Sunday, April 6, 2014
Cerita kampus dulu-dulu
Saya ingat masa dikampus dulu. Masa semua student sibuk bergembira menikmati zaman remaja tetapi saya perlu kerja dan berniaga. Dari tahun pertama saya di universiti saya tak dapat biasiswa atau pinjaman. Sebabnya hanyalah kerana kesalahan pegawai bahagian pinjaman.
Saya orang kampung, saya budak muda, saya kehilangan ayah masa saya muda. Saya rasa rendah diri bila saya terlalu miskin tika itu.
Tetapi ujian itu menyebabkan saya bangkit, saya bekerja pembantu di cafe, saya berniaga komputer hingga menjual baju di persatuan semua saya buat untuk meneruskan hidup dan impian cita-cita.
Ujian itu membuat saya lebih berani. Saya aktif dalam persatuan dan mpp, saya wakil mewakili universiti untuk sukan hingga satu hari rakan baik saya bertanya " bahar, bila ko belajar bahar. Jangan bahar nanti kau gagal ".
Saya rasa terpanggil, ya benar saya kurang study. Setiap hari terpaksa bekerja dan berniaga untuk sesuap nasi. Berniaga dipasar malam , menjual air , otak-otak , kerepek dan lain-lain.
Rahsianya adalah doa, doa mak saya. Setiap kali saya nak pereksa saya akan telipon mak, dan mak akan puasa dan berdoa untuk saya. Mungkin itu sebabnya.
Kekadang kita perlukan cabaran dalam hidup untuk bergerak lebih kratif dan pantas. Tukar ujian anda tadi kepada cabaran..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment