Dalam perniagaan kita perlu pandai mengambil peluang yang
datang dan dalam masa yang sama perlu membuat keputusan yang cepat dan tepat.
Dari motivasi itu saya selalunya membuat keputusan berani dalam perniagaan. Membuka
hotel di Pekan sekecil Parit Raja adalah satu keputusan yang berani.kadang-kadang
masalah orang yang berani ini adalah bertindak dengan terlalu berani.
Entahlah, saya memang tidak ada asas (pengajian formal)
dalam perniagaan. Dari dulu saya percaya jika mahu berniaga kena fikir 2 kali
sahaja, pertama nak berniaga apa?. Kali kedua fikirkan bagaimana mahu memulakan
perniagaan tersebut, jangan terlalu lama membuat keputusan apa yang nak
diniagakan. Jika anda terlalu mengikut teori untung rugi akhirnya anda
terlambat untuk bertindak dan merebut peluang.
Dua cerita yang boleh saya kaitkan dengan keberanian.
Sekitar tahun 1999, saya sudah pun mempunyai syarikat computer dan membuat
perisaian. Tetapi dengan keadaan kegawatan ekonomi pada masa itu, saya mengambil keputusan saya meninggalkan sebentar
kedai computer selama sebulan pada bulan puasa dan saya menjual kuih raya.
Pernah seorang sahabat saya mengatakan yang saya akan rugi banyak dan tidur
atas kuih jikalau kuih saya tidak terjual. Mana tidaknya, penuh serumah sewa
saya dengan kuih dan kerepek. Tetapi dengan keberanian itu saya dapat banyak
pengalaman, duit dan kawan. Apa tak nya kerja sebulan boleh makan setahun. (http://mybaha76.blogspot.com/2011/09/bab-18-kerja-sebulan-makan-setahun-satu.html
)
Kasut boot |
Cerita kedua adalah keberanian saya membeli kasut kawat
askar. Saya membelinya dengan harga yang sangat murah. Saya pun tidak tahu
bagaimana nak dijual timbunan 5 kontena kasut askar. Tetapi memang sudah rezaki
agaknya, pilihan raya kecil diserawak. Ada pembekal mencari kasut dan mereka
mahukan kasut saya. Mereka mengambil kasut dengan harga yang berpatutan, jualan
satu malam sahaja saya untung lebih 200 ribu...rezaki namanya
Dalam prinsip saya, perniagaan tidak perlu terlalu banyak
teori. Jika anda yakin dengan idea anda teruskan dengan bersungguh-sungguh.
Asas pertama untuk sebarang perniagaan adalah kemahuan, setelah itu anda perlu
bersungguh-sunggun dengan ekstrem dengan idea yang telah anda percaya tadi.
Setalah saya percaya idea perhotelan sangat baik untuk diperkembangkan di kawasan
saya.
Untuk membangunkan D’impian Inn adalah bukan perkara yang
mudah. Saya hilangkan rasa takut untuk
memulakannya, tak ada fikir resiko, tak fikir modal tak cukup , tak fikir duit
tak ada dan bagaimana dengan pelanggan nanti. Saya juga telah nekad untuk tidak
terlalu mengharap, kerana saya percaya jika kita terlalu mengharapkan sesuatu,
jika gagal kita akan terlalu kecewa. Jika tidak mahu kecewa, saya membuat
keputusan untuk tidak terlaku mangharap. Saya jalankan je.....
Jika simpulkan dari 10 orang yang saya jumpa dan tanyakan pendapat
untuk saya membangunkan hotel di sini, sembilan
darinya menolak dengan idea itu. Jadi saya membuat keputusan bersendiri untuk
meneruskan cita-cita saya. Bukan sahaja kefahaman perniagaan tetapi pelbagai
masalah lain yang timbul. Saya diperlekehkan, ada yang terlalu berterus terang
sebagai contoh seorang berbangsa cina bertanya
saya “siapa lu punya tauke orang belakang lu buat ini hotel”. Saya senyum dan
menjawab “tak ada orang belakang, semua duduk depan saya”. Mereka tidak percaya
usahawan melayu boleh buat sendiri dan maju. Perkara yang sama juga saya hadapi
bila saya ke Bank untuk membuat pinjaman, lembut gigi dari lidah tapi habuk pun
tak ada. Dengan pelbagai alasan yang boleh diterima dan tidak boleh diterima
seperti anda kurang berpengalaman, perniagaan anda tidak berpotensi, perniagaan
anda kurang 3 tahun dan bla..bla...
lepas tu malas lagi saya nak ke bank merayu...sekarang baru nak datang beri
pinjaman. Bank hanya memberi pinjaman kepada mereka yang kaya atau mereka yang nampak
kaya.
Itu belum lagi masalah persepsi sempit beberapa orang yang
datang berjumpa, “ko nak buat hotel, nak buat sarang maksiat kat sini ya’. Saya
cuba tenangkan mereka tetapi mereka menyusahkan urusan saya, mereka
mempersoalkan, mereka mengadu ke penguatkuasa, bertalu-talu penguat kuasa majlis
datang dengan berbagai jabatan penguatkuasa. Saya bersabar dan terus berdoa. Akhirnya orang yang mengata-gata itulah, anak
isteri mereka dapat manfaat sekarang dengan berkerja dengan d’impian.
Tidak kurang juga saya dan isteri di fitnah dengan pelbagai
tomahan dan andaian. Mula-mula manusia yang tak boleh tengok orang senang ini
memperlekehkan kita orang melayu nak buat perniagaan dengan fakta-fakta “tengoklah
6 bulan mesti lengkup tu” katanya. Dah lepas 6 bulan perniagaan saya berjalan
baik mula lah mereka fitnah bagaimana saya dapat duit sebanyak itu membangunkan
28 unit rumah kedai dijadikan hotel, kononnya kos pembangunan hotelnya 10
jutalah, 20 juta lah dengan pelbagai andaian. Saya pernah tersisih dengan
fitnah mereka. Anda seorang usahawan,
kadang-kadang cakap atau idea anda akan digelakkan orang dengan mereka tidak faham
dengan cara anda berfikir. Anda berfikir dengan idea masa depan, mereka akan
kata “dia tu cakap je lebih, bendanya tak jadi juga”. Berniaga bukan semudah silap
mata 1,2,3 kalau tidak tentu ramai orang kaya raya.
Terus terang saya katakan mungkin saya tidak perlu lagi
kerja jika saya mahu. Dengan pendapatan sebulan agro dan hotel saya pada masa itu
boleh menyamai gaji setahun jika saya bekerja (bukan bangga diri). Tetapi saya
memikirkan idea saya diperlukan untuk dikembangkan lebih jauh. Saya juga maklum
berniaga ada pasang surutnya. Kesan dari berniaga saya menjadi seorang yang
lebih berani, tidak bergantung dengan orang lain dan jati diri saya lebih
menebal.
Saya akan tersenyum puas melihat pelanggan penuh dan dapat
membantu orang yang memerlukan. Bulan pertama
saya buka, saya sudah mendapat tempahan. Bilik belum sempat diubahsuai
sepenuhnya sudah ada pelanggan yang menempah kebetulan masa itu mingu graduansi
dan hotel saya berhampiran universiti.
Nasib saya baik, saya dapat sokongan dari keluarga saya. Saya
dapat memujuk abang ipar saya dan kakak saya untuk bersama-sama membangunkan
perniagaan ini. Mereka sudah punya kehidupan sendiri, kakak saya guru dan abang
ipar saya seorang manager disebuah kilang di Selangor sanggup bergaji kecil
semula membangunkan perniagaan kami. Tulang belakang saya dalam perniagaan ini
adalah isteri saya. Dialah PA saya, dial ah akauntan saya, dialah pegawai
pemasaran pada mula kami merangkak dalam
perniagaan. Rakan kongsi yang paling sesuai dalam perniagaan adalah isteri
anda.
Penulisan akan datang saya ceritakan bagaimana seorang
jutawan cina berjumpa saya mahu membeli hotel saya......saya terlopong dengan
harga yang ditawarkan tetapi saya menolaknya...
1 comment:
slm sejahtera.. saya nak tnya.. encik tak buat pinjaman dari bank kah masanak buka hotel?? jdi encik dapat modal dari mana?? kwan saya pun brcadang nak buka hotel bajet tp takda maklumat yang terperinci... jd saya hrap encik boleh beri sedikit bimbingan.. tq
Post a Comment