Monday, October 19, 2015

Menjadi Tukang atau Menjadi Artis


#FalsafahHidup

Kita hanya terbahagi kepada dua kumpulan. Sebahagiannya menjadi artis dan sebahagiannya menjadi tukang.

Artis adalah orang yang berseni. Tukang adalah orang yang mahir dalam sesuatu perkara.

Artis berfikiran kretif dan berpandangan menyeluruh, tukang berfikiran terfokus.

Artis berfalsafah, tukang berterus terang.

Artis dan tukang mempunyai peranan masing-masing.

Kepimpinan
==========

Kita seharusnya dipimpin oleh artis. Tetapi kita dipimpin oleh tukang.

Kenapa ?

Kerana antara kita ramai tukang bukan artis. Lebih 60 tahun orang kita dilatih menjadi tukang.

Contoh

Mereka yang pandai, diasingkan masuk kelas sains dan dijadikan doktor dan jurutera. Mereka mula diajar dan diasuh berfikir seperti tukang.

Sebahagiannya yang kurang cemerlang ditinggalkan untuk mengambil bidang falsafah. Sains politik, ekonomi, bisnes dan menjadi sastrawan. Akhirnya mereka perlu menjadi pemimpin dan memimpin tukang.

Menjadi artis perlu pada semua bidang.

Menjadi usahawan , jika anda seorang artis anda akan berniaga dan mewujudkan perkara yang tak ada kepada ada. Jika tukang anda hanya pengikut. 

Jika anda seorang pemimpin, anda dapat membaca masa depan bukan hanya menyelesaikan masalah terdekat dan menunggu masalah lain untuk diselesaikan.

Kita perlu dipimpin oleh seorang yang berfikiran artis dan mempunyai pekerja yang mahir seperti tukang.

Masalahnya ramai orang pandai telah menjadi tukang. Dan akhirnya tukang diambil menjadi pemimpin, usahawan, pengetua, ketua jabatan dan pemegang dasar negara.

Kesannya.

Sekarang. Anda hanya dapat melihat jangka pendek. Anda hanya boleh melihat lukisan 2 warna hitam dan putih.

Anda ke sekolah jadi boring.

Anda tengok bangunan nampak kosong.

Anda berniaga tak belajar apa apa selain mengejar wang.

Kerana ramai yang tidak berseni.

Solusi.

Anda perlu melatih cara anda , anak anda dan ramai lagi dengan cara berfikir. Anda perlu mula berfikir aras tinggi. Anda perlu terus belajar dan membaca. Anda perlu lebih mengalakkan inovasi.

Tapi ingat.

Kadang-kadang kesenian dan kelebihan  pada artis adalah anugerah dariNya.

Jika tidak anda akan nampak buat-buat.

Baharuddin Mohamed

Anda faham ke ni ?

Wednesday, October 14, 2015

Belajar Dari Pengalaman

Al-kisah satu cerita

Disuatu ketika dulu, ada sebuah kisah yang diceritakan oleh guru saya.

Kisah seorang anak murid dengan seorang gurunya yang tinggi ilmunya, alim dan kaya berharta.

Disatu hari.

Anak muridnya bersungguh-sungguh bertanya kepada gurunya.

" Wahai guruku, bagaimanakah aku mahu bahagia, bagaimanakah aku mahu kaya. Apakah rahsianya ".

Gurunya diam sebentar lalu berkata.

" adakah kamu mahu tahu rahsia menjadi orang yang bahagia dan kaya ?. Esok subuh ikut saya. Kita berkelana, aku akan ajarkan kamu bagaimana kamu boleh bahagia dan kaya raya. Tetapi dengan satu syarat. Sepanjang perjalanan itu, kau tidak boleh bertanya apa-apa kecuali melihat. "

Anak muridnya sangat girang " itu syarat yang sangat mudah tuan guru , saya mahu tahu rahsianya ".

Disubuh hari. Mereka berdua berjalan. Dari pagi hinggalah ke petang senja. Sampailah mereka di sebuah rumah buruk di hujung satu kampung.

Dirumah itu tinggal seorang lelaki bersama anak-isterinya. Mereka sangat miskin dan anaknya ramai.

Rupanya, lelaki itu adalah bekas anak muridnya yang telah lama habis ilmu persilatan. Mereka berbual hinggalah malam. Hingga dipelawa gurunya tidur sahaja di pondoknya sebelum pulang esok hari. Gurunya setuju dan mereka berbual panjang.

Tuan guru :: " bagaimana keadaan kamu wahai anak murid ku ".

Lelaki miskin :: "keadaan ku biasa sahaja tuan guru. Membesarkan anak-anak dengan keadaan susah sekarang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Kami orang baru disini, sukar untuk mendapat pekerjaan".

Tuan guru :: " bagaimana kau menyara hidup anak mu ".

Lelaki miskin :: " Aku ada se ekor lembu. Setiap pagi ku perah susunya. Separuh ku berikan pada anak ku. Separuhnya ku jual di pasar . Ku belikan beras dan keperluan harian hasil jualan susu itu. Begitulah setiap hari tuan guru".

Anak muridnya yang mengikut guru tadi terpingga-pingga. Mengapalah gurunya membawa dia ke situ berjumpa lelaki miskin itu. Sedangkan dia mahukan rahsia bagaimana mahu bahagia dan kaya. Tetapi dia sudah berjanji untuk tidak bertanya apa-apa sepanjang perjalanannya.

Mereka bermalam di rumah si miskin itu.

Dipertengahan malam.

Anak muridnya dikejutkan oleh gurunya. Gurunya mahu pulang. Dia kehairanan malam-malam mahu pulang dan tergesa.gesa. dia mengikutkan sahaja.

Sebelum pulang.

Tuan gurunya bertanya " anak muridku , adakah kau tahu apa yang ada dibelakang rumah lelaki ini ".

Anak murid :: " ada se ekor lembu, dan itu punca rezeki mereka setiap hari tuan guru ".

Mereka berdua ke belakang rumah, gurunya tadi mengambil pisau dan dibunuh lembu tadi. Anak murid tadi terkejut. Mengapa gurunya membunuh lembu si miskin ini. Sedangkan itulah sahaja punca rezekinya.

Walau begitu dia tidak boleh bertanya dan dia sangat hormat pada gurunya. Dia masih bersangka baik. Mereka pulang ke madrasah.

Sampai dimadrasah, gurunya meminta anak muridnya pulang dan bekerja seperti biasa. Tidak sepatahpun gurunya memberitahu apakah rahsia menjadi seorang yang bahagia dan bagaimana menjadi kaya. Dengan kehampaan anak murid tadi pulang.

Dari hari ke hari.
Dari hari ke bulan.
Dari bulan ke tahun.

Sudah setahun berlalu. Anak murid itu mula curiga dan berjumpa tuan gurunya semua.

Anak murid :: " wahai guruku, ingatkah kau satu hari dulu. Aku bertanya bagaimana mahu kaya dan bahagia. Kalau bawa aku ke sebuah kampung berjumpa seorang miskin. Di pertengahan malam kau bunuh lembunya. Lalu kita pulang ".

Tuan guru :: " anak murid ku. Benar kau mahu tahu apa rahsianya ? Baik esok subuh ikut aku".

Anak murid tadi berfikir.

" baik, aku ikut tuan guru tapi dengan satu syarat. Benarkan aku bertanya ".

Subuh esoknya.

Mereka berjalan lagi. Petangnya mereka berdua sampai di kampung lelaki miskin itu tadi. Mereka ke rumah lelaki miskin itu. Didapati rumahnya telah kosong.

Anak murid tadi sangkakan tentu lelaki miskin itu telah pindah.

Anak murid :: " lihat guru, lelaki itu telah pindah kerana kau bunuh lembunya. Lembu itu hanya satu-satunya punca rezekinya sekeluarga. Mereka menjadi lebih susah dan berputus asa ".

Lalu seorang jiran, ditanya pada jiran itu mana perginya lelaki itu.

Dimaklumkan lelaki itu telah berpindah ke lering bukit sana. Mereka pun pergilah ke tempat yang dimaksudkan.

Alangkah terkejutnya mereka dapati lelaki itu tidak lagi miskin. Dia sudah menjadi kaya raya. Apakah cerita sebaliknya dia boleh menjadi kaya.

Lelaki kaya :: " wahai guru, datanglah kerumah ku dulu. Akan aku ceritakan. "

Tuan guru :: "wahai anak murid ku, ceritalah yang sebenar apa yang terjadi ".

Lelaki kaya :: " kau ingat tak guru. Satu hari tidak disangka-sangka kau datang ke rumah ku. Kita berbual panjang. Dipertengahan malam aku dapati kau sudah tiada.

Esoknya perkara yang lebih malang berlaku, aku dapati lembu ku mati dibunuh orang. Aku tak tahu siapa punya angkara.

Aku tak kacau orang, aku tak bermusuh dengan sesiapa. Tetapi mengapa ada orang yang dengki membunuh lembuku. Kami sekeluarga berdukacita, menyesal, menanggis 3 hari berturut2.

Tetapi hari ke empat anak ku mula lapar. Simpanan sudah habis. Aku perlu bekerja. Mulanya aku tak tahu nak buat apa. Akhirnya kerana terpaksa aku menanam sayuran.

Selang seminggu sayur tumbuh subur. Separuh aku ambil untuk aku makan sekeluarga dan separuh lebihnya ku jual dipasar.

Tidak aku tahu rupanya harga sayur lebih mahal dan lebih mudah dijual berbanding susu. Dari saat itu aku pajak tanah orang kampung, aku tanam sayuran. Aku dapat untung aku pajak lebih besar hingga aku mempunyai beratus ekar tanaman sayuran.

Alhamdulilah dari hari ke hari aku bertambah rezeki dari Allah.

Itulah ceritanya guru"

Panjang lebar ceritanya oleh lelaki kaya tadi.

Tuan guru berkata

" wahai anak.murid ku berdua..

Inilah sebanar rahsia bagaimana kamu mahu menjadi kaya dan bahagia. Kalau perlu BUNUH LEMBU mu. "

Anak murid :: " apa maksud tuan guru, saya kurang faham ".

Tuan guru :: " peluang bukan boleh dilihat pada mata, ianya perlu dilihat dari mata hati.

1. Selagi kau tidak bunuh lembu mu, selagi itu hidup mu tak berubah. Mungkin lembu mu adalah keselesaan mu sekarang. Mungkin lembu mu adalah apa yang kau ada sekarang. Mungkin lembu mu adalah alasan mu untuk kau maju. Selagi itulah kau masih miskin.

2. Jika tidak ku bunuh lembu kau mungkin hingga sekarang kau masih miskin. Membuat perkara yang sama yang kau fikir betul.

".

" Baru saya faham guru " kata anak murid itu berdua.

Cerita ini sangat dekat dengan saya. Cerita ini sangat terkesan dengan diri saya sekarang. Beberapa lembu saya telah mati. Saya tidak punya pendapatan dari hasil lembu yang telah mati.

Mulanya saya sangat dukacita. Mulanya sangat terkesan dihati ini dengan apa yang berlaku. Yang pasti ada perkara baik yang akan berlaku. Sesuatu berlaku pasti terbaik untuk kita, selayaknya untuk kita terima dan tepat pada masanya. Berbaik sangkalah dan berungtunglah kepada orang yang bersabar.

Mak selalu berpesan. Rezeki ini terbahagi kepada tiga level.

1. Rezeki yang telah ditentukan. ( semua yang hidup pasti ada rezekinya masing-masing )
2. Rezeki yang digantungkan. ( rezeki yang perlu diambil dan usaha untuk mendapatkannya ).
3. Rezeki yang diyakini dari Allah.

Rezeki kita bukan bergantung pada orang lain. Rezeki kita bergantung pada Allah. Bukan kita yang mampu selesaikan masalah, hanya Allah yang mampu menyelesaikannya.

Disaat saya menulis ini pun saya masih berjalan perlahan dan tunduk. Masih tak nampak jalannya dihadapan. Saya bercerita dari hati. Saya menulis bukan kerna nama. Saya menulis pada yang mahu membacanya.

#belajardarikegagalan
#sedekahilmu

Saturday, October 10, 2015

Tip selesaikan kerja yang banyak

Assalamualaikum.

Selamat pagi buat semua sahabat. Moga hari ini hari yang ceria buat anda semua. Mulakan hari ini dengan senyuman.

Pejamkan matamu. Maafkan diri anda, maafkan orang lain, berterima kasih dan bersyukur. Mereka yang bahagia adalah mereka yang sentiasa bersyukur.

Hari ini hari Ahad.
==============

Hari ini bermulanya minggu baru. Kekadang kita terasa terlalu banyak kerja yang belum dibuat dan rasa berserabut. Akhirnya semua kerja tak jadi.

Saya kongsikan langkah demi langkah yang perlu anda lakukan untuk mulakan kerja dengan semangat.

1. Sampai di tempat kerja atau pejabat. Kemas dulu tempat kerja anda. Bersihkan meja dari keserabutan. Kalau anda ri rumah, duduk diatas meja yang kosong.

2. Senaraikan semua kerja atau task yang perlu anda buat atau semua perkara yang terlintas dalam fikiran anda.

3. Lepas tu buang senarai yang tidak melibatkan anda. Kekalkan masalah yang hanya melibatkan anda sahaja.

Masalah yang bergantung pada orang lain keputusannya tidak akan selesai dan tak perlu anda selesaikan.

4. Tulis semula task tadi mengikut keutamaan anda.

5. Anda dapati sebenarnya anda hanya mempunyai kerja atau task yang sikit. Lakukan sekarang dengan fokus.

Mengapa anda sibuk.

" Kita selalunya sibuk kerana selalu membuat beberapa perkara yang tak perlu kita buat. ".

Fokus dan fokus dengan kerja dan bisnes anda.

#sedekahilmu

Coach Bahar.
11.Okt.2015

Friday, October 9, 2015

Belajar dari kesalahan.

Anak saya pernah mendapat nombor terakhir dalam kelasnya. Dia sangat takut berjumpa saya utk memberitahu yang dia mendapat nombor terakhir.

Dia dimarah oleh gurunya disekolah.
Dia diperli oleh rakan
Dia sedar dengan kegagalannya.

Saya duduk bersama dia. Saya sebutkan kegagalan adalah permulaan sebuah kejayaan.

Saya tahu anak saya jatuh. Saya biarkan dia jatuh dan dia bangun semula. Saya tidak marah kerana ada perlumbaan seterusnya.

Siapa yang tahu betapa peritnya jatuh dia akan menikmati betapa seronoknya sebuah kemenangan.

Dia di kelas yang pertama. Ini hanya pusingan yang pertama. Saya berikan semangat dan memperbetulkan teknik pembelajarannya.

Akhirnya, dia mendapat tempat yang pertama dalam kelasnya. Setelah mencuba beberapa kali.

Kini dia sentiasa menjaga kemenangannya kerana dia tahu betapa sakitnya jatuh.

Sistem kita selalunya salah. Kita akan menghukum kepada mereka yang gagal. Kita akan tidak memberi peluang kepada mereka yang gagal. Maka ramailah yang terkapai-kapai sendiri. Seolah-olah orang gagal akan gagal selamanya.

Dalam bisnes pun sama. Mereka yang ketawa bila saya jatuh dalam bisnes adalah mereka yang tak pernah berniaga. Mereka yang mengutuk dan menghina.

Mengapa kita tidak tanya kepada mereka yang gagal mencuba. Kita melihat dengan kehinaan mereka yang mencuba tetapi gagal.

Menyebabkan kita tidak akan menang. Rakyat kita tidak akan menang kerana takutkan kekalahan dan kegagalan. Mereka takut diketawakan.

Bagaimana bangsa ku nak maju.

Takut kalah

Ramai orang tidak pernah menang kerana mereka takutkan kekalahan.