Motivasi :: Biz ada tiga level (1) Anda perlu pandai cari duit (2) Dah ada duit, anda perlu panda cari projek yg buat duit (untung banyak) (3) level terakhir, anda perlu pandai mencari org yg membuat duit utk dia dan anda. Anda berada di level mana?
Saya belajar dgn tok guru saya 3 tahun lepas, dalam biz dan perlaburan anda harus mengunakan kesempatan yg datang di depan mata, sekarang. Usah tunggu utk memperolehinya dan berusaha utk berjaya. Mungkin org lain, nasibnya tidak sebaik anda.
Motivasi :: Biasanya org yg berjaya adalah mereka yg sanggup menyusahkan diri dan suka dgn cabaran. Sebagai contoh, dia boleh memilih relax tapi mereka yg berjaya akan lapar menuntut ilmu (buat master, Phd). Org yg berjaya berani pinjam bank dan berniaga dll.
Org cina : tahu bahasa english, bahasa ibunda mereka, bahasa melayu; Org India : bahasa tamil, bahasa melayu dan english. Tapi anak melayu hanya tahu 2 bahasa english and melayu...rugi-rugi, bila nak untung
Nasihat :: Kepada anak muda, usahalah untuk anda berumah tangga sebagai pelengkap kesempurnaan hidup di dunia. Pi cepat-cepat khawin...
Pengalaman :: Kebiasaanlah sebenarnya anda meminati @ suka dgn seseorang. Orang juga boleh suka dan tidak suka pada anda dgn pelbagai sebab. Apa yg perlu bagi anda adalah ikhlas dalam bekerja, bersahabat, berpolitik, bersukan dll. Jangan menolak-nolak orang lain, kalau perlu tarik mereka bersama utk berjaya.
2 dari rukun islam sebenarnya mensyaratkan kita kaya untuk memenuhinya. Ia sebagai motivasi agar kita berusaha dengan gigih supaya jadi kaya dan dapat tunaikan kedua rukun ini, jika tak cukup tiang, sengetlah rumah kita. Hadis riwayat muslim yang bermaksud:
“dari Ibn. Umar r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar, iaitu mengucap dua kalimat syahadat bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan allah dan bahawa nabi muhammad itu pesuruh allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan ramadan dan mengerjakan haji ke baitullah”.
Nasihat :: Anda seorang pemimpin @ anda nak jadi pemimpian. Anda perlu bersedia memikul tanggungjawab, berfikir dan menyelesaikan masalah. Itu memang kerjanya, jadi jangan le pening...."Nasihatkan diri sendiri".
"Rupanya betul , berfikir sebentar lebih baik dari terus berkerja tanpa henti"
Nasihat 4:: memang 9/10 rezaki dari berniaga tetapi bukan semua orang boleh berniaga. sebenarnya kita (org berniaga) diberi tanggung jawab untuk menyimpann dan mencari rezaki utk orang lain.
Nasihat Nasuha 2 :: Jangan meminjam, perkara yg harus dicepatkan dalam kehidupan kita sebagai seorang islam adalah solat dan membayar hutang. hj nasuha tidak meminjam langsung dari bank dan menggunakan seluruh modal dari tangan dan fikiran nya.
Nasihat :: Jangan terlambat untuk berbuat sesuatu. Jika anda masih mempunyai ibu bapa sayangilah mereka seadanya. jika anda masih sihat, jaga lah kesihatan. jika anda masih senang, bersyukurlah , solat jangan sampai Allah murka dgn perbuatan kita sendiri. Buatlah sekarang dgn semua perkara baik sebelum terambat....
Nasihat :: Anda masih bekerja, bersyukurlah. Cintailah apa pekerjaan anda sekarang. Cuba bayangkan bagaimana mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah, pemotong rumpu, mereka lebih tekun. Jika anda bekerja bergaji kecil pun sekarang anda masih berpeluang untuk berubah satu masa nanti...anda harus bekerja dgn ikhlas dan senyum selalu.
Info agama :: dalam perjalanan balik kerja, saya dengar taskirah magrib. Kita perlu bertanya siapa diri kita sebenar? kita selalu tunjuk dan tanya siapa mereka? kenapa perangai mereka buruk, kenapa anak mereka buat macam tu, kenapa mereka malas solat, kenapa remaja ini dan itu. sekarang tanya diri kita, siapa kita. Adakah perangai kita betul , supaya kita tidak banyak menyalahkan orang lain. Sama-sama ingat mengingati
Tips :: Bayangkan dan wujudkan perkara-perkara yang mengembirakan di tempat kerja untuk mendatangkan semangat anda ke tempat kerja dan memjalankan ibadah kerja dengan sempurna. Selesaikan semua kerja-kerja dan jangan bertangguh, perkara bertanggung menyebabkan anda berserabut dan tidak ceria memulakan kerja untuk esoknya...selamat bekerja.
No comments:
Post a Comment