Ramai orang ingat orang berniaga ni senang. Itu sebab ramai nak berniaga.
Ramai yang tak tahu sebenarnya berniaga ni sukar likunya. Kekadang dalam sesetengah keadaan Kereta nak ditarik, gaji tak dapat dibayar, jualan kurang. Itu semua pengalaman.
Ramai orang takut berbisnes kerana takut dengan resiko. Takut dengan kegagalan dan kerugian.
Kekadang menanggis sendiri, kekadang gembira sendiri. Hidup seorang peniaga penuh dengan warna warni yang indah.
Selagi kita tidak tahu betapa pahitnya GAGAL, selagi itu kita tidak menikmati betapa besarnya nikmat kemanisan sebuah KEJAYAAN.
Dalam hidup kita perlukan mendung dan hujan. Kita juga perlukan matahari ceria. Keduanya perlu untuk melihat pelanggi indah.
Hidup berbisnes kerana Allah, bekerja kerana Allah. Bukan untuk manusia. Apalah sangat kegagalan semalam, usahalah lagi dan kita sentiasa diberi peluang berkali-kali.
Usahlah lemah, usahlah bersedih. Usahlah malu dan segan pada insan lain. Kita hidup kerana Allah.
Sunday, April 6, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment