Friday, May 4, 2012

Kenapa anda perlu berniaga?




Rugi sebenarnya jika di Malaysia ni anda tidak terbilang dalam salah seorang dari jutawan. Kenapa? , bila saya katakan anda boleh jadi JUTAWAN, anda takut,anda tidak yakin anda boleh jadi jutawan. Saya bercakap benar, kenapa tidak anda boleh menjadi jutawan sedangkan ramai yang telah menjadi jutawan termasuk pendatang asing sama ada ‘pendatang haram’ atau ‘pendatang halal’.  Mereka hanya berniaga kain, mereka hanya berniaga air ditepi jalan tetapi pendapatan mereka berpuluh ribu sehari. Rumah mereka besar, kereta mereka besar, keluarga mereka bahagia, setiap bulan menghantar duit ke kelaurga meraka di negara asal.
Nah, jadinya bagaimana?.  

Anda sedia maklum 9/10 sumber razaki adalah dari perniagaan.  Sebenarnya menurut kajian 9/10 orang jutawan seluruh dunia adalah dari punca berniaga. Saya cukup percaya dan yakin jika kita punya kemahuan untuk Berjaya alam perniagaan pasti akan tercapai. Tiada jalan singkat untuk berjaya.   Saya memulakan perniagaan saya adalah kerana kesedaran saya tentang setinggi mana pangkat saya ketika saya bekerja sekarang tidak dapat saya wariskan kepada anak cucu saya. Warisan itu bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi pengalaman, tamadun berniaga dan cara pemikiran.

Saya yakin, minat saya berniaga datangnya dari ayah saya. Semasa kecil dulu, saya selalu membantu ayah saya di kedai cendol depan rumah dan jika cuti sekolah menjual sayuran kampong, ubi kayu dan keledek keliling kampong. Saya juga membuat perkara yang sama kepada anak-anak saya, juga staf saya untuk mereka boleh belajar selok belok berniaga. Mereka harus diterapkan sejak kecil dengan mentaliti berniaga.

Bangsa cina sangat memandang tinggi kepada golongan usahawan walaupun berniaga kecil-kecilan. Berlainan dengan bangsa melayu, mereka lebih suka anak mereka bekerja kerana lebih terjamin, ada cuti, ada pakej kesihatan, kerja ikut masa dan lain-lain. Soalan pertama bila mahu memilih menantu adalah apa perkerjaanya. Digambarkan pula sesetengahnya orang berniaga ini ramai yang bankrupt, kalau kaya nanti sombong, dan pelbagai alasan dengan momokan kosong menyebabkan ramai diantara kita lebih suka makan gaji.


Saya memberi anda beberapa contoh bagaimana aliran tunai yang berlaku setiap hari:-  

1.      Syarikat telekomunikasi seperti Celcom contohnya. Kalau secara kasar ada 1 juta pelanggan sehari. Yang akan mengantar SMS antara satu sama lain setiap 5 minit (selang masa 5 minit la). Dan caj yang dikenakan untuk setiap SMS adalah sebanyak 1 sen. Pendapatan Celcom setiap 5 minit akan jadi RM10ribu. Setiap 5 minit je.

2.      Rating Akademi Fantasia kiranya yang diterbitkan oleh Astro kita kirakan secara kasar 1 juta penonton setiap hari. Bayaran untuk bill Astro, RM1 sehari. Dan kalau pelanggan ni akan maintain guna Astro selama 3 bulan sepanjang tempoh Akademi Fantasia berlangsung. Maka pendapatan Astro akan menjadi RM1juta sehari. Itu belum masuk untuk undi SMS lagi

3.      Setiap orang akan membelanjakan lebih kurang RM10 sehari untuk makan. Bayangkan kalau dalam sesebuah Universiti. Untuk memudahkan kita nampak realiti duit ni. Kira kasar dalam 10ribu pelajar universiti setiap hari yang perlu makan. Maka perbelanjaan untuk makan sehari di sesebuah universiti adalah sebanyak RM100ribu SEHARI. Kalau 10% sahaja yang anda dapat dari 100 ribu saya rasa sudah cukup untuk sebuah cafe kecil.

Sekarang bagaimana? Adakah anda sudah yakin anda boleh menjadi JUTAWAN dengan berniaga?.  Saya sertakan beberapa fakta sokongan kenapa perlu anda berniaga sendiri.  Saya punya ramai rakan yang berpangkat dipejabatnya, di kilang mereka tetapi mereka semua hanya dihormat bila mereka berpangkat besar setelah pancen mereka tidak lagi dipandang. Ramai yang akan bersendirian dan baru mahu memulakan perniagaan sendiri. Makan gaji sebenarnya beresiko tinggi, jika kita sihat dan muda juga bertenaga selalunya syarikat suka tetapi sebaliknya kita sakit dan kurang prodaktif kemungkinan kita diminta meninggalkan syakikat, malang tidak berbau.

Kalau dah semua berniaga macam mana? Jangan risau sebenarnya baik semua orang berniaga dan tentunya apa yang mereka niagakan bukanlah barang yang sama. Saya yakin ramai lagi yang tidak membaca tulisan saya ni dan masih ramai lagi mereka yang takut untuk memulakan perniagaan.

Perkara yang paling menarik dalam pakej berniaga ini adalah anda boleh menjadi BOS kepada diri sendiri. Anda boleh mementukan masa bekerja anda, anda boleh menentukan dimana anda bekarja, anda boleh mementukan berapa gaji anda sendiri juga anda boleh membuat perkara yang anda suka.  Jika anda mahu pendapatan lebih anda berkerja lebih kuat dan anda akan mendapat peluang yang lebih luas.

 "Rahsia untuk bergerak ke hadapan ialah memulakan sesuatu. Rahsia utk memulakan sesuatu ialah memecahkan tugas-tugas kompleks dan sukar kepada tugas-tugas yg mampu di uruskan, dan mulakan perkara pertama"

Baharuddin Mohamed

2 comments:

ctnur said...

mentaliti orang melayu dari kecil telah dimomokkan belajar rajin-rajin,nanti besar kerja kerajaan..berbanding dengan bangsa cina ditanam dalam minda dengan sikap berniaga walau kecil-kecilan.

Anita said...
This comment has been removed by a blog administrator.