Bab 7: Apakah
perlaburan terbaik untuk anda?
Ramai yang
bertanya saya dengan soalan ini, apakah jenis perlaburan yang terbaik untuk
mereka. Jawapan yang saya berikan adalah perlaburan untuk diri sendiri. Ramai
yang agak kecewa dengan jawapan yang diberikan saya.
Dalam dunia reality
sekarang, Modal asas setiap manusia adalah ‘rupa’
dan ‘akal’. beruntunglah anda kalau anda punya lebih ‘rupa’, juga nasib anda
baik jika anda dapat memaksimamkan penggunaan ‘akal’ anda. Tapi janganlah
kedua-duanya tak ada @ tak digunakan. Apa yang saya maksudkan melabur diri
sendiri adalah perlaburan melalui pendidikan diri sendiri secara berterusan. Anda melabur dengan melanjutkan pelajaran
anda secara formal seperti menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dan lebih
tinggi dari itu. Ia juga boleh dimaksudkan denagn rajin membaca majalah, buku
dan kartas kerja yang berkaitan. Bukan itu sahaja ianya boleh diperolehi dari
pengalaman orang lain dengan menghadiri ceramah dan yang lain-lain.
Saya beri satu contoh mudah, jika anda
hanya ada diploma dalam bidang anda dan sekarang anda bekerja. Gaji anda
perolehi mungkin RM 3000 dan anda menyambung pelajaran keperingkat ijazah.
Setelah anda lulus anda telah diterima naik pangkat setaraf dengan sijil yang
anda perolehi. Gaji anda meningkat ke RM4000, lebihan pendapatan anda sekarang RM1000
sebulan . jika disimpan lebihan gajinya selama 20 tahun anda akan perolehi
lebih 1 juta berserta faedah, membuktikan perlaburan untuk diri sendiri adalah
yang terbaik, tetapi dunia ini tidak semudah itu. Walaupun tidaklah faktor
utama untuk kaya adalah pendidikan
tetapi ianya menjadi faktor penting untuk anda menjana lebih banyak pendapatan,
menikmatinya dan mengekalkan kekayaan yang anda miliki.
Saya tidak memiliki sijil dalam bidang
perniagaan, pengurusan atau kewangan secara formal dari universiti. Bidang yang
saya belajar adalah sains komputer. Untuk mendapat ilmu pemasaran, perniagaan,
pengurusan dan berkaitan dengan nya saya menbaca lebih 400 buah buku berkaitan
denganya lebih dari 5 tahun kebelakangan ini.
Saya juga akan memastikan mencari ilmu dengan menghadiri ceramah
motivasi dan teknikal berkaitan perniagaan dan pengurausan.
Perlaburan
keatas diri sendiri berbeza dengan perlaburan jenis yang lain. Jika perlaburan
lain seperti perlaburan hartanah anda boleh ditarik tanahnya dengan bank jika
gagal membayar dan jika perlaburan saham ada turun naiknya. Perlaburan anda
pada diri sendiri adalah perkara yang kekal. Tidak ada orang yang boleh merampas
pengalaman dan pengetahuan anda. Anda juga akan dihargai lebih dan dibayar
dengan apa yang anda laburkan.
Saya percaya
dengan perlaburan pada diri sendiri anda akan meningkatkan motivasi anda dari
hari ke hari. Cuba anda tanya diri anda sendiri, siapa diri anda 10 tahun dari
sekarang?, bagaimana keadaan kewangan kita, anak-anak anda dan lain-lain, anda
belum terlambat. Saya percaya jika dijaga dan dilatih dengan baik, minda anda
boleh menjana pendapatan berkali-kali ganda. Minda akan mencetuskan idea. Peluang
menjana pendapatan bukan boleh dilihat dari mata kasar tetapi ia akan datang
dari rasa hati dan minda yang bernas.
Sekarang
anda telah berilmu dengan melabur untuk menjadi lebih baik. Masalah yang timbul
pula adalah ramai yang tidak dapat menjual kemahiran dan bakat yang ada pada
mereka. Ramai yang mempunyai ilmu dan pengetahuan saya lihat dibayar gaji murah
untuk apa yang mereka tahu. Beberapa hari lalu kereta saya rosak, seharian saya
dirumah sahaja. Saya dibantu oleh seorang makanik kereta dengan hanya kurang 10
minit sahaja dia meperbaiki kereta saya. dia hanya meminta upah yang manimum.
Saya bertanya
adakah dia mempunyai kedai sendiri sekarang. Dia tidak mempunyai kedai sendiri dan bekerja dengan orang selama 15
tahun.
Saya sungguh sedih dan mencadangkan dia berdikari belajar cara pemasaran
dan cara menjana duit dari pengetahuan yang dia ada. Dia terkejut dengan
membeliakkan mata bila saya katakan sepatutnya dia sudah berpendapatan RM10,000
sebulan. Dia terduduk dan termenung sebentar, dia baru tersedar yang dia punya
bakat besar dan yang penting bagaimana memasarkan kemahiran nya. Pakej nya
sudah cukup, dia pekerja rajin, berdidikasi dan berpengalaman luas. Apa yang
perlu adalah bertindak untuk memperbaikinya.
Satu lagi
contoh, beberapa tahun lalu saya didatangi seorang sahabat lama iaitu seorang
dokter mata. Dia telah membuka kedai cermin mata dan berkorban hingga menjual
rumah mereka dan tinggal di tingkat dua kedai cermen mata mereka. Selepas 3
tahun kedai mereka dari hari ke hari makin malap dan tidak banyak pelanggan. Alasan
utamanya adalah kerana terlalu banyak persaingan dengan kedai cermin mata milik
bangsa lain yang sudah lama dan memberi harga murah.
Saya
memujuknya untuk meneruskan apa yang dia telah mulakan dengan hanya membetulkan
beberapa strategi pemasaran. Pada mulanya dia buntu dan enggan ikut nasihat
saya. saya meminta dia memberi ceramah percuma di sekolah tentang penjagaan
mata dan memberi diskaun kepada para pelajar dan keluarganya sebanyak 50%
kepada yang ingin membuat cermin mata pada hari minggu. Apa yang berlaku
berduyun pelanggan baru datang dan dia mula tersenyum riang. Apa pegajaran yang
kita dapat disini. Saya berpandangan, walaupun anda mempunyai ilmu anda juga
perlu mengabungkan ilmu tersebut untuk diaplikasikan untuk membuat lebih banyak
duit. Saya harap anda juga telah sedar, harga anda sebenarnya mahal. Bukan
orang yang pandai selalunya tampil kedepan tetapi mereka yang lebih berani.
Tanya diri
anda, apa kemahiran anda dan pengalaman anda yang ada untuk menjana duit. Percaya
dengan diri anda dan jangan jadikan alasan untuk belajar menjadikan sebab anda
tidak boleh berjaya. Tak kiralah anda bekerja dalam bidang apa sekarang,
penulis, kerani, mekanik, professor dan yang lain saya pasti anda perkara yang
masih tersembunyi membuatkan anda tersenyum menjana kewangan. Sudah, jangan
cakap “saya tak tahu”, tak tahu belajar. Gabungan ilmu teknikal dan ilmu
perniagaan membawa anda kepada satu tahap yang luar biasa.
Oleh sebab
itu belajarlah dan ambil pengalaman dari sekecil dan serendah manapun peringkat
anda, anda perlu tahu banyak perkara. Jika anda mempunyai restoran, anda perlu
tahu dari perkara asas dapur hinggalah layanan pelanggan dan mengira akaun
untung ruginya.
Disekolah
atau ditempat kerja anda diajar terlalu terperinci tentang taknikal yang perlu
anda tahu. Anda sebenarnya perlu tahu sedikit pengetahuan melihat bakat yang
anda ada tadi diaplikasikan menjadi sebuah perkara yang boleh di niagakan. Anda
perlu tahu sedikit sahaja untuk banyak perkara.
Dalam satu perjalanan
kapal terbang satu ketika dulu, selalunya saya akan membaca buku didalam kapal
terbang. Saya disapa seorang yang menghulurkan surat khabar kepada saya. saya
menolak secara baik, dengan berkata beritanya banyak merosakkan saya. Dia berkerut
dahinya, saya sambil berjenaka menyebutkan banyak unsur gossip sahaja bukan
infomasi penting untuk saya. Dia meletak surat khabar tadi dan bertanya secara
berminat pada saya. saya menyebutkan, jika anda tidak membaca beritanya hari
ini pun anda akan mendapatkan berita itu dari perbualan anda dikedai kopi
dengan rakan-rakan anda nanti. Semua rakan anda juga membacanya. Apa yang anda
perlu baca sekarang beberapa perkara yang boleh membawa anda lebih maju dari
masa ke semasa. Ini tidak bermakna sesuatu yang salah membaca surat khabar ya.
Saya pernah
ditawarkan gaji yang sangat lumayan di kota raya suatu hari dulu di syarikat
automoboil negara tempat kerja pertama saya bila saya mahu meletak jawatan. Pada
masa itu saya tekat untuk saya sambung belajar diperingkat lebih tinggi. Di imbau
kembali rupanya tindakan saya itu betul. Saya jadikan kerja untuk belajar
sesuatu bukan untuk wang.
Perlaburan anda
untuk pendidikan juga akan memastikan keluarga anda terus kaya. Dizaman saya
sekarang, mereka yang berduit akan menghantar anak mereka mendapat pendidikan
yang lebih baik, mungkin hingga keluar negara. Sedangkan mereka yang kurang
duit akan menunggu dan berserah dengan nasib pembelajaran anak mereka. Tepuk
dada tanya selera, lihat sahaja anak bangsa cina tentu anda faham apa yang saya
maksudkan.
Dunia ini
zalim, di Hospital jadual pembedahan diatur mengikut siapa yang lebih muda dan
berkebarangkalian besar untuk terus hidup. Jika anda punya duit banyak, perkara
itu juga akan diambil kira dengan factor besar. Walaupun nyawa di tangan Allah
tetapi itu juga usaha. Anda akan dibuli terus menerus dengan system jika anda
terus miskin, tidak berilmu dan hanya berharap sahaja.
Saya mencadangkan
mereka yang ingin belajar kemahiran menjual, mereka boleh masuk dalam bidang
MLM. Walaupun saya sendiri tidak pernah secara serious dalam bidang MLM tapi
saya yakin ianya akan membawa anda kekuatan untuk memberanikan diri anda
menjual, bercarita apa yang anda tahu dan berkongsi. Lama kelamaan anda boleh
mengaitkan kemahiran anda untuk anda jual. Saya selalu dengar dari mereka yang
bekerja, “saya boleh buat kerja, kalau jual menjual ni saya tak pandai. Saya mahu
buat apa yang saya tahu sahaja”. Jika anda tidak mahu menukar pendirian ini dan
tidak mahu belajar , anda akan kekal seperti ini walau 10 tahun yang akan
datang.
"Setiap hari anda
berbelanja dgn membayar wang kapada orang lain. Kenapa tidak anda fikirkan bagaimana
orang lain boleh membayar setiap hari kepada kita pula mulai sekarang?"
Projek menulis buku ::
Maaf sekiranya terdapat kesalahan bahasa dan ejaan . tak sempat nak edit.
No comments:
Post a Comment