Saturday, March 30, 2013

Tip untuk berjaya :: TAKUT TETAPI TETAP MELAKUKANNYA

Ketakutan sebenarnya ciptaan sendiri, jika anda dapat mengawal diri anda dengan baik anda akan menjadi lebih berani. Biasanya anda terlalu membayangkan resiko sesuatu perkara yang akan berlaku jika anda gagal dalam percubaan tersebut.

anda akan merasa takut dalam beberapa keadaan dibawah ::
- datang ditemuduga kerja
- meminta nak gaji dengan bos
- mengambill peperiksaan akhir
- memulakan perniagaan baru dengan modal yang tinggi
- bermain payung terjun
- Menyatakan rasa cinta pada pasangan yang baru anda kenali

Saya beri contoh pertama, datang ditemuduga kerja. Anda belum pasti pun siapa yang akan menemuduga anda, suasana, soalan yang ditanya, semuanya anda tidak pasti tetapi anda sudah seram sejuk kerana anda merasa sangat takut. Lebih-lebih lagi anda dibayangkan mereka yang menemuduga anda adalah beberapa orang yang mukanya garang, berbahasa ingeris, bertanya soalan teknikal dan menyebabkan semua resiko itu akan menggagalkan anda mencapai impian anda untuk bekerja di situ.

Anda pula teringat akan beberapa kelemahan anda yang mungkin orang tak tahu pun misalnya anda tidak fasih berbahasa inggeris, keputusan univeristi anda sederhana dan lain-lain lagi. Ketakutan itu semua akan menutup kehebatan anda walaupun anda mempunyai beberapa kelebihan lain.

saya ajarkan, cuba anda berfikir lebih positif, senyum dan fokus untuk meyakinkan mereka yang anda adalah orang yang paling tepat mereka pilih untuk pekerjaan ini. Anda ingat dengan kekuatan anda iaitu seorang yang peramah, pernah mewakili sukan hingga keperingkat negara, anda seorang yang baik dalam bidang pemasaran, anda ini seorang yang cantik semua orang sukakan anda.

Anda hilangkan sedikit rasa berharap untuk kerja ini dan bercakap dengan diri sendiri "banyak kerja lain lebih baik untuk aku, rugi kalau deorang tak ambil aku bekerja sebenarnya". Tiba-tiba diri anda akan menjadi yakin, seperti mahu terbang dan seperti baru makan ubat power. sebenarnya anda menjadi lebih BERANI. buat untuk semua persoalan tadi sebagai latihan untuk menghilangkan rasa takut.


Rangkaian D'impian Group


Rangkaian D'impian Group dari 2009 hingga 2013 

Tip untuk berjaya :: Anda perlu berasa TAKUT.


Tip untuk berjaya :: Anda perlu berasa TAKUT.

Kebanyakan orang akan rasa takut untuk melakukan sesuatu yang baru dalam hidupnya lebih-lebih lagi dia merasakan hidupnya sudah didalam keadaam selesa. Kebanyakan kejadian ketakutan ini berlaku kerana perkara yang kita mahukan dan impikan itu adalah perkara baru dalam kehidupan kita. Kebanyakan perkara yang baik akan diperolehi dengan kerana anda berani menghadapi resiko. “jika tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya” .

Saya perhatikan semua orang yang Berjaya adalah mereka yang berani melakukan sesuatu yang baru. Ramai sahabat saya berani melabur dan berniaga walaupun banyak resiko yang dia perlu hadapi. Mereka yang masih ditakuk lama pula adalah mereka yang sentiasa memberi alasan dan masih berasa takut untuk bertindak. Dalam percubaan-percubaan itu ada yang Berjaya dan ada yang gagal. Ada yang menangis dan ada yang ketawa.

Saya pernah menggunakan semua duit simpanan saya, meminjam dari kakak dan ibu saya dan berhutang dengan pembekal untuk berniaga kuih raya 15 tahun dahulu. Saya tahu resiko yang saya akan hadapi jika saya gagal. Walaupun saya tidak langsung mempunyai pengalaman dalam berniaga kuih raya di shopping mall ketika itu tetapi saya tetap melakukan nya.

Saya rasa takut, menyebabkan saya lebih bersedia. Saya akan berusaha sedaya upaya siang dan malam kerana harapan saya tinggi. kalau tidak gelaplah masa depan saya dengan berhutang disana sini dalam waktu yang masih muda. Saya berani membeli kuih secara pukal berlori-lori untuk dijual musim raya. Saya melakukan nya kerana saya mempunyai pengharapan yang lebih jelas.

Ketika itu umur saya baru 22 tahun dengan hanya seorang lepasan ijazah univerisiti. Saya mahu mengukuhkan kewangan saya untuk saya berkhawin dan mencari kewangan dengan cepat. Jika saya bekerja, bilalah pula saya boleh mengumpul duit hantaran dan duit belanja. Saya selalu berfikir tentu ada jalan atau perkara yang lebih senang mencapai matlamat saya dari menggunakan jalan biasa. Menyebabkan keberanian saya melebihi ketakutan kerana saya punya visi yang jelas. Ini hanya contoh untuk anda lebih faham.

Dalam kehidupan anda perlu ada ketakutan dan lebih perlukan keberanian untuk anda capai impian anda. Semua perkara ini adalah percubaan-percubaan kecil dalam hidup bagi menentukan anda Berjaya. Tidak ada perkara yang ajaib akan berlaku pada anda, seperti bangun tidur esok hari anda tiba-tiba anda kaya kerana malam tadi ada seseorang tua datang dalam mimpi anda dan memberikan harta. Anda perlu bertindak mencapai impian anda. Untuk Berjaya adalah pilihan dan untuk hidup biasa-biasa juga pilihan anda. 

Monday, March 18, 2013

March :: Business Plan Canvas Workshop

TAWARAN HEBAT >>>>>>>>>>>>Business Plan Canvas Workshop 
sebarang pertanyaan boleh hubungi :: 013-7999 415 @ mybaha76@yahoo.co.uk

Moga hari ini tuan dan puan sihat dan ceria. hujung minggu ini pada 23 March (sabtu) saya akan menganjurkan sekali lagi Business Plan Canvas Workshop (dijalankan dalam bahasa melayu). Saya telah impalement business plan ini kepada 150 syarikat yang kecil dan besar. 

Saya ajarkan terus dan anda boleh terus menggunakan kepada bisnes anda sama ada anda baru bermula, telah bermula atau belum bermula. Business plan ini boleh melihat keseluruhan ada A-Z operasi perniagaan anda supaya anda boleh transform bisnes anda agar boleh lebih maju.

SIAPA YANG MAHU MENDAFTAR ?

TARIKH :: 23 MARCH 2013
MASA :: 9 PAGI HINGGA 5 PETANG
TEMPAT :: BILIK SEMINAR D'IMPIAN INN
YURAN :: RM 250 SEORANG PESERTA TERMASUK MAKAN TENGAH HARI. potongan harga untuk mereka yang datang berkumpulan.
BAYARAN :: 151052252907 (MAYBANK)
Setelah membuat bayaran sila email kepada saya nama, alamat, phone number kepada mybaha76@yahoo.co.uk

BOLEH hantar anak saudara anda, staf anda, mak anda atau sesiapa sahaja.

RUJUKAN LEBIH DETAIL apa sebenarnya business plan canvas :: http://mybaha76.blogspot.com/2013/03/apa-sebanarnya-business-model-canvas.html

Tuesday, March 12, 2013

Iklan 2013

Iklan masuk dalam akhbar sinar 10 March 2013



http://dimpian.com.my/

Nasihat untuk usahawan


1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.

Friday, March 8, 2013

Apa sebenarnya Business Model Canvas ?

Ramai kawan-kawan saya bertanya, apa yang sebenarnya business model dan bagaimana mengunakanya dalam perniagaan.

Dulu, semasa 4 tahun pertama saya memulakan perniagaan D’impian Group saya selalu bertanya pada diri saya bagaimana caranya agar bisnes saya boleh berkempang dengan pantas?. Bagaimana agaknya caranya agar saya boleh mendapatkan pendapatan dan hasil jualan yang lebih baik dari yang ada. Bagaimana caranya mengukur perkembangan bisnes pada masa itu. Walaupun perkembangan D’impian maju dari hari ke hari tetapi saya masih tercari-cari teknik yang betul. Jadi apa yang harus saya lakukan untuk semua itu?. Bagaimana stratigi saya dan bagaimana juga gambaran bisnes saya masa hadapan masih kurang jelas.

Semua perkara dan pertanyaan itu susah sekali saya menjawabnya. Saya tidak tahu apa yang harus saya buat dan apa yang harus saya lakukan, apa yang harus saya cari jawabnya. Kerana pada masa itu saya tidak punya alat untuk saya melakar semua apa yang saya usahakan dalam perniagaan. Ianya dipisah-pisahkan dan tidak ada rangkaian antara satu dengan yang lain. Pemasaran, imej syarikat, operasi berasing antara satu dengan yang lain. Saya lebih menumpukan pemasaran sedangkan jika jualan saya meningkat kos tetap akan meningkat. Dimana mungkin ada yang boleh mengajar saya satu perkara yang boleh saya rangkumkan segalanya.

Sampai satu ketika saya mendengar tentang busness model canvas. Saya bukanlah usahawan namanya jika saya malas untuk belajar dan tidak punya niat untuk belajar sesuatu yang baru. Sebagai langkap pertama, saya telah membeli sebenan buku Business Model Generation yang di tulis oleh Alexander Osterwalder.

Tetapi ternyata masalahnya belum selesai dengan mudah. Ini adalah kerana saya terus terang masih ‘gelap’ dalam itu semua dan tidak tahu bagaimana hendak saya mengaplikasikan model ini dalam bisnes saya. Saya membaca dan membaca, dan saya habiskan hampir sebulan untuk setiap hari mentalaah dan mengaplikasikan model tersebut untuk semua cawangan bisnes saya, dan resultnya sangat menakjubkan saya. Hari demi hari saya dapat merasai satu tranfomasi berlaku dalam perniagaan saya, dari yang biasa menjadi luar biasa hasilnya. Dan akhirnya saya dapat menjawab semua persoalan tadi.

Dari latih tubi dan mengaplikasikan 20 jenis syarikat milik saya dan menggunakan Business Model Canvas.Baru saya tahu ianya adalah satu alat untuk membantu kita melihat lebih menyeluruh bagaimana rupanya perniagaan yang sedang atau kita akan jalankan. Dengan tool ini kita akan melihat bisnes dari gambaran besar namun tetap lengkap dan mendetialkan apa sahaja eleman penting yang berkait dengan bisnes kita. Dengan itu ianya dapat menjawab semua persoalan masa depan bisnes yang kita ingin jalankan. Dengan keseluruhan gambaran itu juga dapat kita lihat dan menganalisa apa yang kurang tepat dan pada akhirnya kita boleh mengambil langkah untuk mencapai matlamat perniagaan kita.

Alexander Osterwalder dalam bukunya Business Model Generation menciptakan sebuah framework yang sangat mudah diaplikasikan untuk mengambarkan bisnes kita iaitu Business Model Canvas. Pada business model canvas ini ada sembilan kotak yang merepresentasikan elemen kunci yang secara umum akan ada pada semua model bisnes. Kesembilan hal tersebut adalah:

1. Customer segments
2. Value proposition
3. Channel
4. Customer relationship
5. Revenue stream
6. Key resource
7. Key activities
8. Key partners
9. Cost

Saya fikirkan, dengan saya membaca sukar untuk saya faham secara keseluruhan. Dengan itu saya ingin berkongsi kelebihan model ini untuk lebih ramai yang faham dan boleh mengunakan nya pada bisnes mereka. Dengan mengunakan bisnes model ini kita dapat tahu sama ada bisnes kita boleh berkembang atau sudah rugi atau bagaimana untuk membuat cawangan. Saya berkongsi kefahaman ini dalam seminar Business Model Canvas.







Tuesday, March 5, 2013

Bab 4 : Jika ada kemahuan pasti ada jalan



Setalah pertemuan saya dengan wan malam tu selalu kami berjumpa.Saya jadikan wan sebagai ‘vitamen’ jika kurang semangat dalam berniaga. Suntikan motivasinya cukup berkesan untuk saya terus segar. 
“Apa rahsia perniagaan kau wan”

“branding”

“Maksud kau penjenamaan produk, kau jadi kontraktor apa pentingnya sangat dengan branding”

“Rasuluallah berniaga, branding nya amanah dan jujur. Aku tiru Rasuluallah”
“maksudnya?”

“Alhamdulilah, boleh dikatakan sejak 10 tahun dulu sejak aku mula berjinak dalam bidang pembinaan ni, projek aku tak pernah putus”

“wah...kagum”

“Kami bermula dengan mengambilalih projek sakit atau projek yang ditinggalkan. Projek-projek ini tidak banyak untung atau kadang-kadang langsung tak ada untung. Aku rasa ianya lebih elok dari tak ada kerja langsung. Sekurangnya dapat beri rezaki pada pekerja aku. Dari satu projek ke satu projek kami diberi kepercayaan. Biasanya kami diberi projek kerana kebolehan kami masa lalu. Kebanyakan projek aku, siap lebih awal dari jadual”

“kau pergi sendiri ke untuk mendapatkan projek”

“Dulu mungkin ya tetapi sekarang tidak. Ada beberapa projek tu mereka tak kenal pun aku. Aku lebih banyak menghantar wakil, kadang-kadang kita perlu low profile”
“banyak le kau dapat pinjaman dari bank”

“ini lagi satu, aku tak pernah meminjam untuk cash dengan bank. Aku banyak dibantu oleh pembekal yang percaya dengan kami. Itu sebabnya projek yang kami ambil hanya atas kapasiti syarikat sahaja. Aku tak ambil projek ratus juta ni, tak mampu”

“kanapa kau buat macam tu, bukan susah nak pusing ke” saya cuba provok wan.

“Entah, aku rasa selasa kalau tak meminjam. Kalau meminjam ada riba ”

Wan seperti yang saya kenal dulu, kami boleh bersembang sehingga ke pagi di restoran mamak, tengok bola bersama dan gelak bersama. Dia masih menyokong pasukan Liverpool, walaupun pasukan itu selalu kalah.

Saya cukup kagum dengan wan, dia adalah seorang budak kampung. Dia telah membuktikan, jika ada kemahuan pasti ada jalan. Dia tidak menoleh kebelakang dengan nasibnya tetapi sentiasa melihat masa depan nya dihadapan sana.

Tamat.

Bab 3 :: Belajar dari pengalaman



Perbualan kami mengherit saya kepada kekaguman yang semakin menebal terhadap kecekalan dan keberanian pada wan. Saya masih ingat perwatakan wan semasa saya baru kenal lebih kurang 20 tahun dulu. Dia seorang yang pendiam, sentiasa tersenyum, menjaga sembahyang, low profile. Mulanya dulu loghat bahasa wan sukar saya fahami kerana bahasa kelantannya pekat. Saya selalu mengusiknya “kau ni Kelantan darat”, kami sama-sama ketawa. Wan masih seperti dulu, seorang yang senang di dekati. Saya teruskan beberapa pertanyaan saya untuk memastikan wan terus bercerita kisah silamnya.

Setelah bebarapa tahun wan menjaja, dia mendapat peluang untuk membuka restoran. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Dia ditipu saudaranya bila mereka berkongsi modal membuka restoran. Wan terpaksa berkongsi kerana memikirkan dia tidak ada pengalaman dalam membuka restoran. Restorannya maju, ramai pelanggan tetapi semua kewangan dikawal sepupunya. Dihujung bulan, bila dikira mereka mengalami kerugian, Wan mengundurkan diri. Perkara itu tidak habis di situ sahaja kerana yang lebih menyakitkan adalah bila nama baiknya dan keluarga dijaja kononnya yang menipu sebenarnya wan sebab dia yang menjaga restoran itu setiap hari.
Dia bangkit dari kekecewaan dengan membuka gerai kecil-kecilan menjual makanan. Alhamdulilah rezaki melempah ruah. Masalah kedua timbul, wan jatuh sakit kononnya di sihir. Berlinang matanya merah menceritakan perkara tersebut pada saya.

pada mulanya dia tidak percaya, tetapi setelah dia menutup gerai yang kebetulan berdekatan dengan restoran yang mereka buka dulu. Saya rasa sedih dizaman teknologi ini masih ada amalan ilmu hitam seperti itu berlaku. Wan perlukan setahun untuk pulih dari penderitaan itu tetapi dia tetap sabar dan menerimanya sebagai ujian.
Dia terus berdoa dan berusaha akhirnya dia Berjaya mendapat tender di sebuah kantin sekolah rendah yang muridnya sekitar 500 pelajar. Kali ini dia tidak menoleh kebelakang, dan hidupnya mula bersinar kembali. Dia terus berusaha dan mengendalikan tanggungjawab dengan baik. Dia semakin suka berniaga di kantin sekolah. Mulanya dialah yang akan ke pasar seawal jam 4 pagi untuk membeli barang-barang basah. Atas semangatnya peluang datang bergolek, dari satu sekolah dia mendapat sebuah lagi sekolah.

Bila wan nampak Berjaya ramailah yang datang kepadanya, termasuk saudara maranya yang dulu menikamnya dari belakang. Wan memang terkenal suka membantu. Ada juga beberapa kali wan menawarkan jawatan pengurus kepada rosman, tetapi ditolak mentah-mentah malahan di tuduh wan mahu menunjuk-nunjuk kejayaan padanya, itu luahan wan pada saya.

Selain mendapat tender sekolah, dalam masa yang sama wan berjinak-jinak dalam bidang catering, majlis khawin dan event yang besar-besar. Dia melangkah setapak demi setapak dengan penuh berhati-hati.

Sepanjang saya berada di rumah wan, mata saya liar memerhatikan sekeliling dinding rumahnya yang di hiasi dengan lukisan cantik. Saya tertanya-tanya satu gambar konvo yang di letaknya di hujung sudut rumah.

“sempat kau sambung belajar wan , bila habis”

“Ya bahar, dalam diam kau jadi idola aku. Walaupun sekejap kita berkawan tetapi kau yang mendorong aku untuk sambung belajar. Dulu aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarga tetapi bila sudah stabil aku sambung belajar semula”

“kau buat bidang apa, sambung kat mana?”

“Aku sambung kat politeknik, belajar part time je. Aku buat diploma kejeruteraan awam”

“wah, aku ingat kau belajar bidang bisnes. Kenapa ambil kejuruteraan”

“Sebenarnya aku target dan bercita-cita jadi pemaju dan minat nak jadi kontrektor, aku perlu tahu tentang teknikal kejuruteraan”

“kau memang hebat wan”

“Alhamdulilah, tahun 2001 aku habis diploma dan terus aku sambung part time ijazah dalam bidang bisnes”

Dari lepas magrib hingga sudah hampir jam 12 kami berbual perkara itu dan ini. Ada yang lebih menarik yang di ceritakan wan bilamana dia mula mendapat projek membersihkan longkang di majlis pembandaran hingga dia berjaya mendapat projek pembangunan pertama dengan nilai projek lebih 10 juta...anda nak tahu cerita pengalaman wan? Anda boleh teka wan bisnes apa sekarang?, bagaimana pula dengan kehidupan rosman?, sila komen, like dan share cerita ini.

Friday, March 1, 2013

Cerita bab 2:: kisah Wan peniaga bijak

Gambar hiasan

Tahun 2012 saya berkesempatan ke Bandung Indonesia bersama keluarga saya. Semasa sedang menunggu untuk berlepas di KLIA international airport , ada seseorang menepuk bahu saya.

“Bahar, sudah lama tak jumpa...wan lah ni, masih ingat lagi tak” 
Saya masih terpinga-pinga, wajah yang saya tatap didepan mata saya adalah wan yang pernah saya kenal dulu.

“wan, dari mana kau ni, lama sudah tak jumpa. Hampir 15 tahun rasanya. Kau masih kenal kat aku. Ada juga aku pergi kerumah sewa kita dulu untuk mencari kau dan rosman tapi jiran kata kau dah berpindah”

“Benar bahar, aku sudah berpindah tak berapa lama selepas aku berhenti kerja dulu.”

“Kau dari mana?” saya bertanya wan

“Aku ternampak kau tadi, aku yakin memang kau walau fizikal kau dah berubah. Aku baru balik dari Australia bawa jalan-jalan anak dan isteri aku jalan bercuti”

“cakap je lah aku dah gemuk” kami sama-sama ketawa.

“Ini aku kenalkan isteri aku, Wani. Orang gua musang, makan budu juga”
“Dah kena lah tu sorang wan isterinya wani”

Isteri wan putih orangnya bertudung litup dan manis senyumnya. Aku rasa tak puas berbual dengan wan kerana masa untuk berlepas ke Bali sudah tiba. Setelah bertukar nombor telipon kami pun berpisah dan berjanji akan berhubung semula setelah aku pulang ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan saya didalam kapal terbang, saya bercerita kisah silam wan dan rosman kepada isteri saya. saya tidak sabar mahu tahu bagaimana perkembangan perniagaan wan sekarang. Jika sudah boleh membawa keluarga melancong keluar negara tentu baik perniagaan nya. Tetapi apa yang mahu saya tahu adalah perjalanan dua sahabat ini, perniagaan apa yang wan sedang jalankan.

Selang bebarapa minggu saya menghubungi wan semasa saya ada kerja di kuala lumpur. Sengaja saya minta wan untuk mengambil saya untuk makan malam bersamanya. Seperti yang dijanjikan saya menunggu di depan lobby hotel. Sebuah kereta BMW berwarna hitam bercermin gelap menghampiri saya, saya sudah agak ini lah kereta wan.

Wan membawa saya kerumahnya, sebuah banglow mewah di Klang Selangor. Terlopong saya melihat kejayaan wan dan sehingga saya terkedu nak bertanyakan itu dan ini. Kami makan malam bersama dan bersembang tentang kenangan lama.
“Wan, Rosman macam mana dimana dia sekarang?” saya memulakan cerita bab kedua tentang bisnes.

“Rosman masih bekerja di kilang yang sama tempat kita bekerja dulu, dia masih single. Kau carikan dia jodoh” wan bergurau

“Kau tak ajak Rosman berniaga, kau tak bantu dia?”

“Susah aku nak cakap baha, rosman dah macam adik beradik dengan aku. Sekarang dia semacam lebih menjauhkan diri dari aku, sesekali jika aku free aku cari dia ajak minum dan bersembang”

“Dia malu dengan kau kot”

“Mungkin lah juga, mulanya adalah dulu dia selalu kesempitan duit dan minta pinjam. Aku pinjamkan sehingga satu hari aku cakap dengan dia yang dia perlu berniaga untuk mendapat pendapatan lebih. Dia marah aku, dia kata aku bernasib baik dan nasibnya selalu malang. Aku dah tak boleh nasihatkan dia. Dia buat pilihan hidup dia begitu untuk bekerja dan makan gaji.”

saya dengar ceritanya betul-betul dan teliti.

“Lepas kau berhenti dulu kau berniaga apa sampai jadi kaya raya macam ni wan?” saya mulakan persoalan yang mengasak fikiran saya dari tadi.

“banyak dugaan dan halangan bila mula berniaga. Aku teruskan berniaga dan menjaja di tepi jalan mulanya. Aku hairan ramai peniaga kecil ini bukan orang kita, ramainya orang Indonesia. Sehingga aku berjumpa formula yang betul untuk jadi kaya dengan menjaja”

“bagaimana ?”

“Kau percaya tidak orang yang berniaga air tebu, cakoi dan gorong pisang ditepi jalan boleh mendapat pendapatan RM800 – RM1000 sehari” Aku biarkan wan meneruskan cerita.

“Aku masuk dari satu pasar malam ke satu pasar malam yang lain. Dari aku bekerja seorang diri hingga aku sudah mempunyai 5 van yang dibantu oleh orang seberang untuk menjual dipasar malam atau di tempat awam”

“berapa kau bayar seorang pekerja sehari” Aku sudah mula berkira-kira.

“RM50 seorang”

“kalau begitu besarlah gaji kau”

“ satu tapak kau jaga 800 X 20 hari =16,000. Empat tapak orang jaga dan dianggap satu tapak 2 orang dan aku tolak kan dari pendapatan RM800 jika dikira purata satu tapak dengan pendapatan yang sama. Empat tapak orang jaga kau dapat RM700 X 4 tapak X 20 hari=56,000”

“Kau kira apa ni?” wan tersenyum

“kau pernah cakap dengan aku yang untung kuih cakoi dan air tebu ni lebih 100%. Maksudnya setahun pendapatan kau adalah 864 ribu dan jika ditolak modal kau dapat setengah juta setahun”

“Mungkin betulah teori kau tapi bukan semudah itu baha” wan tersenyum.
Tetapi tahun pertama sahaja wan sudah dapat membeli kedai dan umurnya baru duapuluhan pada masa itu. Cita-citanya ingin membuka restoran.

Saya ceritakan dalam kisah yang akan datang, bagaimana wan Berjaya dengan hanya berbekalkan keberanian. Anda suka cerita wan dan ingin mengetahu apa kesudahan cerita ini. Sila koman, sila teka, like dan share.

Wan ohhh wan..

Cerita 1:: Berniaga dari kecil

Gambar hiasan

Selepas SPM, sementara menunggu keputusan keluar saya ke Kuala Lumpur untuk bekerja sementara. Itulah juga dilakukan oleh ramai remaja seangkata dengan saya pada masa itu. Ramai yang berpersepsi, sudah habis sekolah perlu keluar dari rumah keluarga untuk mencari rezaki, jangan lagi menyusahkan keluarga. Begitu juga anggapan ibu bapa tahun Sembilan puluhan dulu, anak remaja ini perlukan keluar mencari pengalaman.

Saya bekerja di sebuah kilang Jepun di Shah Alam. Semasa bekerja saya berkenalan dengan ramai ramaja sama umur. Antaranya dua orang sahabat dari Kelantan yang saya sangat ingat kisah mereka juga memberi pengajaran bagi saya. Dua sahabat ini yang saya panggil wan dan rosman. Mereka datang dari kampung yang sama. Hasrat mereka di Kuala Lumpur pada masa itu adalah sama seperti saya. Saya ke kuala lumpur dibawa abang ipar saya tetapi wan dan rosman bekerja di sini melalui ejan pekerjaan. Masa itu memang ada ejan pekerjaan yang mencari pekerja dan dibawa ke Bandar dari kampung-kampung.

Saya masih ingat sekitar tahun 1993, gaji pokok yang kami terima adalah RM400 tetapi jika dicampur dengan kerja lebih masa mungkin boleh mencecah RM700 -  RM800. Mereka sungguh rapat sehinggakan kemana sahaja pergi mereka bersama.

Wan berlatarbelakangkan seorang budak kampung yang mahu mencari pekerjaan di kota. Dia adalah anak sulung dari Sembilan adik beradik yang masih kecil. Bapanya baru meninggal  pada masa itu akibat kemalangan di tempat kerja. Masih ingat saya kesedihan wan menceritakan kesusahan keluarga mereka. Rosman juga dari kampung yang sama, anak ke tiga dari empat beradik. Dua kakaknya yang telah berkhawin tinggal di Kuala Lumpur juga.

Kami bekerja siang dan malam dikilang untuk mendapatkan gaji lebih. Perbezaan kami adalah saya dan rosman bekerja hanya untuk diri sendiri tetapi wan bekerja untuk keluarga mereka. Setiap bulan wan akan menghantar semua gajinya kekampung untuk pembelanjaan keluarga mereka. Bulan ke tiga rosman sudah membeli motor tetapi wan masih menaiki bas kilang pergi kerja. Selang sebulan wan akan pulang ke kampung. pulang dari kampung tentu banyak kerepek dan hasil kampung dibawanya untuk dijual di kantin kilang. Dari pendapatan itu dia makan, bayar sewa rumah dan belanja. Malam pulang dari kerja dia akan membantu abang abu menjaga kedai burger hingga jam 12 malam. Kami tinggal di rumah flat dan kedai burger di sekitar taman kami tinggal 

Selang beberapa bulan saya berhenti kerja kerana menyambung pelajaran ke university. Mereka tidak mendapat mana-mana tawaran mungkin kerana mereka tidak memohonnya. Walaupun saya sudah ke university tetapi saya selalu ke rumah mereka untuk bertanya khabar. Rosman terus dengan kehidupan nya sudah bermotor dan mempunyai awek. Setiap bulan gajinya habis dibelanjakan kearah itu. Ada juga rosman memerli wan, “hidup muda hanya sekali janganlah terperap sahaja di rumah selepas kerja” wan hanya tersenyum.

Abang abu adalah seorang polis, dia ditukar bertugas di Johor. Dia menawarkan pondok dan kelengkapan kedai burger nya kepada wan. Wan sangat bersyukur tetapi wan tidak mempunyai modal dan duit untuk membayar harga gerai itu. Setelah perjanjian dibuat abang abu bersetuju untuk wan membayar seratus sebulan hingga selesai hutangnya.

Disitu bermulanya minat wan berniaga, siang hari disewakan kedai itu pada kak mala untuk menjual kuih dan nasi lemak. Petang diupahnya orang untuk menjual air tebu dan goring pisang. Masa berlalu 6 bulan selepas itu saya dengar wan sudah berhenti kerja kilang lamanya. Dia telah membeli van untuk berniaga dipasar-pasar malam.

Saya masih belajar pada masa itu, rosman masih bekerja tetapi wan sudah berniaga dengan pendapatan seharinya sudah sama gaji wan dan biasiswa saya sebulan..anda mahu tahu kisah selanjutnya dan siapa wan bila saya jumpa dia tahun ini. Sila like dan share untuk cerita selanjutnya.