Friday, May 4, 2012

Muda-muda lagi dah muflis




Hari kehari kehidupan makin mencabar di Malaysia, dicabar oleh nafsu dan keinginan, di cabar oleh suasana dan keadaan, juga kadang-kadang dicabar oleh desakan. Sudah jadi satu yang lumrah di Malaysia sekarang dengan harga barang keperluan yang berlumba-lumba naik mendadak. Dengan keadaan yang tidak selasa itu ramai lah yang merungut dalam masalah kewangan dengan tidak ketentuan. Alasan yang paling di kaitkan adalah naiknya harga minyak yang mendadak di pasaran dunia.

Apabila harga barang keperluan naik tidak pula gaji dan pendapatan di naikan oleh majikan menyebabkan ramai yang terdesak dan kesempitan duit. Dengan kuasa duit yang semakin mengecil, apalah sangat dengan hanya ada nod 50 ringgit di pokit untuk ke pasar raya untuk membeli belah. Dengan berlakunya keadaan ini, makin ramailah yang bersemangat jati diri yang tinggi bekerja siang dan malam untuk menampung kehidupan. Tapi seperti hukum alam, mungkin keadaan ini baik  untuk setengah orang yang terus berlari dengan cabaran hidup dan sesetengahnya tersungkur jatuh ke bumi. Dengan keadaan yang sebelum ini senang, sukar untuk mengubah untuk menjalani kehidupan bersusah payah. Jalan mudah, ramailah yang membuat pinjaman pribadi, penggunaan kad kredit yang tidak terkawal, ini semua hanya sebahagian contoh seseorang itu menjerumuskandiri nya dalam golongan muflis.

Menurut perangkaan Februari 2011 dari Bank Negara, sejumlah 16,251 individu Malaysia telah diisytiharkan muflis pada tahun lalu, satu peningkatan besar sebanyak 100% dan 760% berbanding dengan angka masing-masing pada 1995 dan 1998. Laporan itu menunjukkan bahawa penyebab utama kemuflisan adalah pinjaman kereta (23% dari jumlah keseluruhan), penjamin pinjaman-pinjaman pendidikan (16%), pinjaman-pinjaman bank (15%) dan tunggakan kad-kad kredit (11%).

Lebih membimbangkan, laporan itu juga menonjolkan satu trend muflis di kalangan mereka yang lebih muda,dengan golongan di dalam kumpulan umur 31-40 tahun dan41-50 tahun masing-masing menyumbang 28% dan 36% daripada keseluruhan kes.Ahli-ahli ekonomi telah menyalahkan peningkatankemuflisan ini kepada kelembapan ekonomi, pertambahanpenduduk, dan sikap pengurusan kewangan yang kurangbaik.

Tetapi masalahnya ialah ekonomi negara menyaksikan lonjakan semula kukuh sejak kemelesetan tahun 1998, dan telah menunjukkan prestasi cemerlang di dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Namun mengapa lebih ramai orang menjadi muflis sedangkan pendapatan boleh guna mereka sepatutnya telah meningkat?

Satu fenomena membingungkan ialah kita menyaksikan semakin banyak kes muflis walhal pihak-pihak berkuasa telah menyemak semula undang-undang bankrupsi, membuat pelarasan dengan menaikkan nilai ambang RM10,000 ke RM30,000.

Bagi aku, punca masalah kebangkrapan ni adalah kurangnya perancangan kewangan yang teliti. Golongan muda kurang di beri pendedahan akan kesedaran ini dan kurangnya pendidikan dalam pengurusan kewangan mereka. Kesempitan ini semuanya datang dengan ketepaksaan dan keadaan yang berlaku. Aku ambil contoh mudah dengan keadaan yang berlaku pada seorang kawan aku yang pernah berkongsi masalah dengan aku.(semoga di jadikan tauladan)

beliau berumur 30 an, tinggal di sekitar kuala Lumpur, beristeri dengan 3 orang anak yang masih kecil, beliau adalah seorang graduan dari universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik dengan gaji 3000 sebulan. Isteri beliau bekerja dengan pendapatan 2000 sebulan. Tetapi mereka berdua di bebani dengan masalah hutang piutang di keliling pinggang.

- mempunyai 5 kad kredit dan hampir kesemuanya di gunakan secara maksimum(bayaran manimum bagi semua kad kridit tersebut hampir ke 300 ringgit setiap satunya)
- bayaran balik pinjaman pendidikan (suami isteri)?400 ringgit
- hutang lapuk bank (pinjaman perkhawinan dengan bayaran semula 500 ringgit sebulan).
- Bayaran 2 buah kereta dengan 1300 sebulan(suami dan isteri bekerja di berlainan tempat yang memerlukan kenderaan untuk pengangkutan utama)
- Bayaran balik rumah dengan 1100 sebulan selama 25 tahun.
- Bayaran anak ke tadika  ? 600 ringgit

Belum masuk keperluan harian, makan, minyak, tol dan lain-lain. masalah yang membinggungkan. Bukan seorang atau satu masalah sahaja tetapi mejoriti. Bukan 100 pratus kesalahan di letak kesalahan pada kawan aku ni. beliau mahukan kualiti kehidupan yang sempurna setelah penat bekerja. Tetapi cuba korang totalkan pendapatan dan pengeluaran setiap bulan,adakah seimbang.

Masalah di atas hanya satu dari banyak masalah lain yang berlaku pada golongan muda sekarang. Ini semua berlaku dek kerana keangkuhan, sesetengah golongan muda bertukar kereta baru setiap dua ke tiga bulan, kepingin untuk mendapatkan pujian dan kekaguman daripada rakan-rakan seangkatan mereka tanpa mempertimbangkan dengan secukupnya sama ada tindakan itu di luar kemampuan mereka atau tidak. Akhirnya, mereka tenggelam di dalam lautan hutang.

sama-sama lah kita di golongan muda berfikir kearah ini, jangan kita menjadi hamba hutang, hamba duit sepanjang masa, dalam masa yang sama, kita perlu memiliki satu jumlah simpanan yang menyamai pendapatan untuk enam bulan sebagai persedian menghadapi kemungkinan pengangguran atau dana-dana kecemasan yang kita boleh gerakkan di waktu menghadapi kesesakan wang.

Hubungan di antara kehidupan kita dan wang bukanlah seperti satu pasangan kembar Siam. Kita perlu satu perancangan menyeluruh tentang perkara-perkara yang dianggap  asas seperti perbelanjaan sara hidup harian, simpanan pendidikan anak-anak dan rancangan persaraan. Pengurusan kewangan bijaksana membolehkan kita untuk mencapai objektif-objektif tersebut di dalam hidup.

No comments: