Hari kehari
kehidupan makin mencabar di Malaysia, dicabar oleh nafsu dan keinginan, di
cabar oleh suasana dan keadaan, juga kadang-kadang dicabar oleh desakan. Sudah
jadi satu yang lumrah di Malaysia sekarang dengan harga barang keperluan yang berlumba-lumba
naik mendadak. Dengan keadaan yang tidak selasa itu ramai lah yang merungut
dalam masalah kewangan dengan tidak ketentuan. Alasan yang paling di kaitkan
adalah naiknya harga minyak yang mendadak di pasaran dunia.
Apabila harga
barang keperluan naik tidak pula gaji dan pendapatan di naikan oleh majikan
menyebabkan ramai yang terdesak dan kesempitan duit. Dengan kuasa duit yang
semakin mengecil, apalah sangat dengan hanya ada nod 50 ringgit di pokit untuk
ke pasar raya untuk membeli belah. Dengan berlakunya keadaan ini, makin ramailah
yang bersemangat jati diri yang tinggi bekerja siang dan malam untuk menampung
kehidupan. Tapi seperti hukum alam, mungkin keadaan ini baik untuk setengah orang yang terus berlari
dengan cabaran hidup dan sesetengahnya tersungkur jatuh ke bumi. Dengan keadaan
yang sebelum ini senang, sukar untuk mengubah untuk menjalani kehidupan
bersusah payah. Jalan mudah, ramailah yang membuat pinjaman pribadi, penggunaan
kad kredit yang tidak terkawal, ini semua hanya sebahagian contoh seseorang itu
menjerumuskandiri nya dalam golongan muflis.
Menurut perangkaan
Februari 2011 dari Bank Negara, sejumlah 16,251 individu Malaysia telah
diisytiharkan muflis pada tahun lalu, satu peningkatan besar sebanyak 100% dan
760% berbanding dengan angka masing-masing pada 1995 dan 1998. Laporan itu menunjukkan
bahawa penyebab utama kemuflisan adalah pinjaman kereta (23% dari jumlah
keseluruhan), penjamin pinjaman-pinjaman pendidikan (16%), pinjaman-pinjaman
bank (15%) dan tunggakan kad-kad kredit (11%).
Lebih
membimbangkan, laporan itu juga menonjolkan satu trend muflis di kalangan mereka
yang lebih muda,dengan golongan di dalam kumpulan umur 31-40 tahun dan41-50
tahun masing-masing menyumbang 28% dan 36% daripada keseluruhan kes.Ahli-ahli
ekonomi telah menyalahkan peningkatankemuflisan ini kepada kelembapan ekonomi,
pertambahanpenduduk, dan sikap pengurusan kewangan yang kurangbaik.
Tetapi masalahnya
ialah ekonomi negara menyaksikan lonjakan semula kukuh sejak kemelesetan tahun
1998, dan telah menunjukkan prestasi cemerlang di dalam tempoh dua tahun
kebelakangan ini. Namun mengapa lebih ramai orang menjadi muflis sedangkan
pendapatan boleh guna mereka sepatutnya telah meningkat?
Satu fenomena
membingungkan ialah kita menyaksikan semakin banyak kes muflis walhal
pihak-pihak berkuasa telah menyemak semula undang-undang bankrupsi, membuat pelarasan
dengan menaikkan nilai ambang RM10,000 ke RM30,000.
Bagi aku, punca
masalah kebangkrapan ni adalah kurangnya perancangan kewangan yang teliti.
Golongan muda kurang di beri pendedahan akan kesedaran ini dan kurangnya
pendidikan dalam pengurusan kewangan mereka. Kesempitan ini semuanya datang
dengan ketepaksaan dan keadaan yang berlaku. Aku ambil contoh mudah dengan keadaan
yang berlaku pada seorang kawan aku yang pernah berkongsi masalah dengan
aku.(semoga di jadikan tauladan)
beliau berumur 30 an,
tinggal di sekitar kuala Lumpur, beristeri dengan 3 orang anak yang masih
kecil, beliau adalah seorang graduan dari universiti dan mempunyai pekerjaan
yang baik dengan gaji 3000 sebulan. Isteri beliau bekerja dengan pendapatan
2000 sebulan. Tetapi mereka berdua di bebani dengan masalah hutang piutang di
keliling pinggang.
- mempunyai 5 kad
kredit dan hampir kesemuanya di gunakan secara maksimum(bayaran manimum bagi
semua kad kridit tersebut hampir ke 300 ringgit setiap satunya)
- bayaran balik
pinjaman pendidikan (suami isteri)?400 ringgit
- hutang lapuk bank (pinjaman perkhawinan dengan bayaran semula 500 ringgit
sebulan).
- Bayaran 2 buah kereta dengan 1300 sebulan(suami dan isteri bekerja di
berlainan tempat yang memerlukan kenderaan untuk pengangkutan utama)
- Bayaran balik rumah dengan 1100 sebulan selama 25 tahun.
- Bayaran anak ke tadika ? 600 ringgit
Belum masuk
keperluan harian, makan, minyak, tol dan lain-lain. masalah yang
membinggungkan. Bukan seorang atau satu masalah sahaja tetapi mejoriti. Bukan
100 pratus kesalahan di letak kesalahan pada kawan aku ni. beliau mahukan
kualiti kehidupan yang sempurna setelah penat bekerja. Tetapi cuba korang
totalkan pendapatan dan pengeluaran setiap bulan,adakah seimbang.
Masalah di atas
hanya satu dari banyak masalah lain yang berlaku pada golongan muda sekarang.
Ini semua berlaku dek kerana keangkuhan, sesetengah golongan muda bertukar
kereta baru setiap dua ke tiga bulan, kepingin untuk mendapatkan pujian dan
kekaguman daripada rakan-rakan seangkatan mereka tanpa mempertimbangkan dengan
secukupnya sama ada tindakan itu di luar kemampuan mereka atau tidak. Akhirnya,
mereka tenggelam di dalam lautan hutang.
sama-sama lah kita di golongan muda
berfikir kearah ini, jangan kita menjadi hamba hutang, hamba duit sepanjang
masa, dalam masa yang sama, kita perlu memiliki satu jumlah simpanan yang
menyamai pendapatan untuk enam bulan sebagai persedian menghadapi kemungkinan
pengangguran atau dana-dana kecemasan yang kita boleh gerakkan di waktu
menghadapi kesesakan wang.
Hubungan di antara kehidupan kita dan
wang bukanlah seperti satu pasangan kembar Siam. Kita perlu satu perancangan
menyeluruh tentang perkara-perkara yang dianggap asas seperti perbelanjaan sara hidup harian, simpanan
pendidikan anak-anak dan rancangan persaraan. Pengurusan kewangan bijaksana
membolehkan kita untuk mencapai objektif-objektif tersebut di dalam hidup.