CEO D'impian Group |
PROJEK MENULIS BUKU
Bab 5: Berniaga sendiri atau bekerja mana lebih baik?
Lepas habis belajar di universiti saya terus mendapat kerja.
Saya kerja ditempat saya praktikal masa
belajar dalam bidang komputer. Masa itu walaupun masa kemelasetan ekonomi dan
ramai tak dapat kerja, tetapi berkerjaya.
Ibu saya suka saya bekerja, katanya kalau berkerja stabil
ekonominya, terjamin masa depan dan balik ikut waktu. Mak selalu membandingkan saya
dengan saudara saya yang bekerja kerajaan dan berpangkat. Di kampung kalau
pilih menantu pun perlu ditanya kerja nya apa, jika sudah dapat bekerja dengan
kerajaan atau pun swasta tentu cepat diterima.
Saya punya sejarah manis dengan arwah ayah saya tentang motivasi
berniaga. Dari kecil saya dibawa mengikut beliau berniaga kecil-kecilan. Saya
akan diminta menjaja daun ubi dan keledek sekeliling kampung, saya suka kerja itu.
Duitnya dibahagi dua sebagai upan, banyak saya jual dan saya akan menerima
banyak upah. Bila ada keramaian seperti
ceramah agama atau sambutan perayaan abah akan berniaga kerepek. Perkara yang
melucukan adalah mak selalu marah-marah sebab ayah akan jual murah. Abah cakap,
jika berniaga kita dapat duit, jika sedekah kita dapat pahala. Kedua-duanya
kita untung, perkataan ayah yang masih terngiang-ngiang ditelinga saya. bila
saya disekolah menengah dan dewasa sedikit ayah buatkan kedai kecil depan rumah
saya, jual cendol dan rojak petis untuk orang kampung, ayah masih bekerja
dengan membawa kereta sewa.
Saya dibesarkan dalam dua keadaan persimpangan iaitu
membesar dengan fahaman mak dimana bekerja dan berpangkat besar bila besar
nanti dan pandangan sebaliknya dari ayah. Tetapi kedua mereka memegang prinsip
yang sama dengan pendidikan sahaja boleh mengubah tamadun kita. Ibu saya akan selalu berletir kepada saya,
belajarlah bersungguh-sunguh supaya saya mudah mendapat kerja bila besar.
Ayah pula menasihat untuk saya belajar bersungguh-sungguh
supaya besar nanti pandai berniaga dan punya syarikat sendiri, mereka berdua
memang tidak sependapat tentang perkara ini. Ayah kata, jika berniaga kita akan
mengurus masa sendiri, jika perniagaan maju kita boleh menjadi kaya dan banyak
duit. Jika banyak duit kita boleh banyak membantu orang lain bekerja.
Sejak tingkatan 4 saya sudah bersekolah asrama penuh,
dibesarkan melalui desplin. Tetapi sejarah lama menjadi kenangan bagi saya, masa itu apa yang saya tahu adalah saya
suka dan minat berniaga jauh sekali niatnya berniaga boleh membawa kekayaan. Disekolah saya selalu di ingatkan untuk tidak
lupa diri, jangan mencari kekayaan sebabnya duit akan membawa kita lupa diri. Digambarkan
orang kaya nanti sombong, tak sembahyang, menipu melalui cerita-cerita yang
dibawa, kita perlu bersederhana. Tetapi membuatkan saya termenung, adakah orang
miskin semua nya rajin sembahyang, rasanya ada juga si miskin sombong .
Menjadi seorang remaja dengan asakan minda dimana saya perlu
berjaya dikelilingi dengan nasihat adalah suatu perkara yang bukan mudah. Memilih
untuk jadi apa bila besar menyebabkan saya keliru dengan erti kejayaan. Kejayaan
pada masa itu adalah mengejar 8 A dalam SPM dan belajar ke luar negara. Saya
perlu taat, patuh dengan pattern yang dibuat untuk saya.
Pandangan saya matapelajaran kemahiran hidup satu ketika
dulu perlu diteruskan untuk mengasah anak-anak dengan keadaan dan kerja dan
kehidupan sebenar. Perkara tambahan yang perlu diajar adalah pengurusan
kewangan dan bagaimana menjana duit. Ianya
hanya diajar dengan tidak formal dirumah menyebabkan banyak remaja akan
terperangkap dengan masalah hutang dari awal termasuk saya ketika itu.
Saya punya saudara yang sangat dihormati oleh ibu dan ayah
saya, dia akan djadikan contoh ibu saya
setiap kali bercerita tentang masa depan. Masa saya kecil, pak cik saya akan
bercerita dengan gembira gred gaji, manfaat perubatan kerja kerajaan, kemudahan
cuti , bonos dan lain-lain. Tetapi diakhirnya saya melihat beliau hanya punya
sebuah rumah banglo dan sebiji kereta yang masih ada hutangnya bila dia pancen.
Saya membesar dari zaman kanak-kanak ke zaman belajar di universiti.
Saya telah punya syarikat sendiri seawal saya tahun kedua di universiti. saya
mempunyai kedai komputer, saya punya kereta sewa, saya berniaga printing dan
banyak lagi semata-mata untuk menyara yuran pengajian saya dan pembelanjaan mak
di kampong dengan ayah sudah pergi buat selamanya, membuatkan saya cepat
matang.
Habis belajar di universiti,
saya bekerja. Sambil bekerja saya juga meneruskan minat saya berniaga. Walaupun
tidak mengganggu waktu kerja saya, tetapi saya dipandang serong oleh semua pihak.
Saya pasti ianya juga berlaku hingga sekarang dengan anda.
Pandangan serong dari keluarga, saya sudah mendapat ijazah
dan apa perlunya saya berniaga sendiri. Semua ketakutan diberi kepada saya
sebagai contoh penat, nanti rugi, dan lebih baik saya menumpukan dengan kerja dan
fokus dengan naik pangkat.
Pandangan serong dari masyarakat, jika berniaga ni macam tak
stabil le. Kalau ditanya dikampung. “baha kerja apa sekarang?”. Saya berniaga
mak cik. Terus berubah mukanya berkerut 1001 persoalan, biarlah jadi kerani pun
lepasan ijazah dan bergaji kecil itu lebih stabil dari orang berniaga, itu
pandangan mereka. Pandangan serong dari kawan, enjoy le nak buat apa kerja
sampai 7 hari seminggu jom le tengok wayang , hari minggu jalan dengan mak wa.
Pandangan serong dari majikan, walaupun pristasi anda sudah
sama dengan eksekutif lain dan waktu kerja anda sama dengan yang lain tetapi
perasaan sangsi dari pengurusan tetap ada. Menjadi satu dosa jika anda bekerja
dan mempunyai bisnes sendiri di luar.
Walaupun saya bekerja masa itu tetapi saya mempanyai
syarikat sendiri juga pekerja sendiri. Balik kerja dari jam 6 petang hingga waktu
malam, saya akan menghabiskan masa saya bersama pekerja saya mengaturkan itu
dan ini. Jika di bulan ramadhan saya akan menjual kuah raya, itu memang
kesukaan saya. 15 tahun lepas, saya
menjual kuih raya dengan hasil jualan 15 ribu sehari dengan pendapatan
yang lumaian. Saya akan ceritakan dalam bab “kerja sebulan makan setahun”.
Ramai orang memilih untuk bekerja dari berniaga. Mereka
melihat bekerja ini stabil dan mempunyai gaji tetap. Setiap bulan ada gajinya,
kurang resikonya.Saya kurang setuju, saya ada pengalaman yang banyak dalam
perkara ini. Bukan syarikat yang kecil sahaja yang tidak kukuh malahan syarikat
yang besar seperti bank juga mengurangkan pekerjanya dalam kegawatan ekonomi,
mereka tidak sepenuhnya stabil. Ramai kawan-kawan saya bergaji berbelas ribu
keatas, berpangkat, terpaksa keluar dari kilang atau bank atau tempat mereka
bekerja disebabkan kilang tersebut nak tutup pada tahun 1998 dulu. Mereka sudah
bertahun-tahun kerja di indastri itu dan sukar untuk mendapat pekerjaan lain
diluar.
Perkara yang menarik minat mereka bekerja adalah kelebihan
orang yang bekerja ini adalah mudah untuk mendapat pinjaman dari bank untuk
membeli kereta, rumah atau pinjaman pribadi. Walaubagaimanapun mereka masuk
perangkap hutang. Selain dari itu mereka memilih bekerja disebabkan kemudahan
perubatan yang ditawarkan . mereka juga
ada bonus setiap tahun. Jika bekerja dengan kuat dan akhirnya mereka akan
berpangkat dan dihormati orang. Masyarakat kita menghormati mereka yang berpangkat semasa bekerja.
Bersambung.....maaf dengan beberapa kesalahan ejaan dan
tatabahasa tak sempat edit.
2 comments:
salam tuan baha,
saya nak minta pendapat tuan ni..saya dalam dilema sebenarnya untuk membuat pilihan samada makan gaji balik atau terus berniaga..
Situasi saya sekarang mi masih berniaga di pasar malam, tapi mengalami masalah kemorosotan modal pusingan. Baru-baru ni dapat tawaran kerja dgn kerajaan, rasa hati terdetik untuk terima saja jawatan tu dengan harapan sepruh daripada duit gaji tu nanti saya boleh gunakan untuk topup sebagai modal pusingan bisnes saya tu..
Jadi saya tiada pilihan lain. Kalau saya tak terima kerja tu, saya mungkin kena pinjam lagi dengan adik beradik untuk buat modal.
jadi pada pendapat tuan, yang mana lebih baik untuk saya?
Assalamualaikum...tuan. saya inginkan pendapat tuan. Saya bekerja. Tetapi ingin meneruskan bidang perniagaan ibu dlm bidang makanan catering dan bisnes kecil kecilan. Sy suarakan kpd kluarga...mereka memahami. Tetapi majikan dan rakan2 tidak yakin dgn cadangan saya. Mereka risau jika saya gagal. Bgmana dgn kluarga..anak anak....kos sara hidup pendidikan dan perubatan tinggi sekarang. Tapi sy ingin beralih angin. Apa pendapat tuan. Tkasih
Post a Comment