Mari terbang bersama saya |
Satu
ketika dulu dan tidaklah terlalu lama. Saya memulakan kehidupan realiti saya
sebagai seorang pekarja dalam masa yang sama saya berniaga untuk mencari duit
tambahan. Matlamat saya kerja siang dan
malam adalah duit, mencarinya untuk keperluan dan kesenangan. Saya bergelut
untuk menjimatkan beberapa ringgit untuk simpanan. Mencari duit tambahan dengan membuat kerja
lebih masa. Hidup saya selasa, tapi masih terlalu berhati-hati. Dari tahun ke
tahun saya mulakan kehidupan dengan keluarga bahagia bersama isteri dan
anak-anak. Keperluan saya semakin
bertambah dari hari ke hari, hutang rumah dan kereta membuatkan saya semakin
bekerja untuk orang lain.
Sedar
tak anda sebenarnya ramai yang bekerja untuk orang lain bukan untuk diri
sendiri. Pertama mereka bekerja untuk syarikat tempat mereka bekerja. Kedua mereka
bekerja dan dapat duit selepas itu membayar untuk kerajaan melalui cukai
pendapatan dan akhirnya mereka bekerja untuk bayar hutang dengan bank. Begitulah perkara itu berputar setiap hari,
minggu, bulan dan tahun.
Tiba-tiba
saya tersedar iaitu duit perlu bekerja untuk saya bukan saya berkerja untuk
dapat duit. Mulai itu persepsi saya berubah, matlamat dan cara saya berfikir
turut bertukar. Saya berkerja untuk melabur,
berniaga dan mencari jalan bagaimana hamba baru (sekumpulan duit ) saya boleh
berkerja untuk saya mencari lebih banyak duit.
Saya
mulakan kehidupan baru saya tanpa hutang. Saya merantau mecuba nasib baru dan
pergi ke England bersama keluarga dan tinggal disana 5 tahun. Disana banyak
saya belajar erti kehidupan. Kebetulan saya baru berumur 25 tahun tika itu,
baru memulakan kehidupan. Saya jual semua asat saya dan bayarkan semua hutang.
Saya mulakan kehidupan yang sederhana dengan kepercayaan “bersusah-susah dahulu,
bersenang kemudian”. Banyak perkara
menarik akan saya bongkarkan pengalaman indah hidup dinagara orang dalam bab
seterusnya. Perkara yang paling besar
yang saya dapat adalah kepercayaan dan keyakinan diri saya tinggi dan saya
fokus dengan apa yang saya impikan.
Dulunya,
saya kurang percaya dengan diri saya. Perkara yang negative akan bermain
dikepala saya sebelum saya mencuba sesuatu. Saya sangat takut untuk menyebut “saya
mahu kaya”, saya takut dengan ketakutan yang dicipta sendiri. Saya takut untuk
gagal, saya takut untuk kecewa menyebabkan saya kurang mencuba sesuatu yang
baru. Rupanya setiap perkataan itu adalah
doa, menyebabkan jika saya sudah berkata saya tidak boleh Berjaya. Akhirnya
saya tidak akan Berjaya atau kejayaan yang diperolehi tidaklah terlalu
cemerlang.
Dalam
membetulkan sedikit demi sedikit paksi
matlamat saya dalam berniaga memberi saya peluang untuk faham bagaimana menjana
duit menjadi duit lebih banyak. Perkara pertama apa yang anda harus lakukan
adalah percaya, jangan pandang rameh dan jangan diperlekeh apa yang hendak saya
sampaikan. Anda perlu menukar persepsi negative
anda tentang duit. Kadang-kadang saya hairan, ada yang berkata pada saya yang
mereka tidak berminat untuk kaya tetapi dalam masa yang sama mereka berkerja 8
jam sehari dan bertungkus lumus mencarinya.
Tukar
cara pemikiran anda dengan menyatakan “saya adalah seorang yang kaya dan Berjaya,
anda tidak akan begini jika saya mahu kaya”. Tanamkan pada minda anda duit itu
penting, dimana duit adalah kuasa. Saya punya ramai kenalan, mereka berlapisan
masyarakat. Ada yang bergelar Tan Sri, dato’, professor hinggalah seorang pekerja buruh, mereka ada
yang jutawan hinggalah mereka yang gajinya hanya cukup makan. Saya melihat
depan mata saya, mereka yang banyak duit yang sebenarnya banyak membantu dan
menderma bukan disebabkan mereka banyak duit tetapi mereke percaya lebih banyak
memberi, lebih banyak mereka menerima. Dari Bill gate temilik Microsoft hingga
ke Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari mereka mencari duit untuk memberi dan
merasakan ramai orang. Saya nak cuba memberi contoh supaya anda tidak lagi
mempertikaikan duit itu boleh membawa
kesenangan dan bukan semata-mata membawa kehancuran dan malapataka. Sekarang sudah
percaya?
Budak
kecil kuasa imejinasinya tinggi, cita-citanya tinggi sehingga anak saya boleh
percaya satu hari nanti dia boleh jadi super hero seperti supermen. Rupanya kuasa
pemikiran kita tidak dapat dinilai kekuatannya dan tiada hadnya. Kepercayaan pada
diri anda akan membawa kejayaan hakiki kepada anda.
R.
T. Kiyosaki pelabuh hartanah dan penulis terkenal ada menyebut bahawa “orang
miskin dan kelas menengah bekerja untuk duit. Orang kaya mempunyai duit yang
bekerja untuk mereka. “
Pelajaran
pertama saya belajar dengan ayah saya tentang berniaga adalah perlu berani
mencuba. Semasa kecil saya, saya perlukan mainan patung askar, basikal dan spek
mata hitam. Semuanya saya tahu dari seorang pelajar sekelas saya disekolah rendah
dan dia adalah anak orang berada, ibuny seorang guru. Saya minta pada ayah
saya, dia menjawab “cari lah duit”. Soalan saya mudah, bagaimana nak cari duit?
, jawapan nya juga ringkas “gunakan akal fikiran”.
Berhari-hari
saya dalam kemuraman, tetapi akal saya mula berjalan bagaimana mencipta duit. Saya
bekerja ikut ayah, dapat gaji. Saya jual kelapa, kumpul tin kosong dan beberapa perkara untuk mendapatkan
duit. Saya mudah mendapatkan duit dengan tanpa modal hingga saya menjual
bungkusan kecil di isi milo mak dirumah dan dibungkus dalam plastic dan saya
jualkan semula di sekolah. Rupanya saya diajar bagaimana untuk menjana
pendapatan.
Bila
saya besar baru saya faham semua pelajaran tersebut dimana pentingnya menjana
pendapatan dengan menggunakan akal, walaupun saya berniaga tanpa modal tetapi
ayah biarkan saya bergembira dengan apa yang akhirnya saya dapat. Kepuasan
mendapat sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri.
Saya
terfikir juga, ramai yang berusaha mendapatkan duit dengan bekerja
bersungguh-sungguh saing dan malam tetapi mereka masih miskin, mengapa perkara
ini berlaku?. Satu cerita seorang kenalan saya, bekerja suami isteri dengan
hidup 2 anak, tinggal di ibu kota. Suami seorang jurutera yang dihormati dan
isteri seorang guru. Mengadu pada saya mencari penyelesaian keluar dari masalah mereka. Jika dihitung dengan
betul,setelah membayar semua hutang rumah , kereta, kad kredit dan semua yang
lain lebihan pendapatan mereka hanyalah RM300 sebulan. Menggunakan kad kredit 5
keping, untuk alasan kerja. Saya termenung memikirkan nya.
Mereka
bangun tidur, kerja, bayar hutang, tidur dan diulang bangun tidur , kerja ,
bayar hutang dan tidur semula setiap hari, mereka terperangkap oleh jerat hutang.
Anda tidak rasa penat ke?, bekerja setiap hari dari pagi
hingga ke malam, berusaha, berfikir, dimarahi pelanggan, ditegur
bos...tapi...semua duit tu anda beri pada bank utk bayar hutang, dan ulang
semula bulan berikutnya. Bayar diri anda terlebih dahulu dgn menabung sebelum
membayar hutang.
Bila bekerja ramai
yang meletakan harga pada dirinya. Mereka berbuat demikian adalah kerana dengan
dua sifat iaitu takut dan tamak. Permulaan nya mereka takut tidak memiliki wang
dengan berkerja keras untuk memilikinya. setelah mereka bekerja keras dan
mendapat gaji, mereka terbayang-bayang barangan dan kemewahan yang boleh dibeli
dengan wang. mereka mula tamak utk mendapat banyak wang. wang itu sebenarnya
akhirnya dibelanjakan juga dan habis. Akhirnya satu corak kehidupan baru
terbentuk dengan "orang bekerja untuk wang". Anda jangan terperangkap
dengan corak kehidupan ini, belajarlah untuk wang bekerja untuk anda...
Dulu saya berfikiran kecil, selalu saya takut
dengan apa yang saya impikan. Rupanya bila saya takut untuk bercita-cita besar
saya semakin jauh dengan impian saya tadi. Semua perkara yang saya impikan
menjadi sukar dan susah untuk saya dapat. Menyebabkan saya akan terlalu kecewa
jika saya tidak mencapai apa yang saya inginkan.
Pada masa itu, saya hanya percaya logic biasa. Sebagai seorang anak muda yang baru habis degree cukuplah bergaji lima ribu, cukuplah sebuah kereta, cukuplah mencari dan mengumpul duit untuk sedikit-sedikit untuk bernikah. Saya tidak terfikir dan mungkin boleh pengsan jika diberikan impian yang terlalu besar, contohnya “Aku boleh bergaji 30 ribu sebulan , memakai kereta Mercedes dan membeli rumah bernilai sejuta”. Walaupun pada masa saya berumur 22 saya telah ada pengusahaan dan perniagaan sendiri. Saya menjadi orang biasa-biasa. Saya yakin, anda juga begitu...Lalu saya menghampiri kegagalan disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri.
Jika hanya yakin pada diri sendiri itu namanya takabur...tetapi jika kita percaya dengan diri sendiri dan yakin dengan kekuasaan Allah itu namanya iman. Saya mula bergerak mempercayai dan berimpikan perkara yang besar-besar. Rupanya jika keyakinan pada Allah bertambah dan percaya semua nya datang dariNYA semua perkara yang susah dan mustahil tadi menjadi senang dan mudah.
Saya beri cntoh apa yang berlaku pada saya. saya mengimpikan untuk ke mekkah menunaikan umrah dan haji. Saya fikir pada mulanya satu perkara yang sukar, duit belanja, tinggal isteri dan anak, bagaimana kerja saya dan tentu jika saya sudah tua baru dapat saya kesana.
Saya menukar impian, saya berdoa untuk pergi ke mekkah bersama keluarga saya, Allah tunaikan hajat saya hanya dalam 3 bulan saya setkan impian tadi. tiba-tiba rezaki saya berlempah ruah, saya dapat menunaikan umrah dan ditambah bonus dapat bersama semua 11 orang keluarga saya bersama ibu saya dan dapat menaja mereka kesana. Bila dapat membawa ibu saya yang sudah tua dgn berkerusi roda mencapai impian nya...setiap kali saya ingat perkara ini saya akan mengalirkan air mata bersyukur. Alhamdulilah setiap tahun dapat saya menghantar sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga saya ke Mekkah ...insyaallah saya nak seramai mungkin merasa pengalaman yang indah ke sana..doakan saya
Anda perlu berusaha, berserah, terima seadanya, ulang semula dari yang pertama. Saya dan anda perlu bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Ramai orang yang saya jumpa tidak mempunyai cita-cita besar.
Mereka yang tidak mahu kaya adalah orang yang ego
dan pentingkan diri sendiri. Mereka hanya mementingkan dirinya sahaja, tidak
memikirkan orang lain sekolah ke tidak, makan ke tidak dan seterusnya.. Jika
dia makan, bagaimana jiran nya?, jika anaknya belajar, berapa ramai orang yang
tidak mampu lagi utk belajar. Apa salahnya anda bercita-cita utuk memberi
seramai orang belajar dengan memberi biasiswa kepada mereka. Orang biasa akan
berfikir bagaimana untuk mendapatkan penajaan tetapi orang yang Berjaya
berfikir bagaimana untuk boleh memberi biasiswa. Orang biasa fikir bagaimana
nak dapat perkhidmatan hospital percuma, orang yang Berjaya berfikir bagaimana
mahu membina hospital untuk diberi percuma kepada seramai mungkin..dan
seterusnya.
saya selalu terfikir, saya memakai kereta, bagaimana boleh keluarga saya juga punya kereta , sahabat saya punya kereta dan bagaimana boleh saya boleh membantu mereka memiliki kereta. Saya mengimpikan untuk kaya dan saya mahukan kayakan seramai orang yang saya boleh, saya bersekolah, saha mahukan sekolahkan seramai orang yang boleh....kenapa? anda tidak percaya?...saya percaya saya dan anda boleh melakukanya. Jangan terlalu asik melihat dan bercakap kejayaan orang lain sehingga terlupa anda juga mampu Berjaya.
Jadinya bagaimana?. Anda perlu berkorban, mengubah tabiat dan berhijrah dari sekarang...sekarang..sekarang...ya sekarang. Mulakan dengan yang kecil dan apa yang anda tahu, tidak perlu modal besar, jadikan mulut, krativiti fikiran dan tenaga anda sebagai modal pertama anda.
saya selalu terfikir, saya memakai kereta, bagaimana boleh keluarga saya juga punya kereta , sahabat saya punya kereta dan bagaimana boleh saya boleh membantu mereka memiliki kereta. Saya mengimpikan untuk kaya dan saya mahukan kayakan seramai orang yang saya boleh, saya bersekolah, saha mahukan sekolahkan seramai orang yang boleh....kenapa? anda tidak percaya?...saya percaya saya dan anda boleh melakukanya. Jangan terlalu asik melihat dan bercakap kejayaan orang lain sehingga terlupa anda juga mampu Berjaya.
Jadinya bagaimana?. Anda perlu berkorban, mengubah tabiat dan berhijrah dari sekarang...sekarang..sekarang...ya sekarang. Mulakan dengan yang kecil dan apa yang anda tahu, tidak perlu modal besar, jadikan mulut, krativiti fikiran dan tenaga anda sebagai modal pertama anda.
No comments:
Post a Comment