Tuesday, July 30, 2013

Anda perlu berubah


Satu ketika dulu guru saya memberikan kertas soalan yang sama untuk kami jawab. Salah seorang dari anak murid bartanya “mengapa soalanya sama dengan soalan tahun lepas”. Dengan senyum dia menjawab, soalannya memang sama tetapi jawapannya berbeza dari tahun lepas. Semuanya tercenggang dengan jawapanya.

 Setelah kami menjawab kertas Solana tersebut, guru saya mengambil kertas semua muridnya.  Beliau memulakan kuliahnya. Dunia ini akan banyak perubahan, ada 3 perkara yang berlaku hari dan esok. Pertama,  Ada banyak perubahan dalam masa hadapan. Kedua, ada banyak persaingan masa hadapan dan yang ke-tiga, ada lebih banyak peluang yang akan datang dimasa hadapan. Sesiapa yang sanggup berubah sahaja yang sentiasa menang.

Saya berikan contoh, satu ketika dulu industri kilang kereta kuda sangat popular masa itu. Sedikit demi sedikit indastri itu mula lapuk dan hilang ditelan zaman. Begitu juga 20 tahun dahulu pengalaman saya untuk mendapatkan duit melalui bank dan terpaksa beratur tiba-tiba adanya mesin ATM di dinding-dinding yang mulanya kecoh dengan pelbagai resiko konannya dan banyak pekerja bank diberhentikan dan mempunyai peluang yang lebih gemilang dari diluar.

Sekarang ada kereta, apa akan jadi dengan industri kereta masa depan? Sekarang ada mesin ATM, sekarang dah mula orang guna on-line banking untuk membeli. Ianya berubah mengikut zaman. Menyebabkan persaingan sentiasa berlaku.
Saya kaitkan dengan teori perniagaan yang saya belajar 20 tahun dulu, katanya perniagaan mahu berkembang perlukan sekurangnya 3 tahun. Tetapi dengan adaya internet mungkin satu-satu produk boleh dikenal bakal pelanggan kurang dari 3 bulan, itu mungkin.

Sebenarnya saya mengajak anda untuk berpandangan jauh dalam kehidupan dan perniagaan, apa yang anda dapat hari ini sebenarnya apa yang anda fikirkan semalam atau sebulan lepas atau setahun yang lepas. Maksudnya anda perlu melihat masa depan anda lebih jauh dari jangkauan anda. Ini secara automatic menyebabkan anda sentiasa berubah kepada yang lebih cemerlang.

Satu kajian dibuat keatas 300 orang lelaki dan wanita yang Berjaya dalam pkerjaan mereka diusia muda di US tak lama dulu, antara soalannya adalah “ Apakah titik perubahan dalam kehidupan mereka sebelum ini”, 299 orang menjawab “saya berubah dari kegagalan saya yang lepas, dengan hilang pekerjaan tanpa disangka”.
Mereka terpaksa menjadi yang terbaik dan cemerlang kerana memikirkan kehidupan mereka, kewangan mereka lebih stabil kerana sudah pandai menyimpan tika waktu sukar dan mereka lebih berhati-hati dan lebih berani dalam membuat keputusan.

Itu semua perubahan. Ya kita perlu sentiasa berubah mengikut zaman, apa tidaknya ibu bapa kita tidak ada duit sebanyak kita sekarang beratus ribu dan bahkan berjuta tetapi masalahnya zaman juga berubah disebabkan harga barang juga naik mendadak.

Anda akan menjadi seorang yang gembira apabila anda berpandangan jauh.  

Sunday, July 28, 2013

sikap sinis

Dairi Usahawan Muda 

Anda tidak akan dapat menambah duit jika tidak mula berniaga atau tidak mahu melabur. Selalu kita dengar dikalangan kawan-kawan berniaga mereka berkata "aku berniaga tak mahu rugi". Persoalanya siapa berniaga nak rugi tetapi jika anda tidak mencuba, anda langsung tidak akan bergerak kemana-mana.

Empat tahun dulu, bila saya memulakan perniagaan ramai juga rakan saya bertanya apakah perniagaan yang terbaik masa itu. kadang-kadang saya memberi 100% formula dan peluang kepada mereka untuk mereka mendapat untung. Malangnya keesokan harinya mereka datang dengan tangan kosong dan mengatakan membatalkan untuk bertindak seterusnya. saya tidak jadi masalah...

Contoh satu kes dulu, saya diberi peluang satu pemaju untuk membeli rumah kedai tiga tingkat yang sudah separuh siap dengan harga permulaan 1.4 juta. rumah kedai itu sebenarnya telah dibooking oleh orang lain tetapi orang itu tidak dapat pinjaman dari bank. saya nampak peluang yang sangat baik kerana sebenarnya jika siap sahaja rumah kedai itu dalam masa 1 tahun lagi harganya akan melambung ke 2 juta, ini kerana berdasarkan kajian pasaran di sekitar itu. Pada masa itu saya membari peluang kepada beberapa rakan untuk mencuba nasib. Mereka sangat gembira dengan peluang yang saya berikan tetapi malangnya keesokan harinya mereka akan datang semula menyatakan mereka tidak sanggup menanggung resiko dengan pelbagai alasan.

Setahun berlalu saya lihat semua rumah kedai itu, berpuluh panggilan saya terima menawarkan harga yang lebih tinggi dari apa yang saya sangka. Ada juga rakan-rakan saya menyatakan penyesalan tidak mencuba nasib dulunya, "nasi sudah menjadi bubur". Saya tanyakan mengapa mereka takut membuat keputusan itu sebelum ini, mereka berkata mereka dengar dari isteri, jiran dan saudara mara mereka tentang perkara itu. soalan saya lagi, adakah mereka yang memberi pandangan tersebut adalah mereka yang telah menceburi bidang hartanah dan mahir dengan perkara itu. Jawab kawan saya , tidak. Saya katakan pada kawan saya yang dia tersalah dengar nasihat.

perasaan sinis atau "bunyi bising" ini selalu akan kedengaran jika anda mahu membuat keputusan-keputusan penting. Itulah biasanya anda melihat usahawan dikatakan keras kepala dan degil payah nak dengar cakap orang, kadang-kadang perkara itu betul. jika usahawan tidak mahu mengambil resiko bagaimana untuk mendapat peluang. Pandangan sinis diri sendiri dan orang lain selalunya akan memakan diri sendiri.

coach bahar

Wednesday, July 24, 2013

Menilai potensi diri sebenar..



Satu hari tak lama dulu ada cerita menarik. suatu pagi kereta saya tak boleh start, jadi saya call workshop yang berhampiran rumah saya. kurang 10 minit seorang muda muncul. Saya bersamanya berbual sambil dia melihat apa masalah Mercedes lama saya. Dia ambil masa kurang setengah jam untuk selesaikan masalah yang berlaku dan memberi penerangan terperinci tentang apa yang berlaku dengan kereta saya.

Saya jemput dia minum, dia menolak dengan baik dan berkata ada banyak kereta yang perlu dia perbaiki di workshop..dia perlu pergi dulu. Saya tanya adakah workshop itu dia yang punya, jawabnya bukan, dia hanya bekerja sejak 7 tahun dulu selepas SPM. tahniah, staf yang sangat bertanggungjawab.

Saya tanya lagi "berapa dia dapat bayaran sebulan di workshop itu?", dia menjawab RM900. Saya tanya lagi, bolehkah jika saya tawarkan RM2000 sebulan untuk dia dan bekerja dengan workshop kawan saya, matanya terbeliak. Dia senyum suka, dan mahukan kerja itu. Saya memegang bahunya, usah begitu...nilai awak sebenarnya RM5000 sebulan. dia lebih teperanjat dan mengatakan gaji itu terlalu besar baginya.

pelajaran ini panjang dan sukar difaham, tetapi saya cuba ringkaskan. anda cuba elakkan dari terperangkap dengan perangkap paling besar dalam hidup. ramai antara kita bekerja kuat dan lebih kuat untuk mendapat lebih duit. bangun dari tidur, bekerja dan membayar bil, esok hingga bulan depan buat perkara yang sama. mereka kata mereka selesa. Jangan marah, saya juga begitu mulanya.

Perkara ini berlaku kerana dua perkara iaitu sifat takut dan tamak. ramai orang takut tidak bekerja dan tidak punya duit. mereka akan ambil apa sahaja tawaran yang datang di depan matanya tanpa belajar apa-apa. setelah mereka sedikit selesa mereka mula tamak. mereka akan bekerja lebih keras untuk mendapat duit lebih. Salah satunya adalah mengejar imbuhan yang lebih besar dari apa yang ditawarkan sekarang.

Mereka dapat duit yang lebih dan mereka akan membayar bil lebih dari biasa dan esoknya tidur dan bangun untuk bekerja semua. Saya tidak bermaksud perkara yang anda buat selama ini keseluruhannya salah.

Jika anda mula tamak dan anda takut semula selepas itu tamak lagi dan lagi, anda sebenarnya tidak akan nampak kekuatan dan potensi pada diri anda. Anda hanya menilai diri anda dengan angka, berapa cukup dan macam mana nak tambah lagi kasi cukup. Anda lupa yang sebenarnya anda boleh memperolehi berganda-ganda dari apa yang anda dapat sekarang asalkan anda keluar dari keadaan "takut dan tamak". anda perlu mula fikirkan dengan pengalaman anda boleh memperolehi pendapatan lebih, gunakan akal dan mata hati.

Setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun anda nampak sibuk tetapi hanya sibuk mengejar impian orang lain. Saya sebutkan pada adik tu "fikirlah dik, saya lihat kepakaran anda lebih dari nilai yang anda terima sekarang. Perkara pertama adalah kemahuan, berani tanggung resiko dan lakukan sahaja, adik pasti berjaya. bukan RM5000 mungkin adik boleh bergaji RM50,000 sebulan dan hantar mak pergi haji tahun depan." dia tersandar dan termenung....

Dua tahun berlalu saya sudah lihat dia sudah mulakan langkah pertama dengan berhijrah dan membuka bengkel nya sendiri kecil-kecilan. Moga dia berjaya.. Anda bagaimana, berhenti sebentar dari membuat kerja dan berfikir...seminit jadilah. saya doakan anda berjaya di dunia dan di akhirat.

Belajar dari pengalaman
Coach Bahar

Saturday, July 13, 2013

Modal yang paling berharga adalah minda

Beberapa hari yang lalu saya didatangi seorang sahabat baru saya kenali. Perbincangan kami berkisar tentang kegagalan bisnes beliau. Beliau telah membuka bisnes sejak 6 tahun yang lalu. Beliau seorang yang gigih dan rajin bekerja. Beliau telah membuka ladang menternak ayam. Mempunyai reban ayam yang boleh menampung 100,000 ekor satu-satu masa. Masalahnya semua tenaga dan modal telah beliau curahkan, semuanya habis. katanya "berniaga bukan boleh menambah, ini saya berniaga habis semua harta menyusut". Beliau kelihatan sangat tertekan.

Saya hanya mendengar keluhan tersebut. tetapi saya sebutkan beliau yang beliau tak perlu risau. Saya katakan pada beliau yang modal utama dalam perniagaan adalah minda. Minda yang kita asah dengan pengetahuan menjana wang akan boleh mengandakan berpuluh kali modal yang sebelum ini lebur sebelumnya. Jadinya jangan lah terlalu risau dan tertekan.

Saya minta jangan terlalu takut kerana kadang-kadang ketakutan yang melampau dan berlebihan akan menjadi halangan terbesar bagi seseorang itu menyerlahkan kepintarannya.

Saya beri contoh, pelajar yang tahu menjawab soalan melalui kertas peperiksaan tetapi gagal menerangkan dengan baik kerana takut bercakap. Tak guna juga ilmu berbakul-bakul kalau takut untuk bertindak. Dalam abad ini, bukan orang pandai tampil kehadapan tetapi mereka yang berani.

Saya minta dia berfikir, berfikir dan menyelesaikan masalah beliau. jadikan pengalaman yang lepas sebagai satu sesi pelajaran untuk beliau lebih matang dalam mengharung bisnes yang lebih mencabar.

Friday, July 12, 2013

Jangan bekerja kerana duit.

Jangan anda bekerja kerana duit, anda perlu bekerja kerana anda perlu belajar sesuatu. Jika anda bekerja kerana wang, biasanya anda tidak akan puas dengan apa yang anda dapat. Anda kurang gembira jika gaji anda lambat sehari dan anda akan menunggu-nunggu duit yang akan diberi. Ramai orang akan melakukan perkara yang sama. Meminta-minta dinaikan gaji, bonus setiap bulan dan setiap tahun. Berapa banyak pun anda dapat, ianya tidak akan cukup. 

Ramai yang memilih untuk bertahan dalam kerjanya kerana takut keselesaan yang ada sekarang terjejas, takut tak boleh bayar bil, takut kereta ditarik, takut itu dan takut ini. Menyebabkan mereka sangat takut di pecat atau hilang kerja, takut terpaksa bermula dari bawah semula. ramai orang menjadi hamba duit dan marahkan majikan sendiri. Anda marah tak majikan anda sekarang? , selalu tak menyumpah dan mengata majikan anda, semua nya majikan tak betul....moganya tidak. 

Sedar atau tidak sebenarnya lama kelamaan anda bekerja kuat dan kuat untuk orang lain. Anda bekerja untuk kerajaan, anda bekerja untuk bayar hutang bank dan anda bekerja untuk majikan anda untuk anda mendapat lebih wang. Anda tidak bekerja untuk diri anda sendiri.

Putaran itu semakin ketat dan anda semakin takut dan tamak. Gaji anda dipotong setiap bulan untuk cukai, anda membeli itu dan ini dipotong cukai atau dikenakan faedah...salah-salah cukai dan faedah juga bunga bank itu tetap berjalan walaupun anda telah meninggal dunia. Anda sudah faham sekarang?

Jadi, sekarang anak-anak muda sekelian bekerjalah. Tetapi anda bekerja untuk diri anda sendiri. Carilah sebanyak mungkin ilmu untuk kehidupan dan lebih penting anda bekerja untuk belajar. anda perlu belajar dari sekarang bagaimana "duit boleh bekerja untuk anda" dan bukan lagi bekerja untuk mendapat duit. Anda tidak akan lepas dari berharap dan susah hati

Tuesday, July 2, 2013

Nak ke Tak nak?

hanya mengejar impian orang lain, menyebabkan anda lupa impian diri anda sendiri. Apa yang anda NAK dan apa yang anda TAK NAK?. 

Anda nak banyak duit, anda nak hantar mak pergi haji, anda nak banyak masa dengan anak-anak, anda nak bercuti sambil pegang tangan isteri anda atau suami anda, anda nak pakai kereta. ITU semua pilihan anda.

Mungkin anda tak nak berkejar pagi-pagi keluar rumah setiap hari pergi kerja sesak ditengah ibu kota, mungkin anda tak nak duduk rumah yang dua bilik sedangkan anak dah ramai, mungkin anda tak nak nampak senang bertali lehir tapi hujung bulan dikejar bank. mungkin...mungkin..mungkin...mungkin anda tak nak

jadi anda perlu berubah dan menukar cara hidup anda dengan lebih REALITI, benar ianya benar. Jika anda sudah bahagia hidup anda sekarang, tahniah kerana anda sudah dapat apa yang anda nak dapat.

senyum sikit...lagi sikit.......lagi nampak kan gigi tu..baru lah ceria.

Anda bersedia untuk berniaga?

Anak benih 

Kesanggupan untuk mengambil risiko adalah teras utama seorang usahawan. Ini adalah kerana tidak ada jaminan langkah yang anda lakukan berjaya atau sebaliknya. Anda perlu berani menerima kegagalan. saya tidak ada niat untuk menakut-nakutkan anda, tetapi ianya adalah benar. Berniaga ada seninya, ada orang kata berniaga ini seperti memperjudikan nasib. Saya kurang setuju, berjudi anda tidak boleh merancang untuk menang dan 99% menang adalah dari nasib. Berniaga anda punya panduan, buku dan rakan untuk anda merancang untuk menang.

Semakin besar cita-cita anda, besarlah risiko yang harus anda tanggung. Disini perkara yang juga anda harus hadapi adalah penilaian dari masyarakat. mereka menilai anda dari kejayaan atau kegagalan anda. jika anda berjaya dalam berniaga maka anda akan direstui dan dicontohi juga didekati, sebaliknya jika anda gagal anda akan jatuh dengan teruknya. risiko ini ramai yang takut untuk hadapi. Jika anda takut anda tidak boleh jadi usahawan luar biasa.

Sebenarnya masyarakat boleh membantu dengan tidak menghina dan mencurigai mereka yang telah gagal kerana sebenarnya mereka berani mencuba untuk mencapai matlamat mereka.

Sebagai usahawan, saya telah berjaya dan saya juga pernah gagal dalam percubaan saya. Itu semuanya adalah perjalanan mematangkan saya dalam menghadapi hari-hari yang mendatang membuatkan saya suka dengan cabaran dan risiko. Pengalaman yang lebih bernilai adalah pelajaran dan pengajaran yang anda perolehi. pelajaran dan pengajaran anda selalunya terima dari kegagalan masa lalu.

Saya teringat seorang peserta seminar saya setahun yang lalu. dia seorang pencen swasta dan berpangkat. dia bersara dengan duit simpanan lebih setengah juta. Malangnya semuanya habis dan hilang sekelip mata kurang dari 6 bulan. perkara itu gara-gara dia mulakan perniagaan jualan langsung(maafkan saya tidak semua MML tidak baik) yang menipu. Dia datang kepada saya dengan penuh kekesalan dan kecewa, tidak tahu dimana mahu bermula. lebih teruk lagi dia terasa disisih keluarga dan rakan-rakan, mungkin itu perasaan orang yang sedang kecewa.

Saya tidak boleh memberi apa-apa nasihat kecuali bersabar dan terus berusaha. saya minta beliau untuk lupakan masalah dia yang lama kerana jika beliau masih teringat dengan masalah lama beliau tidak boleh bergerak kehadapan. saya memberi beberapa idea, jika dia sudah kekeringan duit lihatlah modal apa yang ada. Beliau berkata dia hanya ada fikiran, tenaga dan kereta. Jadi saya minta dia membeli anak benih pokok buahan dan menjualnya di pekan tempat dia tinggal atau dipasar malam atau pun dihadapan bank.

Soalan pertama beliau "mengapa anak pokok buahan".
jawapan saya :
1. pertama dia masih ada kereta untuk mengangkut
2. harga anak pokok buahan yang di beli di pemborong yang betul hanya semurah RM3 sepokok
3. Harga pasaran adalah RM15-20 di pekan dengan benih baik
4. Dikawasan dia tinggal sekarang banyak kawasan luas dengan tanah, dan kebetulan beribu ekar tanah perancangan dalam prosos tanaman semula sawit. jadi tuan tanah tentu akan beli sekurangnya sepokok durian untuk anak cucu mereka masa depan. Syarat pertama dia perlu sanggup menjaja dan tidak perlu malu.

Beliau buat apa yang saya cadangkan, alhamdulilah beliau suka dengan pekerjaan baru beliau dengan mendapat untung bersih RM200 sehari dengan menjual anak pokok. saya tak tahu sekarang beliau buat apa, tetapi yang saya pasti beliau belajar dari kegagalan dan percubaan pertamanya.

Berniaga biar dari kecil, berkembang menjadi besar. Seni perniagaan ini perlu dipelajari dan bukan dari buku dan kuliah semata-mata.

Coach bahar