Aku, Dia dan sebuah Cinta
Sedutan dari yang lepas…
Kalau aku tegur kang, dia kata apa pulak ..nak apa! ,malu aku je. Lagi pun aku orang kuat kolej tu ..kena jaga nama. Tak ada kait mengait pun, tak tentu pasal je aku nak tegur dia. Nak tulis surat…lagi malas, kat kakak aku ngan mak aku pun aku tak tulis surat lagi pun tulisan aku buruk. Keadaan tu berlanjutan sampai hampir 3 bulan dan aku dah nak periksa ..susah ni aku kena juga pi jumpa dia, cakap “hai” je pun jadi le. Pasal aku takut dia mengganggu aku masa aku nak tumpukan pada peperiksaan nanti.
Satu hari tu, aku tekad nak jumpa juga dia.
Malas aku nak simpan rasa ni lelama dan aku buang sikit ego aku…macam biasa aku tunggu dia ni (yang aku tak tahu nama) kat kantin asrama dan macam dijangkakan dia tiba dengan 3 rakan baiknya. Aku pepura ambil makanan juga..dia beratur betul-betul kat belakang aku je..berderau darah aku dan macam-macam aku fikir nak tanya ke tak dan nak mulakan pertanyaan macam mana dan aku pasti dia tak tahu apa-apa pun kerana dengan muka dia yang tenang je. Tu yang aku tension tu aku dok tergila-gila kan dia je . tetiba “bang, nak lauk apa bang…” terkejut aku bila budak kantin tu tanya aku .. yang sedang mengelamun jauh. Aku ambil lauk dan duduk menyuap makanan perlahan sambil mata lebih tertumpu dan merancang macam mana cara aku nak cakap dengan dia.
Sambungan minggu ni…
Selalu dia makan kat situ dengan kekawan dia, hari tu boleh bungkus pulak. Nasi aku belum habis separuh pun.. dia dah nak balik..macam mana ni. Dalam hati aku, “ini je pulung terbaik aku” dan aku terus basuh tangan dan mengejar dia sebelum dia keluar pintu. Aku sampai ke pintu dulu dan dalam otak aku nak cakap dengan dia kat depan pintu tu ..ah tak kisah la apa orang nak kata.
Aku bukak je pintu dan aku suruh dia keluar dulu bersama rerakanya. Dia senyum kat aku, yang tadi terkobar-kobar nak bertegur sapa tetiba macam api terpadam disiram air bila aku lihat dia senyum kat aku dan dia berlalu begitu sahaja……aku, lari balik masuk bilik , tekap bantal kat muka dan menjerit tension aku tak dapat juga cakap dengan dia.
Malas aku nak layan perasaan aku ni dan sesekali aku rasa bebetul bodoh, aku suka orang yang aku sedirian tak tahu nama dia pun…. dah hampir 3 bulan…nak cerita kat sapa. Dengan mak ..hai sorry le tak kan aku cerita..lagi le dia marah pasal aku belum habis lagi belajar dan saja je aku kena letir dia kang . Walaupun begitu kesibukan ku berniaga, berpersatuan, belajar, buat kertas kerja, final year projek sedikit sebanyak membantu aku melupakan dia….dia yang aku tak tahu nama, dia yang aku tak tahu asal dari mana, dia yang aku tak tahu belajar apa..semua aku tak tahu yang aku tahu aku suka dengan dia.
Satu hari aku keluar dengan hassan, kami ke perpustakaan. Dalam perjalanan hassan nampak kawan-kawan perempuan sekuliahnya yang aku rasa macam kenal je. Aku saja menyimpang kejap ke tandas, saja nak mengelak dari mereka. Hassan pergi ke perpustakaan sendirian dan aku datang kemudian. “tu le budak yang aku selalu cerita dengan ko dalam bilik tu, baru aku nak kenal kan ko” terang hassan, “ko pergi mana tadi”. Kalau le itu budaknya, sah aku kenal..rupanya awin namanya. (dalam hati). Aku pepura mengangguk-angguk macam tak berminat nak teruskan cerita dan terus menumpukan perhatian penuh dengan buku yang aku baca yang sebenarnya fikiran aku melayang tah kemana.
SIAPA DIA NI?
Siapa le dia ni, buat aku macam ni….aku tak nak berterusan macam ni dan aku rasa bengang sangat. Yang lagi teruk bila kawan sebilik aku pun suka kat dia…hai hassan ko ambil le ..aku pun tak nak. Makin aku cakap macam tu makin teringin-ingin pulak aku nak kenal dengan dia yang dulu aku tak tahu nama sekarang aku dah tahu hanya namanya … awin. Lagi membakar hati aku bila mereka(kekawan hassan) dok selalu menyebut nama awin dalam bilik kalau berbincang tantang kuliah mereka .Aku yang dalam selimut buat-buat tidur pasang telinga dengar cerita mereka. Katanya awin ni power berbahasa arab, dan menjadi rujukan sekelas mereka. (anak pak arab ke dia ?…tak de pun..rupa jawa ada le). Tak sangka betul, orang yang dalam cerita mereka rupanya orang yang sama, “dia” yang aku suka.
Dengan komputer aku taip surat..menyusun kata. Tak kan nak jiwang sangat tulis surat pertama. Tak jadi… tulis tangan , tak cantik pulak…baru tulis 2 – 3 baris dah aku koyak buang sahaja dan aku pastikan kesan-kesannya tidak akan dibaca oleh hassan. Setelah mencuba dengan pelbagai cara akhirnya dapat aku hasilkan satu surat yang helaiannya 2 muka. Aku masuk sampul dan aku kirimkan pada dia melalui kawan aku tanda “salam pengenalan”. Aku tahu dia tentu tak cam aku tapi mungkin dia kenal aku pasai aku aktif di asrama ni..itu je harapan aku..lain le kalau buat-buat tak kenal.
Dari sehari ke seminggu, dan dah 2 minggu surat aku tak berbalas. Aku ni kira tak tahu le nak cakap…aku sendiri je yang tahu bila tiap sejam aku akan ke pos box mana le tahu ada surat untuk aku. Aku dah mula berprasangka yang bukan-bukan..aku bukan le tergila sangat, Cuma hulurkan salam perkenalan je…tak kan le tak boleh..dalam benak fikiran aku macam-macam mengganggu dan aku mula tak suka, benci dan kekadang aku rasa macam budak kecik yang emosi.
Tapi aku fikir balik..sapa le aku, aku bukan abang dia, aku bukan adik dia, aku bukan kawan baik dia, aku bukan sedara-mara dia…yang aku nak paksa dia balas surat aku, dan terpulang le pada dia nak balas ke tak.. apa maknanya ..dah le tu..4 bulan masa aku buang gitu je…banyak aku habis masa dengan berfikir pasal yang bukan-bukan…back to normal. Banyak aku tak buat kerja aku..Alhamdulillah pelajaran aku tak terganggu. Stop dan tamat cerita dia……sampai disini je aku jiwang…ko dah tak nak tak pa. Aku dah tawar hati.. terima kasih , aku dapat diri aku semula.
Satu hari balik dari kuliah, masuk je bilik aku terlihat satu surat yang jelas tertulis KEPADA SDR XXXX , BILIK 205, BLOCK D. surat sapa le pulak ni…, kenapa tak tulis nama pulak…
Nak lagi tak ?