Rahsia
Keajaiban Rezaki (1):: Percaya pada keupayaan diri dan berfikiran besar.
Dulu
saya berfikiran kecil, selalu saya takut dengan apa yang saya impikan. Rupanya bila
saya takut untuk bercita-cita besar saya semakin jauh dengan impian saya tadi. Semua
perkara yang saya impikan menjadi sukar dan susah untuk saya dapat. Menyebabkan saya akan terlalu kecewa jika
saya tidak mencapai apa yang saya inginkan.
Pada
masa itu, saya hanya percaya logic biasa. Sebagai seorang anak muda yang baru
habis degree cukuplah bergaji lima ribu, cukuplah sebuah kereta, cukuplah
mencari dan mengumpul duit untuk sedikit-sedikit
untuk bernikah. Saya tidak terfikir dan mungkin boleh pengsan jika diberikan
impian yang terlalu besar, contohnya “Aku boleh bergaji 30 ribu sebulan ,
memakai kereta Mercedes dan membeli rumah bernilai sejuta”. Walaupun pada masa
saya berumur 22 saya telah ada pengusahaan dan perniagaan sendiri. Saya menjadi
orang biasa-biasa. Saya yakin, anda juga begitu...Lalu saya menghampiri
kegagalan disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri.
Jika
hanya yakin pada diri sendiri itu namanya takabur...tetapi jika kita percaya
dengan diri sendiri dan yakin dengan kekuasaan Allah itu namanya iman. Saya
mula bergerak mempercayai dan berimpikan perkara yang besar-besar. Rupanya jika
keyakinan pada Allah bertambah dan
percaya semua nya datang dariNYA semua perkara yang susah dan mustahil tadi
menjadi senang dan mudah.
Saya
beri cntoh apa yang berlaku pada saya. saya mengimpikan untuk ke mekkah
menunaikan umrah dan haji. Saya fikir pada mulanya satu perkara yang sukar,
duit belanja, tinggal isteri dan anak, bagaimana kerja saya dan tentu jika saya
sudah tua baru dapat saya kesana.
Saya
menukar impian, saya berdoa untuk pergi
ke mekkah bersama keluarga saya, Allah tunaikan hajat saya hanya dalam 3 bulan
saya setkan impian tadi. tiba-tiba rezaki saya berlempah ruah, saya dapat
menunaikan umrah dan ditambah bonus dapat bersama semua 11 orang keluarga saya
bersama ibu saya dan dapat menaja mereka kesana. Bila dapat membawa ibu saya
yang sudah tua dgn berkerusi roda mencapai impian nya...setiap kali saya ingat
perkara ini saya akan mengalirkan air mata bersyukur. Alhamdulilah setiap tahun
dapat saya menghantar sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga saya ke Mekkah
...insyaallah saya nak seramai mungkin merasa pengalaman yang indah ke
sana..doakan saya
Anda
perlu berusaha, berserah, terima seadanya, ulang semula dari yang pertama. Saya
dan anda perlu bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Ramai orang yang saya
jumpa tidak mempunyai cita-cita besar. Mereka kata “saya tidak perlu kaya, saya
bersyukur dengan apa yg ada. Dah ada sebiji rumah, cukup makan dan pakai, boleh
hantar anak belajar...cukuplah. jadi kaya nanti susah..mungkin jadi sombong,
lupa Allah ...bla-bla”. Tetapi apa yang saya pelik, mereka masih bertungkus
lumus 8 jam bekerja mencari duit, ada yang berebut jawatan dan politik pejabat
semata untuk mendapat gaji lebih...eh jangan marah , jangan terasa..saya bukan
cakap anda....orang kebanyakan
Sebanarnya
orang seperti diatas tadi adalah orang yang ego dan pentingkan diri sendiri.
Dia hanya mementingkan dirinya sahaja, tidak memikirkan orang lain sekolah ke
tidak, makan ke tidak danseterusnya.. Jika dia makan, bagaimana jiran nya?,
jika anaknya belajar, berapa ramai orang yang tidak mampu lagi utk belajar. Apa
salahnya anda bercita-cita utuk memberi seramai orang belajar dengan memberi biasiswa
kepada mereka. Orang biasa akan berfikir bagaimana untuk mendapatkan penajaan
tetapi orang yang Berjaya berfikir bagaimana untuk boleh memberi biasiswa. Orang
biasa fikir bagai mana nak dapat perkhidmatan hospital percuma, orang yang Berjaya
berfikir bagaimana mahu membina hospital untuk diberi percuma kepada seramai
mungkin..dan seterusnya.
saya
selalu terfikir, saya memakai kereta, bagaimana boleh keluarga saya juga punya
kereta , sahabat saya punya kereta dan bagaimana boleh saya boleh membantu
mereka memiliki kereta. Saya berf impikan untuk kaya dan saya mahukan kayakan
seramai orang yang saya boleh, saya bersekolah, saha mahukan sekolahkan seramai
orang yang boleh....kenapa? anda tidak percaya?...saya percaya saya dan anda
boleh melakukanya. Jangan terlalu asik melihat dan bercakap kejayaan orang lain
sehingga terlupa anda juga mampu Berjaya.
Jadinya
bagaimana?. Anda perlu berkorban, mengubah tabiat dan berhijrah dari
sekarang...sekarang..sekarang...ya sekarang. Mulakan dengan yang kecil dan apa
yang anda tahu, tidak perlu modal besar, jadikan mulut, krativiti fikiran dan
tenaga anda sebagai modal pertama anda.
Kenangan bersama mak kat mekkah |
Saya
akan ceritakan sahabat saya yang jatuh dalam perniagaan nya, hilang segalanya
...dia tanpa modal, dengan keyakinan diri dan kepacayaan pada kekuasaan ALLAH
dia bangkit semula dengan lebih Berjaya dalam perniagaan...asalkan nak ....
Saya
hanya berkongsi cerita, maafkan saya jika ada pandangan yang keterlaluan..yang
baik dari Allah dan kurang baik itu dari kejahilan saya sendiri.
No comments:
Post a Comment