Cacatan ini
saya tulis untuk anak-anak saya. Saya tidak tahu dimana mahu memulakan cerita. Menulis
ikut hati dan rentak saya apa yang terlintas difikiran saya.
Saya punya
impian untuk Berjaya. Dalam perjalanan saya, saya sentiasa berusaha mencari
jalan mencapai impian saya. Setalah pulang dari England, saya memulakan bab
ke-dua kehidupan kami di Malaysia. Saya meneruskan pekerjaan saya sebagai
seorang pendidik disamping itu berdekit-dekit berjinak dalam dunia perniagaan. Saya
mulakan dengan projek-projek kecil dikampung,dengan membeli tanah sawit dan projek tanaman serai.
Saya Berjaya dalam semua projek tersebut lebih-lebih lagi projek tanaman serai
sehingga dapat saya membina rumah mak dengan hasil kebun sahaja.
Saya ada
matlamat berniaga, saya harapkan bangsa saya berubah. Saya cuba membantu siapa
sahaja yang minat dalam berniaga melalui pengalaman atau bekerja dengan saya.
Saya berasal dari seorang yang susah dikampung. Saya telah kehilangan ayah
dalam usia muda saya, mengharap belas ihsan orang dan sangat sukar dalam
perjalanan permulaan dulu.
Setelah saya
dewasa tidak banyak keluarga saya berubah, kesemua kakak dan abang saya masih
bekerja mencari razaki dengan bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Saya melihat
anak-anak saya, saya melihat anak-anak saudara saya mereka masih kecil dan
mahukan pendidikan. Saya fikir walau sebesar mana pangkat yang saya ada semasa
saya bekerja, saya tidak dapat membantu mereka. Akhirnya nanti, mereka akan
menjadi golongan yang mengharapkan bantuan lagi, mengharap bantuan kerajaan,
meminta-minta kerja, meminta bantuan bank, meminta bantuan dapat kerja, saya
tak suka. Tersentak dengan kesedaran itu saya cuba sedaya upaya berfikir untuk
berubah, bukan untuk saya tetapi genarasi saya. Saya fikir ramai yang
memerlukan bantuan dari saya. Rupanya tenaga dan fikiran kita akan berjalan
mengikut impian dan target yang kita sasarkan.
Pernah satu masa saya mempunyai tanah 50 ekar dgn projek sawit dan serai. Saya hanya mengambil masa selama 2 tahun sahaja untuk mendapatkan dan menjalankan projek itu. Ada tanah yang saya pajak ada tanah yang saya beli.
Patutlah
penghulu-penghulu lama dulu banyak tanahnya. Bila orang kampong susah, mereka
akan bertemu penghulu mengadu masalah mereka dan memohon penghulu membeli tanah
mereka. Saya membeli sekaping dua tanah dan bermula dari itu ramai orang kampong
mula memberi peluang untuk memjual tanah sawit mereka. Saya nasihatkan kepada
anak muda, belilah tanah dan tanamlah sawit, Perkara yang paling mudah dalam
dunia. Untuk Berjaya anda jangan beri alasan anda.
Harga sawit
pernah melonjak sehingga RM800 setan, saya pernah mendapat duit sawit sekitar
RM 20 ribu sebulan utk semua kebun saya. Terus terang saya katakan saya
bukanlah seorang ada masa untuk bersihkan kebun, meracun dan membaja. Sehingga
ada masa-masanya sehingga berbulan membawa setahun saya tidak masuk kekebun,
bukan perkara yang bagus. Semua urusan kebun saya serahkan kepada seorang
manager untuk memantau. Saya juga adalah usahawan hartanah, jika ada peluang
untuk menjual tanah dengan nilai yang lebih tinggi atau memerlukan kewangan
untuk projek lain saya akan menjual tanah tersebut. Setakat ini, saya tidak
pernah rugi membangunkan tanah dan berniaga hartanah malah itulah nafas
perniagaan saya.
Satu masa
dulu, Projek tanaman serai saya meliputi tanah seluas 18 ekar. Saya berpendapat
projek ini harus diperkembangkan terutamanya anak-anak muda melayu. Insaallah
saya akan membantu dan berkongsi pengalaman dalam ilmu saya yang saya ada dalam
bidang ini. Bidang ini boleh memberi pendapatan tambahan kepada kita, dan saya
bercaya sekiranya kita berusaha tentu ada jalannya. Perkara ini saya telah
melaluinya dan bolehlah dikongsikan bersama. Pendapatan MINIMUM se-ekar tanah 5
bulan adalah 2 – 4 ribu/sebulan. saya akan ceritakan bagaimana anda boleh
memperolehi pendapatan ini.
- Seekar tanah adalah seluas 43,560 ka persegi
- Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4’x3’ atau 2’ X 3’ . Oleh itu dalam seekar tanah terdapat 3628 rumpun serai.(43560/12=3628)
- Pendapatan Kasar
- Dalam satu lubang tanaman, disyorkan untuk ditanam dengan 2 batang serai dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai.
- Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg
- Oleh itu pendapatan kasar adalah 3600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,40
PENDAPATAN BERSIH PER EKAR RM 14,400-RM 4,000 = RM
10,000
RM 10,000.00
/ 5 Bulan , sebulan RM 2,000.00 . Dan sekiranya kita ada 10 ekar berapa
pendapatan kita sebulan. ini pun saya kirakan pendapatan yang paling minimum. Tetapi
ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah . Sebenarnya saya tanam serai 2′
x 3′ dan seekar oleh mendapat hasil lebih. Pendapatan seeker bagi kebun yang
saya usahakan adalah RM4,000 seekar/sebulan. Jika anda mahu kan pendapatan 40
ribu sebulan, berapa ekar yang harus anda tanam.
Setelah mendapat
sedikit modal dan semangat saya mulakan projek perhotelan. Saya sebenarnya
tidak mempunyai pengalaman dalam semua perniagaan yang saya ceburi. Saya mengambil pekerja dan mereka yang menguruskan
projek-projek saya adalah mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang
tersebut, ini adalah jalan singkat.
Dalam
berniaga terdapat tiga langkah sebelum anda menjadi seorang usahawan tulin, ini
teori saya :
Langkah pertama,
anda perlu pandai cari DUIT.
Langkah
kedua, setelah anda dapat DUIT. Anda perlu pandai mencari projek yang buat
DUIT.
Langkah ketiga,
setelah anda pandai mencari projek yang boleh buat duit, anda perlu pandai
mencari ORANG yang boleh buat DUIT untuk anda.
Saya
memulakan D’impian INN dengan sukar, saya difitnah bermacam-macam dengan kemampuan
saya membangunkan sebuah hotel, saya akan ceritakan dalam bab seterusnya ..
Tanah kosong yang dibersihkan untuk dijadikan projek tanaman serai, anda boleh membeli atau pajak dari orang kampung. Tanah kosong yang tidak diusahakan memang banyak di kampung. |
5 comments:
Tahniah bob.. Bangsa kita pernah hebat di saentero dunia tetapi tidak banyak catatan untuk kita rujuk hari ini. Jangan ulangi kesilapan itu, teruskan mencatat kejayaan.. walaupun pada kita dan org ramai hari ini ianya kecil, sumbangannya sebagai rujukan mungkin besar satu hari nanti..
tahniah sdra..bole sy mempelajar ilmu ini?
eddy
zmoil@yahoo.com
Tahniah...boleh tuan kongsikan ilmu ni lebih lanjut...saye sgt berminat dgn usahawan tani ini...tp masih kurang pengalaman dan pengetahuan...jika tuan sudi memberi tunjuk ajar saye sertakan email saye disini aiman1985@gmail.com
tahniah saudara...saya ingin belajar dari saudara..email saya mohdfazly04@yahoo.com
terima kasih dan tahniah diucapkan kpd saudara kerana sudi berkongsi dengan semua. saya sangat berminat dan ingin mempelajari dari saudara tentang bisnes ini. mohon email saya di odencanai85@gmail.com.
Post a Comment