Sunday, April 6, 2014

20 nasihat yang baik menjadi seorang usahawan.


1. Lakukan sahaja dengan yakin. 

Jika anda mahu mulakan .... mulakan sahaja. Saya tahu anda punya 1001 halangan tetapi berusahalah melepasinya. Jadikan halangan itu sebagai cabaran anda untuk berjaya daalm bisnes. 

2. Jangan berharap besar, nanti kecewa besar. 

Ramai yang menyangka bisnes boleh mengkayakan mereka. Jawabnya tidak...ya tidak. Usahalah bersungguh-sungguh.

3. Bergantung harap pada Allah 100%

Rezeki dari Allah, jangan berharap pada sesiapa. Percaya pada diri sendiri.

4. Mengumpil bakat diri

Ramai yang tidak mengunakan bakat yang mereka ada. Ramai yang membazir bakat mereka hanya kerana mereka takut.

5. Buat dari kecil

Sebelum bertanding dipadang besar, berlatihlah dulu bertatih berjalan baru berlari. Sama juga dalam dunia bisnes.

6. Jangan buat seorang diri

Selagi anda tidak mempercayaan orang lain untuk bersama dalam bisnes anda selagi itu bisnes anda masih sukar berkembang.

7. Buat bisnes jenia perkhidmatan.

Untuk bisnes pertama anda adalah baik jika anda memilih jenis bisnes perkhidmatan atau servises kerana ianya adalah kurang modal. Kumpul untuk untuk bisnes yang lebih besar.

8. Buat sampai siap dan habis.

Ramai orang buat bisnes sekerat-sekerat tidak dihabisman bisnesnya.

9. Sabar dengan kerenah bisnes

Jangan ada anggapan bisnes ni mudah nak berkembang. Seminit kita leka banyak yang kita akan rugi. Duit kita dari poket orang lain, kita perlu mempunyai seni mengambil duit dari poket orang lain ke poket kita.

10. Hidup peniaga perlu seperti rajawali.

Impiannya besar dan terbangnya tinggi. Jangan jadi bangsa ayam berebut-rebut, fitnah sesama sendiri, patut mematuk. Telur sebiji riuh sekampung.

11. Hidup peniaga perlu rajin seperti semut

Semut rajin, dihalang ke kiri , mereka ke kanan. Jika dihalang ke kanan mereka ke kiri.

12. Jati diri perlu tinggi

Golongan peniaga tak ramai, spisis ini bukan spisis biasa yang boleh jumpa. Ramai yang tidak memahami anda.

13. Peniagaan adalah fardu kifayah.

Peluang halal besar, tetapi ramai yang tidak mengambil kesempatan.

14. Jangan banyak berhutang

Lebih lagi saudara mara atau rakan terdekat.

15. Menjadikan masalah kepada peluang.

Seorang sahabat saya diputrajaya susah nak potong rumput di depan rumahnya dan menjadikan itu sebagai kerja part time nya sekarang menjana 5 k sebulan.

16. Buat dulu perkara yang paling anda takut nak buat.

Kita tak bergerak selalunya kerana kita takut untuk melakukannya. Itu hanya persepsi sahaja.

17. Mulakan apa yang anda tahu.

No comments: