atau cadangan agar sy boleh slow talk dengan family saya.?

Jay said...

Terimakasih atas panduan yg berguna itu.
Boleh juga cuba bisnes ini di sini:
http://jomduitjutawanqmg.blogspot.com/

Metrobestmom said...

terima kasih atas panduan yang amat bermanfaat
http://www.metrobestmom.com