Thursday, May 10, 2012

Dari Impian menjadi Realiti (2)


Dalam perniagaan kita perlu pandai mengambil peluang yang datang dan dalam masa yang sama perlu membuat keputusan yang cepat dan tepat. Dari motivasi itu saya selalunya membuat keputusan berani dalam perniagaan. Membuka hotel di Pekan sekecil Parit Raja adalah satu keputusan yang berani.kadang-kadang masalah orang yang berani ini adalah bertindak dengan terlalu berani.  

Entahlah, saya memang tidak ada asas (pengajian formal) dalam perniagaan. Dari dulu saya percaya jika mahu berniaga kena fikir 2 kali sahaja, pertama nak berniaga apa?. Kali kedua fikirkan bagaimana mahu memulakan perniagaan tersebut, jangan terlalu lama membuat keputusan apa yang nak diniagakan. Jika anda terlalu mengikut teori untung rugi akhirnya anda terlambat untuk bertindak dan merebut peluang.

Dua cerita yang boleh saya kaitkan dengan keberanian. Sekitar tahun 1999, saya sudah pun mempunyai syarikat computer dan membuat perisaian. Tetapi dengan keadaan kegawatan ekonomi pada masa itu,  saya mengambil keputusan saya meninggalkan sebentar kedai computer selama sebulan pada bulan puasa dan saya menjual kuih raya. Pernah seorang sahabat saya mengatakan yang saya akan rugi banyak dan tidur atas kuih jikalau kuih saya tidak terjual. Mana tidaknya, penuh serumah sewa saya dengan kuih dan kerepek. Tetapi dengan keberanian itu saya dapat banyak pengalaman, duit dan kawan. Apa tak nya kerja sebulan boleh makan setahun.  (http://mybaha76.blogspot.com/2011/09/bab-18-kerja-sebulan-makan-setahun-satu.html )
Kasut boot

Cerita kedua adalah keberanian saya membeli kasut kawat askar. Saya membelinya dengan harga yang sangat murah. Saya pun tidak tahu bagaimana nak dijual timbunan 5 kontena kasut askar. Tetapi memang sudah rezaki agaknya, pilihan raya kecil diserawak. Ada pembekal mencari kasut dan mereka mahukan kasut saya. Mereka mengambil kasut dengan harga yang berpatutan, jualan satu malam sahaja saya untung lebih 200 ribu...rezaki namanya

Dalam prinsip saya, perniagaan tidak perlu terlalu banyak teori. Jika anda yakin dengan idea anda teruskan dengan bersungguh-sungguh. Asas pertama untuk sebarang perniagaan adalah kemahuan, setelah itu anda perlu bersungguh-sunggun dengan ekstrem dengan idea yang telah anda percaya tadi. Setalah saya percaya idea perhotelan sangat baik untuk diperkembangkan di kawasan saya.

Untuk membangunkan D’impian Inn adalah bukan perkara yang mudah.  Saya hilangkan rasa takut untuk memulakannya, tak ada fikir resiko, tak fikir modal tak cukup , tak fikir duit tak ada dan bagaimana dengan pelanggan nanti. Saya juga telah nekad untuk tidak terlalu mengharap, kerana saya percaya jika kita terlalu mengharapkan sesuatu, jika gagal kita akan terlalu kecewa. Jika tidak mahu kecewa, saya membuat keputusan untuk tidak terlaku mangharap.  Saya jalankan je.....

Jika simpulkan dari 10 orang yang saya jumpa dan tanyakan pendapat untuk saya membangunkan hotel di sini,  sembilan darinya menolak dengan idea itu. Jadi saya membuat keputusan bersendiri untuk meneruskan cita-cita saya. Bukan sahaja kefahaman perniagaan tetapi pelbagai masalah lain yang timbul. Saya diperlekehkan, ada yang terlalu berterus terang sebagai contoh seorang  berbangsa cina bertanya saya “siapa lu punya tauke orang belakang lu buat ini hotel”. Saya senyum dan menjawab “tak ada orang belakang, semua duduk depan saya”. Mereka tidak percaya usahawan melayu boleh buat sendiri dan maju. Perkara yang sama juga saya hadapi bila saya ke Bank untuk membuat pinjaman, lembut gigi dari lidah tapi habuk pun tak ada. Dengan pelbagai alasan yang boleh diterima dan tidak boleh diterima seperti anda kurang berpengalaman, perniagaan anda tidak berpotensi, perniagaan anda kurang  3 tahun dan bla..bla... lepas tu malas lagi saya nak ke bank merayu...sekarang baru nak datang beri pinjaman. Bank hanya memberi pinjaman kepada mereka yang kaya atau mereka yang nampak kaya.

Itu belum lagi masalah persepsi sempit beberapa orang yang datang berjumpa, “ko nak buat hotel, nak buat sarang maksiat kat sini ya’. Saya cuba tenangkan mereka tetapi mereka menyusahkan urusan saya, mereka mempersoalkan, mereka mengadu ke penguatkuasa, bertalu-talu penguat kuasa majlis datang dengan berbagai jabatan penguatkuasa. Saya bersabar dan terus berdoa.  Akhirnya orang yang mengata-gata itulah, anak isteri mereka dapat manfaat sekarang dengan berkerja dengan d’impian.

Tidak kurang juga saya dan isteri di fitnah dengan pelbagai tomahan dan andaian. Mula-mula manusia yang tak boleh tengok orang senang ini memperlekehkan kita orang melayu nak buat perniagaan dengan fakta-fakta “tengoklah 6 bulan mesti lengkup tu” katanya. Dah lepas 6 bulan perniagaan saya berjalan baik mula lah mereka fitnah bagaimana saya dapat duit sebanyak itu membangunkan 28 unit rumah kedai dijadikan hotel, kononnya kos pembangunan hotelnya 10 jutalah, 20 juta lah dengan pelbagai andaian. Saya pernah tersisih dengan fitnah mereka.  Anda seorang usahawan, kadang-kadang cakap atau idea anda akan digelakkan orang dengan mereka tidak faham dengan cara anda berfikir. Anda berfikir dengan idea masa depan, mereka akan kata “dia tu cakap je lebih, bendanya tak jadi juga”. Berniaga bukan semudah silap mata 1,2,3 kalau tidak tentu ramai orang kaya raya.

Terus terang saya katakan mungkin saya tidak perlu lagi kerja jika saya mahu. Dengan pendapatan   sebulan agro dan hotel saya pada masa itu boleh menyamai gaji setahun jika saya bekerja (bukan bangga diri). Tetapi saya memikirkan idea saya diperlukan untuk dikembangkan lebih jauh. Saya juga maklum berniaga ada pasang surutnya. Kesan dari berniaga saya menjadi seorang yang lebih berani, tidak bergantung dengan orang lain dan jati diri saya lebih menebal.

Saya akan tersenyum puas melihat pelanggan penuh dan dapat membantu orang yang memerlukan.  Bulan pertama saya buka, saya sudah mendapat tempahan. Bilik belum sempat diubahsuai sepenuhnya sudah ada pelanggan yang menempah kebetulan masa itu mingu graduansi dan hotel saya berhampiran universiti.
Nasib saya baik, saya dapat sokongan dari keluarga saya. Saya dapat memujuk abang ipar saya dan kakak saya untuk bersama-sama membangunkan perniagaan ini. Mereka sudah punya kehidupan sendiri, kakak saya guru dan abang ipar saya seorang manager disebuah kilang di Selangor sanggup bergaji kecil semula membangunkan perniagaan kami. Tulang belakang saya dalam perniagaan ini adalah isteri saya. Dialah PA saya, dial ah akauntan saya, dialah pegawai pemasaran pada mula kami  merangkak dalam perniagaan. Rakan kongsi yang paling sesuai dalam perniagaan adalah isteri anda.

Penulisan akan datang saya ceritakan bagaimana seorang jutawan cina berjumpa saya mahu membeli hotel saya......saya terlopong dengan harga yang ditawarkan tetapi saya menolaknya...

1 comment:

Anonymous said...

slm sejahtera.. saya nak tnya.. encik tak buat pinjaman dari bank kah masanak buka hotel?? jdi encik dapat modal dari mana?? kwan saya pun brcadang nak buka hotel bajet tp takda maklumat yang terperinci... jd saya hrap encik boleh beri sedikit bimbingan.. tq