Tuesday, October 30, 2012

Bab 6 :: Kenapa perlu anda berniaga dan menjadi kaya?



Rugi sebenarnya jika di Malaysia ni anda tidak terbilang dalam salah seorang dari jutawan. Kenapa? , bila saya katakan anda boleh jadi JUTAWAN, anda takut,anda tidak yakin anda boleh jadi jutawan. Saya bercakap benar, kenapa tidak anda boleh menjadi jutawan sedangkan ramai yang telah menjadi jutawan termasuk pendatang asing sama ada ‘pendatang haram’ atau ‘pendatang halal’.  Mereka hanya berniaga kain, mereka hanya berniaga air ditepi jalan tetapi pendapatan mereka berpuluh ribu sehari. Rumah mereka besar, kereta mereka besar, keluarga mereka bahagia, setiap bulan menghantar duit ke kelaurga meraka di negara asal.
Nah, jadinya bagaimana?. 

Anda sedia maklum 9/10 sumber razaki adalah dari perniagaan.  Sebenarnya menurut kajian 9/10 orang jutawan seluruh dunia adalah dari punca berniaga. Saya cukup percaya dan yakin jika kita punya kemahuan untuk Berjaya alam perniagaan pasti akan tercapai. Tiada jalan singkat untuk berjaya.   Saya memulakan perniagaan saya adalah kerana kesedaran saya tentang setinggi mana pangkat saya ketika saya bekerja sekarang tidak dapat saya wariskan kepada anak cucu saya. Warisan itu bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi pengalaman, tamadun berniaga dan cara pemikiran.

Saya yakin, minat saya berniaga datangnya dari ayah saya. Semasa kecil dulu, saya selalu membantu ayah saya di kedai cendol depan rumah dan jika cuti sekolah menjual sayuran kampong, ubi kayu dan keledek keliling kampong. Saya juga membuat perkara yang sama kepada anak-anak saya, juga staf saya untuk mereka boleh belajar selok belok berniaga. Mereka harus diterapkan sejak kecil dengan mentaliti berniaga.

Bangsa cina sangat memandang tinggi kepada golongan usahawan walaupun berniaga kecil-kecilan. Berlainan dengan bangsa melayu, mereka lebih suka anak mereka bekerja kerana lebih terjamin, ada cuti, ada pakej kesihatan, kerja ikut masa dan lain-lain. Soalan pertama bila mahu memilih menantu adalah apa perkerjaanya. Digambarkan pula sesetengahnya orang berniaga ini ramai yang bankrupt, kalau kaya nanti sombong, dan pelbagai alasan dengan momokan kosong menyebabkan ramai diantara kita lebih suka makan gaji.

Saya memberi anda beberapa contoh bagaimana aliran tunai yang berlaku setiap hari:- 
1.      Syarikat telekomunikasi seperti Celcom contohnya. Kalau secara kasar ada 1 juta pelanggan sehari. Yang akan mengantar SMS antara satu sama lain setiap 5 minit (selang masa 5 minit la). Dan caj yang dikenakan untuk setiap SMS adalah sebanyak 1 sen. Pendapatan Celcom setiap 5 minit akan jadi RM10ribu. Setiap 5 minit je.

2.      Rating Akademi Fantasia kiranya yang diterbitkan oleh Astro kita kirakan secara kasar 1 juta penonton setiap hari. Bayaran untuk bill Astro, RM1 sehari. Dan kalau pelanggan ni akan maintain guna Astro selama 3 bulan sepanjang tempoh Akademi Fantasia berlangsung. Maka pendapatan Astro akan menjadi RM1juta sehari. Itu belum masuk untuk undi SMS lagi

3.      Setiap orang akan membelanjakan lebih kurang RM10 sehari untuk makan. Bayangkan kalau dalam sesebuah Universiti. Untuk memudahkan kita nampak realiti duit ni. Kira kasar dalam 10ribu pelajar universiti setiap hari yang perlu makan. Maka perbelanjaan untuk makan sehari di sesebuah universiti adalah sebanyak RM100ribu SEHARI. Kalau 10% sahaja yang anda dapat dari 100 ribu saya rasa sudah cukup untuk sebuah cafe kecil.

Sekarang bagaimana? Adakah anda sudah yakin anda boleh menjadi JUTAWAN dengan berniaga?.  Saya sertakan beberapa fakta sokongan kenapa perlu anda berniaga sendiri.  Saya punya ramai rakan yang berpangkat dipejabatnya, di kilang mereka tetapi mereka semua hanya dihormat bila mereka berpangkat besar setelah pancen mereka tidak lagi dipandang. Ramai yang akan bersendirian dan baru mahu memulakan perniagaan sendiri. Makan gaji sebenarnya beresiko tinggi, jika kita sihat dan muda juga bertenaga selalunya syarikat suka tetapi sebaliknya kita sakit dan kurang prodaktif kemungkinan kita diminta meninggalkan syakikat, malang tidak berbau.

Kalau dah semua berniaga macam mana? Jangan risau sebenarnya baik semua orang berniaga dan tentunya apa yang mereka niagakan bukanlah barang yang sama. Saya yakin ramai lagi yang tidak membaca tulisan saya ni dan masih ramai lagi mereka yang takut untuk memulakan perniagaan.

Perkara yang paling menarik dalam pakej berniaga ini adalah anda boleh menjadi BOS kepada diri sendiri. Anda boleh mementukan masa bekerja anda, anda boleh menentukan dimana anda bekarja, anda boleh mementukan berapa gaji anda sendiri juga anda boleh membuat perkara yang anda suka.  Jika anda mahu pendapatan lebih anda berkerja lebih kuat dan anda akan mendapat peluang yang lebih luas.

 "Rahsia untuk bergerak ke hadapan ialah memulakan sesuatu. Rahsia utk memulakan sesuatu ialah memecahkan tugas-tugas kompleks dan sukar kepada tugas-tugas yg mampu di uruskan, dan mulakan perkara pertama"

Saya punya impian untuk berjaya. Dalam perjalanan saya, saya sentiasa berusaha mencari jalan mencapai impian saya. Setalah pulang dari England, saya memulakan bab ke-dua kehidupan kami di Malaysia. Saya meneruskan pekerjaan saya sebagai seorang pendidik disamping itu berdekit-dekit berjinak dalam dunia perniagaan. Saya mulakan dengan projek-projek kecil dikampung,dengan  membeli tanah sawit dan projek tanaman serai. Saya Berjaya dalam semua projek tersebut lebih-lebih lagi projek tanaman serai sehingga dapat saya membina rumah mak dengan hasil kebun sahaja.

Saya ada matlamat berniaga, saya harapkan bangsa saya berubah. Saya cuba membantu siapa sahaja yang minat dalam berniaga melalui pengalaman atau bekerja dengan saya. Saya berasal dari seorang yang susah dikampung. Saya telah kehilangan ayah dalam usia muda saya, mengharap belas ihsan orang dan sangat sukar dalam perjalanan permulaan dulu.

Setelah saya dewasa tidak banyak keluarga saya berubah, kesemua kakak dan abang saya masih bekerja mencari razaki dengan bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Saya melihat anak-anak saya, saya melihat anak-anak saudara saya mereka masih kecil dan mahukan pendidikan. Saya fikir walau sebesar mana pangkat yang saya ada semasa saya bekerja, saya tidak dapat membantu mereka. Akhirnya nanti, mereka akan menjadi golongan yang mengharapkan bantuan lagi, mengharap bantuan kerajaan, meminta-minta kerja, meminta bantuan bank, meminta bantuan dapat kerja, saya tak suka. Tersentak dengan kesedaran itu saya cuba sedaya upaya berfikir untuk berubah, bukan untuk saya tetapi genarasi saya. Saya fikir ramai yang memerlukan bantuan dari saya. Rupanya tenaga dan fikiran kita akan berjalan mengikut impian dan target yang kita sasarkan.

Pernah satu masa saya mempunyai tanah 50 ekar dgn projek sawit dan serai. Saya hanya mengambil masa selama 2 tahun sahaja untuk mendapatkan dan menjalankan projek itu. Ada tanah yang saya pajak ada tanah yang saya beli.

Patutlah penghulu-penghulu lama dulu banyak tanahnya. Bila orang kampong susah, mereka akan bertemu penghulu mengadu masalah mereka dan memohon penghulu membeli tanah mereka. Saya membeli sekaping dua tanah dan bermula dari itu ramai orang kampong mula memberi peluang untuk memjual tanah sawit mereka. Saya nasihatkan kepada anak muda, belilah tanah dan tanamlah sawit, Perkara yang paling mudah dalam dunia. Untuk Berjaya anda jangan beri alasan anda.

Harga sawit pernah melonjak sehingga RM800 setan, saya pernah mendapat duit sawit sekitar RM 20 ribu sebulan utk semua kebun saya. Terus terang saya katakan saya bukanlah seorang ada masa untuk bersihkan kebun, meracun dan membaja. Sehingga ada masa-masanya sehingga berbulan membawa setahun saya tidak masuk kekebun, bukan perkara yang bagus. Semua urusan kebun saya serahkan kepada seorang manager untuk memantau. Saya juga adalah usahawan hartanah, jika ada peluang untuk menjual tanah dengan nilai yang lebih tinggi atau memerlukan kewangan untuk projek lain saya akan menjual tanah tersebut. Setakat ini, saya tidak pernah rugi membangunkan tanah dan berniaga hartanah malah itulah nafas perniagaan saya.

Satu masa dulu, Projek tanaman serai saya meliputi tanah seluas 18 ekar. Saya berpendapat projek ini harus diperkembangkan terutamanya anak-anak muda melayu. Insaallah saya akan membantu dan berkongsi pengalaman dalam ilmu saya yang saya ada dalam bidang ini. Bidang ini boleh memberi pendapatan tambahan kepada kita, dan saya bercaya sekiranya kita berusaha tentu ada jalannya. Perkara ini saya telah melaluinya dan bolehlah dikongsikan bersama. Pendapatan MINIMUM se-ekar tanah 5 bulan adalah 2 – 4 ribu/sebulan. saya akan ceritakan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan ini.

-Seekar tanah adalah seluas 43,560 ka persegi  

-Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4’x3’ atau 2’ X 3’ . Oleh itu dalam seekar tanah terdapat 3628 rumpun serai.(43560/12=3628)

-Dalam satu lubang tanaman, disyorkan  untuk ditanam dengan 2 batang serai dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai.

-Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg

-Oleh itu pendapatan kasar adalah 3600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400

- Jumlah Perbelanjaan =  Lebih kurang RM4000
 
PENDAPATAN BERSIH PER EKAR  RM 14,400-RM 4,000    =  RM 10,000

RM 10,000.00 / 5 Bulan , sebulan RM 2,000.00 . Dan sekiranya kita ada 10 ekar berapa pendapatan kita sebulan. ini pun saya kirakan pendapatan yang paling minimum. Tetapi ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah . Sebenarnya saya tanam serai 2′ x 3′ dan seekar oleh mendapat hasil lebih. Pendapatan seeker bagi kebun yang saya usahakan adalah RM4,000 seekar/sebulan. Jika anda mahu kan pendapatan 40 ribu sebulan, berapa ekar yang harus anda tanam. 

Setelah mendapat sedikit modal dan semangat saya mulakan projek perhotelan. Saya sebenarnya tidak mempunyai pengalaman dalam semua perniagaan yang saya ceburi. Saya  mengambil pekerja dan mereka yang menguruskan projek-projek saya adalah mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut, ini adalah jalan singkat.
Dalam berniaga terdapat tiga langkah sebelum anda menjadi seorang usahawan tulin, ini teori saya :

-Langkah pertama, anda perlu pandai cari DUIT.
-Langkah kedua, setelah anda dapat DUIT. Anda perlu pandai mencari projek yang buat DUIT.
-Langkah ketiga, setelah anda pandai mencari projek yang boleh buat duit, anda perlu pandai mencari ORANG yang boleh buat DUIT untuk anda.

Saya memulakan D’impian INN dengan sukar, saya difitnah bermacam-macam dengan kemampuan saya membangunkan sebuah hotel, saya akan ceritakan dalam bab seterusnya ..

Bab 13 :: Bagaimana wang boleh bekerja untuk anda ?

Mari terbang bersama saya 

Satu ketika dulu dan tidaklah terlalu lama. Saya memulakan kehidupan realiti saya sebagai seorang pekarja dalam masa yang sama saya berniaga untuk mencari duit tambahan.  Matlamat saya kerja siang dan malam adalah duit, mencarinya untuk keperluan dan kesenangan. Saya bergelut untuk menjimatkan beberapa ringgit untuk simpanan.  Mencari duit tambahan dengan membuat kerja lebih masa. Hidup saya selasa, tapi masih terlalu berhati-hati. Dari tahun ke tahun saya mulakan kehidupan dengan keluarga bahagia bersama isteri dan anak-anak.  Keperluan saya semakin bertambah dari hari ke hari, hutang rumah dan kereta membuatkan saya semakin bekerja untuk orang lain.

Sedar tak anda sebenarnya ramai yang bekerja untuk orang lain bukan untuk diri sendiri. Pertama mereka bekerja untuk syarikat tempat mereka bekerja. Kedua mereka bekerja dan dapat duit selepas itu membayar untuk kerajaan melalui cukai pendapatan dan akhirnya mereka bekerja untuk bayar hutang dengan bank.  Begitulah perkara itu berputar setiap hari, minggu, bulan dan tahun.

Tiba-tiba saya tersedar iaitu duit perlu bekerja untuk saya bukan saya berkerja untuk dapat duit. Mulai itu persepsi saya berubah, matlamat dan cara saya berfikir turut bertukar.  Saya berkerja untuk melabur, berniaga dan mencari jalan bagaimana hamba baru (sekumpulan duit ) saya boleh berkerja untuk saya mencari lebih banyak duit.

Saya mulakan kehidupan baru saya tanpa hutang. Saya merantau mecuba nasib baru dan pergi ke England bersama keluarga dan tinggal disana 5 tahun. Disana banyak saya belajar erti kehidupan. Kebetulan saya baru berumur 25 tahun tika itu, baru memulakan kehidupan. Saya jual semua asat saya dan bayarkan semua hutang. Saya mulakan kehidupan yang sederhana dengan kepercayaan “bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian”.  Banyak perkara menarik akan saya bongkarkan pengalaman indah hidup dinagara orang dalam bab seterusnya.  Perkara yang paling besar yang saya dapat adalah kepercayaan dan keyakinan diri saya tinggi dan saya fokus dengan apa yang saya impikan.   

Dulunya, saya kurang percaya dengan diri saya. Perkara yang negative akan bermain dikepala saya sebelum saya mencuba sesuatu. Saya sangat takut untuk menyebut “saya mahu kaya”, saya takut dengan ketakutan yang dicipta sendiri. Saya takut untuk gagal, saya takut untuk kecewa menyebabkan saya kurang mencuba sesuatu yang baru.  Rupanya setiap perkataan itu adalah doa, menyebabkan jika saya sudah berkata saya tidak boleh Berjaya. Akhirnya saya tidak akan Berjaya atau kejayaan yang diperolehi tidaklah terlalu cemerlang.

Dalam  membetulkan sedikit demi sedikit paksi matlamat saya dalam berniaga memberi saya peluang untuk faham bagaimana menjana duit menjadi duit lebih banyak. Perkara pertama apa yang anda harus lakukan adalah percaya, jangan pandang rameh dan jangan diperlekeh apa yang hendak saya sampaikan.  Anda perlu menukar persepsi negative anda tentang duit. Kadang-kadang saya hairan, ada yang berkata pada saya yang mereka tidak berminat untuk kaya tetapi dalam masa yang sama mereka berkerja 8 jam sehari dan bertungkus lumus mencarinya.

Tukar cara pemikiran anda dengan menyatakan “saya adalah seorang yang kaya dan Berjaya, anda tidak akan begini jika saya mahu kaya”. Tanamkan pada minda anda duit itu penting, dimana duit adalah kuasa. Saya punya ramai kenalan, mereka berlapisan masyarakat. Ada yang bergelar Tan Sri, dato’, professor  hinggalah seorang pekerja buruh, mereka ada yang jutawan hinggalah mereka yang gajinya hanya cukup makan. Saya melihat depan mata saya, mereka yang banyak duit yang sebenarnya banyak membantu dan menderma bukan disebabkan mereka banyak duit tetapi mereke percaya lebih banyak memberi, lebih banyak mereka menerima. Dari Bill gate temilik Microsoft hingga ke Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari mereka mencari duit untuk memberi dan merasakan ramai orang. Saya nak cuba memberi contoh supaya anda tidak lagi mempertikaikan  duit itu boleh membawa kesenangan dan bukan semata-mata membawa kehancuran dan malapataka. Sekarang sudah percaya?
Budak kecil kuasa imejinasinya tinggi, cita-citanya tinggi sehingga anak saya boleh percaya satu hari nanti dia boleh jadi super hero seperti supermen. Rupanya kuasa pemikiran kita tidak dapat dinilai kekuatannya dan tiada hadnya. Kepercayaan pada diri anda akan membawa kejayaan hakiki kepada anda.

R. T. Kiyosaki pelabuh hartanah dan penulis terkenal ada menyebut bahawa “orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk duit. Orang kaya mempunyai duit yang bekerja untuk mereka. “
Pelajaran pertama saya belajar dengan ayah saya tentang berniaga adalah perlu berani mencuba. Semasa kecil saya, saya perlukan mainan patung askar, basikal dan spek mata hitam. Semuanya saya tahu dari seorang pelajar sekelas saya disekolah rendah dan dia adalah anak orang berada, ibuny seorang guru. Saya minta pada ayah saya, dia menjawab “cari lah duit”. Soalan saya mudah, bagaimana nak cari duit? , jawapan nya juga ringkas “gunakan akal fikiran”.

Berhari-hari saya dalam kemuraman, tetapi akal saya mula berjalan bagaimana mencipta duit. Saya bekerja ikut ayah, dapat gaji. Saya jual kelapa, kumpul tin  kosong dan beberapa perkara untuk mendapatkan duit. Saya mudah mendapatkan duit dengan tanpa modal hingga saya menjual bungkusan kecil di isi milo mak dirumah dan dibungkus dalam plastic dan saya jualkan semula  di sekolah. Rupanya  saya diajar bagaimana untuk menjana pendapatan.
Bila saya besar baru saya faham semua pelajaran tersebut dimana pentingnya menjana pendapatan dengan menggunakan akal, walaupun saya berniaga tanpa modal tetapi ayah biarkan saya bergembira dengan apa yang akhirnya saya dapat. Kepuasan mendapat sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri.

Saya terfikir juga, ramai yang berusaha mendapatkan duit dengan bekerja bersungguh-sungguh saing dan malam tetapi mereka masih miskin, mengapa perkara ini berlaku?. Satu cerita seorang kenalan saya, bekerja suami isteri dengan hidup 2 anak, tinggal di ibu kota. Suami seorang jurutera yang dihormati dan isteri seorang guru. Mengadu pada saya mencari penyelesaian keluar dari  masalah mereka. Jika dihitung dengan betul,setelah membayar semua hutang rumah , kereta, kad kredit dan semua yang lain lebihan pendapatan mereka hanyalah RM300 sebulan. Menggunakan kad kredit 5 keping, untuk alasan kerja. Saya termenung memikirkan nya.

Mereka bangun tidur, kerja, bayar hutang, tidur dan diulang bangun tidur , kerja , bayar hutang dan tidur semula setiap hari, mereka terperangkap oleh jerat hutang.  Anda tidak rasa penat ke?, bekerja setiap hari dari pagi hingga ke malam, berusaha, berfikir, dimarahi pelanggan, ditegur bos...tapi...semua duit tu anda beri pada bank utk bayar hutang, dan ulang semula bulan berikutnya. Bayar diri anda terlebih dahulu dgn menabung sebelum membayar hutang. 

Bila bekerja ramai yang meletakan harga pada dirinya. Mereka berbuat demikian adalah kerana dengan dua sifat iaitu takut dan tamak. Permulaan nya mereka takut tidak memiliki wang dengan berkerja keras untuk memilikinya. setelah mereka bekerja keras dan mendapat gaji, mereka terbayang-bayang barangan dan kemewahan yang boleh dibeli dengan wang. mereka mula tamak utk mendapat banyak wang. wang itu sebenarnya akhirnya dibelanjakan juga dan habis. Akhirnya satu corak kehidupan baru terbentuk dengan "orang bekerja untuk wang". Anda jangan terperangkap dengan corak kehidupan ini, belajarlah untuk wang bekerja untuk anda...

Dulu saya berfikiran kecil, selalu saya takut dengan apa yang saya impikan. Rupanya bila saya takut untuk bercita-cita besar saya semakin jauh dengan impian saya tadi. Semua perkara yang saya impikan menjadi sukar dan susah untuk saya dapat. Menyebabkan saya akan terlalu kecewa jika saya tidak mencapai apa yang saya inginkan. 

Pada masa itu, saya hanya percaya logic biasa. Sebagai seorang anak muda yang baru habis degree cukuplah bergaji lima ribu, cukuplah sebuah kereta, cukuplah mencari dan mengumpul duit untuk sedikit-sedikit untuk bernikah. Saya tidak terfikir dan mungkin boleh pengsan jika diberikan impian yang terlalu besar, contohnya “Aku boleh bergaji 30 ribu sebulan , memakai kereta Mercedes dan membeli rumah bernilai sejuta”. Walaupun pada masa saya berumur 22 saya telah ada pengusahaan dan perniagaan sendiri. Saya menjadi orang biasa-biasa. Saya yakin, anda juga begitu...Lalu saya menghampiri kegagalan disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri.

Jika hanya yakin pada diri sendiri itu namanya takabur...tetapi jika kita percaya dengan diri sendiri dan yakin dengan kekuasaan Allah itu namanya iman. Saya mula bergerak mempercayai dan berimpikan perkara yang besar-besar. Rupanya jika keyakinan pada Allah bertambah dan percaya semua nya datang dariNYA semua perkara yang susah dan mustahil tadi menjadi senang dan mudah. 

Saya beri cntoh apa yang berlaku pada saya. saya mengimpikan untuk ke mekkah menunaikan umrah dan haji. Saya fikir pada mulanya satu perkara yang sukar, duit belanja, tinggal isteri dan anak, bagaimana kerja saya dan tentu jika saya sudah tua baru dapat saya kesana.

Saya menukar impian, saya berdoa untuk pergi ke mekkah bersama keluarga saya, Allah tunaikan hajat saya hanya dalam 3 bulan saya setkan impian tadi. tiba-tiba rezaki saya berlempah ruah, saya dapat menunaikan umrah dan ditambah bonus dapat bersama semua 11 orang keluarga saya bersama ibu saya dan dapat menaja mereka kesana. Bila dapat membawa ibu saya yang sudah tua dgn berkerusi roda mencapai impian nya...setiap kali saya ingat perkara ini saya akan mengalirkan air mata bersyukur. Alhamdulilah setiap tahun dapat saya menghantar sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga saya ke Mekkah ...insyaallah saya nak seramai mungkin merasa pengalaman yang indah ke sana..doakan saya

Anda perlu berusaha, berserah, terima seadanya, ulang semula dari yang pertama. Saya dan anda perlu bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Ramai orang yang saya jumpa tidak mempunyai cita-cita besar.

Mereka yang tidak mahu kaya adalah orang yang ego dan pentingkan diri sendiri. Mereka hanya mementingkan dirinya sahaja, tidak memikirkan orang lain sekolah ke tidak, makan ke tidak dan seterusnya.. Jika dia makan, bagaimana jiran nya?, jika anaknya belajar, berapa ramai orang yang tidak mampu lagi utk belajar. Apa salahnya anda bercita-cita utuk memberi seramai orang belajar dengan memberi biasiswa kepada mereka. Orang biasa akan berfikir bagaimana untuk mendapatkan penajaan tetapi orang yang Berjaya berfikir bagaimana untuk boleh memberi biasiswa. Orang biasa fikir bagaimana nak dapat perkhidmatan hospital percuma, orang yang Berjaya berfikir bagaimana mahu membina hospital untuk diberi percuma kepada seramai mungkin..dan seterusnya.

saya selalu terfikir, saya memakai kereta, bagaimana boleh keluarga saya juga punya kereta , sahabat saya punya kereta dan bagaimana boleh saya boleh membantu mereka memiliki kereta. Saya mengimpikan untuk kaya dan saya mahukan kayakan seramai orang yang saya boleh, saya bersekolah, saha mahukan sekolahkan seramai orang yang boleh....kenapa? anda tidak percaya?...saya percaya saya dan anda boleh melakukanya. Jangan terlalu asik melihat dan bercakap kejayaan orang lain sehingga terlupa anda juga mampu Berjaya.

Jadinya bagaimana?. Anda perlu berkorban, mengubah tabiat dan berhijrah dari sekarang...sekarang..sekarang...ya sekarang. Mulakan dengan yang kecil dan apa yang anda tahu, tidak perlu modal besar, jadikan mulut, krativiti fikiran dan tenaga anda sebagai modal pertama anda. 
   

Monday, October 29, 2012

Bab 5: Berniaga sendiri atau bekerja mana lebih baik?

CEO D'impian Group


PROJEK MENULIS BUKU

Bab 5: Berniaga sendiri atau bekerja mana lebih baik?

Lepas habis belajar di universiti saya terus mendapat kerja.  Saya kerja ditempat saya praktikal masa belajar dalam bidang komputer. Masa itu walaupun masa kemelasetan ekonomi dan ramai tak dapat kerja, tetapi  berkerjaya.

Ibu saya suka saya bekerja, katanya kalau berkerja stabil ekonominya, terjamin masa depan dan balik ikut waktu. Mak selalu membandingkan saya dengan saudara saya yang bekerja kerajaan dan berpangkat. Di kampung kalau pilih menantu pun perlu ditanya kerja nya apa, jika sudah dapat bekerja dengan kerajaan atau pun swasta tentu cepat diterima.  

Saya punya sejarah manis dengan arwah ayah saya tentang motivasi berniaga. Dari kecil saya dibawa mengikut beliau berniaga kecil-kecilan. Saya akan diminta menjaja daun ubi dan keledek sekeliling kampung, saya suka kerja itu. Duitnya dibahagi dua sebagai upan, banyak saya jual dan saya akan menerima banyak upah.  Bila ada keramaian seperti ceramah agama atau sambutan perayaan abah akan berniaga kerepek. Perkara yang melucukan adalah mak selalu marah-marah sebab ayah akan jual murah. Abah cakap, jika berniaga kita dapat duit, jika sedekah kita dapat pahala. Kedua-duanya kita untung, perkataan ayah yang masih terngiang-ngiang ditelinga saya. bila saya disekolah menengah dan dewasa sedikit ayah buatkan kedai kecil depan rumah saya, jual cendol dan rojak petis untuk orang kampung, ayah masih bekerja dengan membawa kereta sewa.

Saya dibesarkan dalam dua keadaan persimpangan iaitu membesar dengan fahaman mak dimana bekerja dan berpangkat besar bila besar nanti dan pandangan sebaliknya dari ayah. Tetapi kedua mereka memegang prinsip yang sama dengan pendidikan sahaja boleh mengubah tamadun kita.  Ibu saya akan selalu berletir kepada saya, belajarlah bersungguh-sunguh supaya saya mudah mendapat kerja bila besar.
Ayah pula menasihat untuk saya belajar bersungguh-sungguh supaya besar nanti pandai berniaga dan punya syarikat sendiri, mereka berdua memang tidak sependapat tentang perkara ini. Ayah kata, jika berniaga kita akan mengurus masa sendiri, jika perniagaan maju kita boleh menjadi kaya dan banyak duit. Jika banyak duit kita boleh banyak membantu orang lain bekerja.

Sejak tingkatan 4 saya sudah bersekolah asrama penuh, dibesarkan melalui desplin. Tetapi sejarah lama menjadi kenangan bagi  saya, masa itu apa yang saya tahu adalah saya suka dan minat berniaga jauh sekali niatnya berniaga boleh membawa kekayaan.  Disekolah saya selalu di ingatkan untuk tidak lupa diri, jangan mencari kekayaan sebabnya duit akan membawa kita lupa diri. Digambarkan orang kaya nanti sombong, tak sembahyang, menipu melalui cerita-cerita yang dibawa, kita perlu bersederhana. Tetapi membuatkan saya termenung, adakah orang miskin semua nya rajin sembahyang, rasanya ada juga si miskin sombong .
Menjadi seorang remaja dengan asakan minda dimana saya perlu berjaya dikelilingi dengan nasihat adalah suatu perkara yang bukan mudah. Memilih untuk jadi apa bila besar menyebabkan saya keliru dengan erti kejayaan. Kejayaan pada masa itu adalah mengejar 8 A dalam SPM dan belajar ke luar negara. Saya perlu taat, patuh dengan pattern yang dibuat untuk saya.

Pandangan saya matapelajaran kemahiran hidup satu ketika dulu perlu diteruskan untuk mengasah anak-anak dengan keadaan dan kerja dan kehidupan sebenar. Perkara tambahan yang perlu diajar adalah pengurusan kewangan dan bagaimana menjana duit.  Ianya hanya diajar dengan tidak formal dirumah menyebabkan banyak remaja akan terperangkap dengan masalah hutang dari awal termasuk saya ketika itu.  
Saya punya saudara yang sangat dihormati oleh ibu dan ayah saya,  dia akan djadikan contoh ibu saya setiap kali bercerita tentang masa depan. Masa saya kecil, pak cik saya akan bercerita dengan gembira gred gaji, manfaat perubatan kerja kerajaan, kemudahan cuti , bonos dan lain-lain. Tetapi diakhirnya saya melihat beliau hanya punya sebuah rumah banglo dan sebiji kereta yang masih ada hutangnya bila dia pancen.
Saya membesar dari zaman kanak-kanak ke zaman belajar di universiti. Saya telah punya syarikat sendiri seawal saya tahun kedua di universiti. saya mempunyai kedai komputer, saya punya kereta sewa, saya berniaga printing dan banyak lagi semata-mata untuk menyara yuran pengajian saya dan pembelanjaan mak di kampong dengan ayah sudah pergi buat selamanya, membuatkan saya cepat matang.

 Habis belajar di universiti, saya bekerja. Sambil bekerja saya juga meneruskan minat saya berniaga. Walaupun tidak mengganggu waktu kerja saya, tetapi saya dipandang serong oleh semua pihak. Saya pasti ianya juga berlaku hingga sekarang dengan anda.

Pandangan serong dari keluarga, saya sudah mendapat ijazah dan apa perlunya saya berniaga sendiri. Semua ketakutan diberi kepada saya sebagai contoh penat, nanti rugi, dan lebih baik saya menumpukan dengan kerja dan fokus dengan naik pangkat.

Pandangan serong dari masyarakat, jika berniaga ni macam tak stabil le. Kalau ditanya dikampung. “baha kerja apa sekarang?”. Saya berniaga mak cik. Terus berubah mukanya berkerut 1001 persoalan, biarlah jadi kerani pun lepasan ijazah dan bergaji kecil itu lebih stabil dari orang berniaga, itu pandangan mereka. Pandangan serong dari kawan, enjoy le nak buat apa kerja sampai 7 hari seminggu jom le tengok wayang , hari minggu jalan dengan mak wa.

Pandangan serong dari majikan, walaupun pristasi anda sudah sama dengan eksekutif lain dan waktu kerja anda sama dengan yang lain tetapi perasaan sangsi dari pengurusan tetap ada. Menjadi satu dosa jika anda bekerja dan mempunyai bisnes sendiri di luar. 

Walaupun saya bekerja masa itu tetapi saya mempanyai syarikat sendiri juga pekerja sendiri. Balik kerja dari jam 6 petang hingga waktu malam, saya akan menghabiskan masa saya bersama pekerja saya mengaturkan itu dan ini. Jika di bulan ramadhan saya akan menjual kuah raya, itu memang kesukaan saya. 15 tahun lepas, saya  menjual kuih raya dengan hasil jualan 15 ribu sehari dengan pendapatan yang lumaian. Saya akan ceritakan dalam bab “kerja sebulan makan setahun”.

Ramai orang memilih untuk bekerja dari berniaga. Mereka melihat bekerja ini stabil dan mempunyai gaji tetap. Setiap bulan ada gajinya, kurang resikonya.Saya kurang setuju, saya ada pengalaman yang banyak dalam perkara ini. Bukan syarikat yang kecil sahaja yang tidak kukuh malahan syarikat yang besar seperti bank juga mengurangkan pekerjanya dalam kegawatan ekonomi, mereka tidak sepenuhnya stabil. Ramai kawan-kawan saya bergaji berbelas ribu keatas, berpangkat, terpaksa keluar dari kilang atau bank atau tempat mereka bekerja disebabkan kilang tersebut nak tutup pada tahun 1998 dulu. Mereka sudah bertahun-tahun kerja di indastri itu dan sukar untuk mendapat pekerjaan lain diluar.

Perkara yang menarik minat mereka bekerja adalah kelebihan orang yang bekerja ini adalah mudah untuk mendapat pinjaman dari bank untuk membeli kereta, rumah atau pinjaman pribadi. Walaubagaimanapun mereka masuk perangkap hutang. Selain dari itu mereka memilih bekerja disebabkan kemudahan perubatan yang ditawarkan .  mereka juga ada bonus setiap tahun. Jika bekerja dengan kuat dan akhirnya mereka akan berpangkat dan dihormati orang. Masyarakat kita menghormati  mereka yang berpangkat semasa bekerja.  

Bersambung.....maaf dengan beberapa kesalahan ejaan dan tatabahasa tak sempat edit.  

Wednesday, October 24, 2012

Rahsia Keajaiban Rezaki (1):: Percaya pada keupayaan diri dan berfikiran besar.


Rahsia Keajaiban Rezaki (1):: Percaya pada keupayaan diri dan berfikiran besar.

Dulu saya berfikiran kecil, selalu saya takut dengan apa yang saya impikan. Rupanya bila saya takut untuk bercita-cita besar saya semakin jauh dengan impian saya tadi. Semua perkara yang saya impikan menjadi sukar dan susah untuk saya dapat.   Menyebabkan saya akan terlalu kecewa jika saya tidak mencapai apa yang saya inginkan.

Pada masa itu, saya hanya percaya logic biasa. Sebagai seorang anak muda yang baru habis degree cukuplah bergaji lima ribu, cukuplah sebuah kereta, cukuplah mencari dan mengumpul duit untuk  sedikit-sedikit untuk bernikah. Saya tidak terfikir dan mungkin boleh pengsan jika diberikan impian yang terlalu besar, contohnya “Aku boleh bergaji 30 ribu sebulan , memakai kereta Mercedes dan membeli rumah bernilai sejuta”. Walaupun pada masa saya berumur 22 saya telah ada pengusahaan dan perniagaan sendiri. Saya menjadi orang biasa-biasa. Saya yakin, anda juga begitu...Lalu saya menghampiri kegagalan disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri.

Jika hanya yakin pada diri sendiri itu namanya takabur...tetapi jika kita percaya dengan diri sendiri dan yakin dengan kekuasaan Allah itu namanya iman. Saya mula bergerak mempercayai dan berimpikan perkara yang besar-besar. Rupanya jika keyakinan pada Allah bertambah  dan percaya semua nya datang dariNYA semua perkara yang susah dan mustahil tadi menjadi senang dan mudah.

Saya beri cntoh apa yang berlaku pada saya. saya mengimpikan untuk ke mekkah menunaikan umrah dan haji. Saya fikir pada mulanya satu perkara yang sukar, duit belanja, tinggal isteri dan anak, bagaimana kerja saya dan tentu jika saya sudah tua baru dapat saya kesana.
Saya menukar impian, saya berdoa untuk  pergi ke mekkah bersama keluarga saya, Allah tunaikan hajat saya hanya dalam 3 bulan saya setkan impian tadi. tiba-tiba rezaki saya berlempah ruah, saya dapat menunaikan umrah dan ditambah bonus dapat bersama semua 11 orang keluarga saya bersama ibu saya dan dapat menaja mereka kesana. Bila dapat membawa ibu saya yang sudah tua dgn berkerusi roda mencapai impian nya...setiap kali saya ingat perkara ini saya akan mengalirkan air mata bersyukur. Alhamdulilah setiap tahun dapat saya menghantar sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga saya ke Mekkah ...insyaallah saya nak seramai mungkin merasa pengalaman yang indah ke sana..doakan saya

Anda perlu berusaha, berserah, terima seadanya, ulang semula dari yang pertama. Saya dan anda perlu bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Ramai orang yang saya jumpa tidak mempunyai cita-cita besar. Mereka kata “saya tidak perlu kaya, saya bersyukur dengan apa yg ada. Dah ada sebiji rumah, cukup makan dan pakai, boleh hantar anak belajar...cukuplah. jadi kaya nanti susah..mungkin jadi sombong, lupa Allah ...bla-bla”. Tetapi apa yang saya pelik, mereka masih bertungkus lumus 8 jam bekerja mencari duit, ada yang berebut jawatan dan politik pejabat semata untuk mendapat gaji lebih...eh jangan marah , jangan terasa..saya bukan cakap anda....orang kebanyakan

Sebanarnya orang seperti diatas tadi adalah orang yang ego dan pentingkan diri sendiri. Dia hanya mementingkan dirinya sahaja, tidak memikirkan orang lain sekolah ke tidak, makan ke tidak danseterusnya.. Jika dia makan, bagaimana jiran nya?, jika anaknya belajar, berapa ramai orang yang tidak mampu lagi utk belajar. Apa salahnya anda bercita-cita utuk memberi seramai orang belajar dengan memberi biasiswa kepada mereka. Orang biasa akan berfikir bagaimana untuk mendapatkan penajaan tetapi orang yang Berjaya berfikir bagaimana untuk boleh memberi biasiswa. Orang biasa fikir bagai mana nak dapat perkhidmatan hospital percuma, orang yang Berjaya berfikir bagaimana mahu membina hospital untuk diberi percuma kepada seramai mungkin..dan seterusnya.  

saya selalu terfikir, saya memakai kereta, bagaimana boleh keluarga saya juga punya kereta , sahabat saya punya kereta dan bagaimana boleh saya boleh membantu mereka memiliki kereta. Saya berf impikan untuk kaya dan saya mahukan kayakan seramai orang yang saya boleh, saya bersekolah, saha mahukan sekolahkan seramai orang yang boleh....kenapa? anda tidak percaya?...saya percaya saya dan anda boleh melakukanya. Jangan terlalu asik melihat dan bercakap kejayaan orang lain sehingga terlupa anda juga mampu Berjaya.
Jadinya bagaimana?. Anda perlu berkorban, mengubah tabiat dan berhijrah dari sekarang...sekarang..sekarang...ya sekarang. Mulakan dengan yang kecil dan apa yang anda tahu, tidak perlu modal besar, jadikan mulut, krativiti fikiran dan tenaga anda sebagai modal pertama anda.
Kenangan bersama mak kat mekkah

Saya akan ceritakan sahabat saya yang jatuh dalam perniagaan nya, hilang segalanya ...dia tanpa modal, dengan keyakinan diri dan kepacayaan pada kekuasaan ALLAH dia bangkit semula dengan lebih Berjaya dalam perniagaan...asalkan nak ....

Saya hanya berkongsi cerita, maafkan saya jika ada pandangan yang keterlaluan..yang baik dari Allah dan kurang baik itu dari kejahilan saya sendiri.

Friday, October 19, 2012

15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-


15) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan. 

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.

Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

14) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?

Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

13) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

12) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

11) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.

10) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkanranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

9) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

7) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda :Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.

6) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

5) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.

4) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

3) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari?

2) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

1) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.